35

7.1K 183 8
                                    

"sah? "Tanya Tok kadi pada saksi.

"sah"kata saksi.

"Alhamdullilah "Kata mereka yang berada di dalam masjid.

Tengku Izzham mendekati Heidi. Tangan dihulur pada isterinya.

Heidi menyambut tangan lelaki yang baru menggelar suaminya itu.

Dahi Heidi Tengku Izzham cium dengan penuh syahdu.

Tidak putus perkataan Alhamdullilah yang keluar dari mulut Tengku Izzham. Dia bersyukur sangat sangat. Bersyukur yang teramat sekali.

"Terima kasih sayang sebab sudi terima Abang semula"Kata Tengku Izzham pada Heidi di depannya.

Heidi senyum malu.

"okay pandang sini"panggil jurukamera

Heidi dan Tengku Izzham memandang kamera sambil Heidi berpura pura mencium tangan suaminya buat kali kedua. Yerlah nak tangkap gambar kan buat kenangan.

"ibuuu"panggil izzat.

"ya sayanggg"heidi mengambil izzat. Kacau betul anak terunanya ini bila Ibu dan ayahnya mahu bergambar.

"nak tido"izzat mula menonyoh matanya.

"alaaa syiannya anak ibu"heidi mencium dahi izzat.

"sini kat nenek kita tidur"Datin Nora ambil izzat dari Heidi.

"Terima kasih ummi"kata Heidi.

"sayang, Jom sambung tangkap gambar"panggil Tengku Izzham.

Heidi angguk.

Mereka ambil gambar. Ramai yang hadir pada majlis pernikahan kali ini.Iyalah dulu sewaktu Heidi dan Tengku Izzham kahwin tidak begitu ramai kerana Tengku Izzham terpaksa, kini lelaki itu ikhlas menerima Heidi.Meraka yang tidak tahu cerita sebenar mungkin akan kata Tengku Izzham kahwin dengan janda tetapi mereka tidak tahu sebenarnya Heidi merupakan janda Tengku Izzham sendiri. Hanya sahabat rapat dan ahli keluarga sahaja tahu kisah Tengku Izzham dan Heidi Naura.

"okay pengantin lelaki and perempuan lagakan dahi"kata jurukamera.

Heidi senyum malu sambil menundukkan wajah.

"sayang... "Tengku Izzham memegang dagu Heidi dan mengangkat wajah isterinya.

"malu? "Tanya Tengku Izzham.

Heidi angguk.

"Dah jangan malu malu"Tengku Izzham segera merapatkan dahi mereka. Gambar diambil.

Selesai mengambil gambar pernikahan Heidi dan Tengku Izzham duduk bersembang dengan keluarga mereka.

"Ibu dah agak dah yang Angah dengan Izz ni ada apa apa"kata Puan Sarima.

"Macam mana ibu tahu? "Tanya Heidi yang meriba Tengku Izzat yang lena.

"Ibu kan ibu"

Heidi mencebikkan bibir.

"Ummi ni terkejut betul bila Izz suruh  Ummi dengan walid ready untuk pergi merisik.Ingatkan Izz dah putus asa nak dapatkan Heidi"kata Datin Nora.

"Sampai menangis Ummi kamu ni Heidi sebab tak dapat bermenantukan kamu"sambung Dato Tengku iddham.

"laaa Ummi tu ha tak dengar sampai habis apa Izz nak cakap.Terus masuk bilik lepas Izz suruh ready untuk merisik"kata Tengku Izzham.

"tulah kamu Nora"kata Dato Tengku iddham.

Datin Nora senyum malu.

"takper, yang penting Ummi gembira sangat yang Heidi jadi menantu Ummi semula. Ummi haraplah sangat orang tu reti menghargai isteri lepas ni"sempat Datin Nora memerli anak bongsunya itu.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now