30

7.1K 162 9
                                    

"Grace... Grace"

"Kenapa dengan dia Philip?"

"Grace nazak. Aku nak sangat kau dengan ex wife kau datang Izz. Dia tak habis habis sebut nama korang. Aku tahu dia ada buat salah besar dekat kau dengan ex wife kau sampai rumah tangga kau dengan Heidi runtuh. But please, sebagai perjumpaan terakhir. Doktor pun dah tak tahu nak buat apa. "Kata Philip.

"Yer, tunggu kau dekat sana. Aku datang"

"Ummi, walid Izz nak kena pergi hospital sekarang. Grace nazak"

" ya allah, ha yerlah pergi cepat"kata Datin Nora.

"okay, Assalamualaikum Ummi, walid"

"Waalaikumsalam, tolong tengok tengokkan izzat Ya Ummi,walid"kata Tengku Izzham sambil menyalami kedua Ibu bapanya

Tengku Izzham terus ke kereta miliknya. BMW miliknya meluncur laju ke restoran milik Heidi.

Sampai sahaja di restoran dia terus mencari Heidi. Tapi bayangan Heidi langsung dia tidak lihat.

"Sorry, but where miss Heidi Naura? "Tanya Tengku Izzham pada pekerja Heidi yang sedang menjaga tempat buat air.

"Encik ni siapa ya? "

"I'm her ex husband. Tapi saya betul betul nak cepat. Mana Heidi Naura? "Kata Tengku Izzham sambil melihat jam tangan.

"cik Heidi keluar sarapan.Tu dia dah balik"tunjuk pekerja itu apabila melihat kelibat Heidi masuk ke restoran.

"okay thank you"Tengku Izzham segera ke arah Heidi.

"sayang"panggil Tengku Izzham.

"Eh Tengku buat apa dekat sini? "Tanya Heidi apabila melihat Tengku Izzham. Muka lelaki itu kelihatan agak cemas.

"Jom ikut abang pergi hospital sayang. Grace tenat! "

Heidi Terkejut. Tanpa berlengah mereka segera ke hospital.

Sampai Sahaja di hospital laju kaki mereka pergi ke arah bilik Grace. Pintu diketuk dan dibuka dari dalam.

"Izz"tegur Philip.

"Philip, how grace? "Tanya Tengku Izzham sambil memandang Grace yang nazak itu.

"macam yang kau tengok tulah.tiada harapan lagi"sayu suara philip.

Heidi mendekati Grace yang terbaring lemah.

"Grace, aku dah maafkan semua kesalahan kau. Aku harap Kau dapat pergi dengan tenang. Aku langsung tak berdendam dengan kau"kata heidi di telinga Grace.

"same with me grace."Kata Tengku Izzham.

Tiba tiba ventilator di sebelah kepala Grace tidak stabil.

Doktor segera masuk dan meminta semua keluar.

Ibu bapa grace tidak henti henti menangis. Muka Philip pula pucat.

Tengku Izzham menepuk bahu Philip.

"Kau kena kuat bro!"Kata Tengku Izzham.

Philip angguk kecil.

Doktor keluar dan menyampaikan berita yang amat mendukacitakan.

Terduduk Ibu bapa Grace di lantai termasuk Philip. Air mata mengalir seperti air terjun. Tiada penghujungnya. Anak bongsu dan satu satunya anak perempuan mereka sudah tiada di atas muka bumi ini. Kematiannya berpunca daripada penyakit yang paling menakutkan sekali. Runtuhnya sistem keimunan disebabkan seks bebas.
-----------------

Sudah seminggu mendiang Grace dilebumikan.Seminggu juga hubungan Heidi dan Tengku Izzham semakin rapat. Manakan tidak, breakfast sama sama, lunch sama sama, keluar hujung minggu pun sama sama.Sebelum mendiang Grace meninggal dia pernah kata nak lihat hubungan Heidi dan Tengku Izzham seperti sedia kala. Maksudnya mereka kembali menjadi suami isteri. Heidi cuba untuk melupakan kisah lama dan menerima Tengku Izzham semula. Tapi biasalah, Heidi seorang yang berego agak tinggi dan bukan seorang yang mudah.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin