18

7.7K 192 18
                                    

3 tahun kemudian

Heidi merenung ke luar cermin kaca milik kedainya. Peristiwa 3 Tahun lepas bermain main kembali di mindanya.

Flashback

Heidi membuka perlahan lahan matanya. Putih. Dia tahu dirinya kini berada di hospital. Kepala ditoleh di sisi katil, Dia lihat Haziq lena tidur di situ sambil duduk.

Baru dia teringat, bagaimana keadaan anaknya? Adakah anaknya masih melekat di rahimnya? Memikirkan hal itu jantung Heidi berdebar. Dia cuba untuk turun dari katil untuk berjumpa dengan doktor.

"Heidi nak pergi mana tu? "Tanya Haziq yang tersedar dari tidur.

"Heidi nak jumpa doktor abang, Heidi nak tahu keadaan anak Heidi"Heidi mula mengambil langkah untuk keluar.

Haziq merapati Heidi, kedua belah lengan gadis pujaanya itu dipegang,nasib berlapik.

"Heidi,anak Heidi selamat. Alhamdullilah. Doktor kata Heidi terlampau stress sampai ganggu perkembangan baby, Abang harap Heidi jangan stress ya, kalau ada apa apa cerita yang Heidi nak luah dekat abang, abang sanggup dengar"haziq cuba untuk korek rahsia.

Heidi memandang tepat ke arah mata Haziq untuk mencari kepercayaan pada lelaki itu.

Heidi mula berjalan ke katil dan duduk.

"Abang duduklah"

Haziq mengikuti arahan Heidi.

"Heidi dah bercerai"

"astaghfirullah halazim, macam mana boleh jadi macam tu sekali"sungguh dia terkejut dengan cerita Heidi

"Heidi kena fitnah bang "Heidi mula menangis.

"dah Heidi! Heidi kena kuat! Okay, Abang sentiasa ada untuk heidi"haziq memberi semangat untuk Heidi.

"Heidi tahu abang Izz terlampau percaya cerita palsu perempuan tu! Heidi tahu abang Izz masih cintakan Heidi,cuma dia mudah ditipu.Sanggup Dia buat Heidi macam ni"heidi sambung cerita.

Haziq memandang kasihan Heidi.Walaupun dibiarkan begitu, Heidi tetap mencintai suaminya. Haziq kecewa.

"Heidi kena mulakan hidup baru, demi anak ni, Demi diri Heidi sendiri"pesan Haziq.

Heidi hanya merenung kosong dinding Di hadapannya.

End flashback

"termenung jauh nampak"tegur Heidi Narisa, kakak sulungnya.Kakaknya balik ke Malaysia selama seminggu kerana cuti sekolah di sana.

"along "Heidi senyum sambil membetulkan tudungnya.Setahun lepas bercerai Heidi ambil keputusan untuk bertudung. Alhamdullilah keputusannya menggembirakan hati semua orang.

Heidi memandang si kecil izzat di dukungan kakaknya, anaknya hasil perkongsian hidup dengan Tengku Izzham.

Tengku Izzham? Entah dia tidak tahu di mana lelaki tu sekarang. Hari terakhir berjumpa pun di mahkamah itu pun sikit dia tidak menoleh ke arah Heidi.Betapa bencinya lelaki itu terhadap Heidi.Padahal dia yang menipu Heidi, ini seperti terbalik.Heidi hanya difitnah.

Heidi selalu juga bawa Tengku Izzat Arfaiz pergi ke rumah datuk dan neneknya sebelah bapa dia, tapi Dato Tengku iddham dan Datin Nora sikit pun tak sentuh hal berkaitan anak lelaki bongsunya itu. Mungkin mereka tahu itu salah anak mereka kerana beberapa kali dua orang tua itu meminta maaf dari Heidi.

"Heidi teringat 'dia' eh"tanya Narisa.

"mana ada lah along, orang tengah fikir macam nak buka cawangan restoran orang dekat hotel yang tengah buat tu"ujar Heidi sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil Izzat.

Narisa senyum sambil memberi Izzat pada Heidi.

"iya iya jer"narisa mengenakan adiknya.

"tapi orang rasa banyak sainganlah"

"usaha dik, kita kena usaha,selebihnya kita berharap pada yang maha kuasa"

Heidi angguk. Susah untuk dirinya kembali berdiri dalam kehidupan selepas bergelar janda. Walaupun kini mempunyai restoran yang mempunyai beberapa cawangan, Heidi tetap rasa bersyukur walaupun restorannya bukan tahap restoran yang terlampau mewah seperti restoran bekas suaminya .

"anak ibu sayang nak pergi mana"kata Heidi apabila Izzat turun dari pangkuannya.

"main"pelat izzat membalas kata kata Heidi.

"hati hati sayang"heidi mencium pipi anak kecilnya sebelum ke bahagian dapur. Izzat bermain dengan pekerja restoran memandangkan restoran sudah hendak tutup.

--------------------------------------------------

Tengku Izzham merenung gambar bekas isterinya,sejujurnya dia sangat rindukan Heidi.Setelah mendengar cerita sebenar dari Grace baru baru ini, dia rasa sangat menyesal. Sanggup dirinya lebih mempercayai Grace dari isterinya sendiri. Dia bodoh.Selama ini Dia membenci dalam mencintai dan merindui bekas isterinya.

Grace.Gadis itu terlantar di hospital akibat penyakit aids. Dia juga telah kehilangan kedua belah kakinya akibat kemalangan jalan raya kerana memandu dalam keadaan mabuk.Kifarah itu akan berlaku pada masa yang sesuai.Gadis itu sudah meminta maaf pada Tengku Izzham tetapi tidak berkesempatan untuk bertemu Heidi kerana Heidi tidak mahu berjumpa Grace.

Tengku Izzham kembali merenung gambar Heidi bersama anak mereka. Gambar ini pun dia minta orang upahannya untuk ambil.Dia tidak berani mendekati Heidi kerana dia tahu Heidi akan membencinya.

"Cantiknya sayang abang bertudung...abang rindu sayang, Maafkan abang sayang, abang bodoh! Abang terlampau ikut perasaan marah abang! Abang ni memang suami tak guna kan sayang. Naura Maafkan abang ya! Abang nak peluk anak kita. Abang tahu nama anak kita Tengku Izzat Arfaiz, nama tu abang yang nak letak kalau kita ada anak nanti waktu kita bincang pasal baby, tak sangka sayang letak jugak nama tu. Abang rindu mon amour abang"Tengku Izzham menangis sambil mengusap bingkai gambar itu.

Fizikal Tengku Izzham berubah dengan drastis selepas penceraiannya dengan Heidi.Tubuhnya semakin kurus, tiada lagi "roti" kesukaan Heidi.Jambang tumbuh meliar tanpa dijaga rapi.Dia sudah lama tidak masuk dapur, tugas di restoran di hotel diserahkannya 100 peratus kepada temannya, Fairul. Lelaki itu sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan lelaki itu dengan ainnur. Hidupnya jadi terumbang ambing.Keluarganya pun tidak tahu mahu buat apa lagi dengan dirinya.

"Sekarang abang nekad sayang, abang akan tebus balik kesalahan abang! Abang akan buat sedaya upaya supaya Heidi maafkan dan dapat terima Abang semula. Please give me second chance mon amour"kata Tengku Izzham pada Heidi yang berada dalam gambar

"izzat, ayah nak peluk izzat,ayah rindu izzat. Kalau boleh ayah nak azankan izzat tapi ayah tak dapat.Kesian ibu sakit sorang sorang kan. Patutnya ayah yang kena ada dengan ibu waktu bersalinkan izzat,ni tak ayah bodoh tak percaya yang izzat tu anak ayah. Jahat kan ayah sayang"gambar budak lelaki berumur 2 tahun lebih itu diusapnya perlahan

"Ya aku akan buat apa pun demi meraih kemaafan dari Naura!Kau boleh Izz, kau boleh"Tengku Izzham memberi semangat pada dirinya.

Tengku Izzham bangun untuk solat isyak apabila menyedari dia tidak solat isyak.

Setelah solat Dia berdoa dengan khusyuk.

"ya allah ya tuhanku! Kau ampunilah dosaku,dosa kedua Ibu bapa ku, dosaku terhadap bekas isteriku.Kau lembutkanlah hati dia supaya dapat memaafkanku Dan menerimaku semula Ya Allah. Kau satukanlah aku dan Dia kembali ya Allah. Sesungguhnya aku menyesal ya allah, aku menyesal akan perbuatanku terhadap Heidi ya allah. Kau bantulah hambamu yang lemah ni Ya Allah. Aku sangat menyesal Ya Allah,aku sangat merindui Heidi dan anak kami ya allah.Aamiin Ya rabbal alamiin. "tak henti henti air mata lelaki Tengku Izzham keluar ketika berdoa.

Bersambung

Anyeong gais! Selamat membaca💓Jangan lupa vote okay💓also jgn lupa share story ni dkt kawan kawan yg lain!

Lots of love, vie🤓

Gamsahamnida💕💓anyeongggg

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now