29

6.4K 156 6
                                    

Heidi pandang Tengku Izzham yang berada di tempat pemandu iaitu Di sebelahnya.

"makin lama makin handsome mamat ni"kata hati Heidi .

Masakan tidak handsome, lelaki itu sudah sado seperti mereka kenal dulu, Jambang pun sudah lama dicukur. Memang lelaki idaman malaya sungguh bapa izzat ni.

"Kenapa naura pandang Abang macam tu? Abang makin handsome eh.... No worry I know Abang mmg handsome sejak jumpa naura kan? "

Heidi mengeratkan keningnya. Macam masalah mamat tu perasan aku pandang dia.

"Mana ada saya pandang Tengku, saya tengok permandangan dekat luar kereta jer! "

"eleh, dekat tepi naura Ada jugak, depan Naura pon boleh tengok permandangan,but you choose permandangan dekat tingkap sebelah Abang. Cakap jer yang Naura nak tengok Abang. Abang langsung tak marah, Abang laaaaaagi suka. "Sakat Tengku Izzham.

"Ish Tengku ni suka berloyar buruk,menyampahlah"Izzat di ribaannya dicium.

"Izzat duduk elok elok tau dekat rumah atuk dengan nenek. Jangan menyusahkan diorang. Don't naughty naughty tau! Dengar jer apa yang atuk dengan nenek suruh. "Pesan Heidi pada anaknya.

"don't worry sayang, izzatkan budak baik"kata Tengku Izzham.

Mereka sampai di restoran milik Heidi.

"Tengku tengok tengokkan izzat Ya dekat rumah walid dengan ummi. Jangan bagi dia nakal nakal. "

"ya sayang....naura turut kerja elok elok. Jangan berangan. I love you sayang. "

Heidi menelan air liur. Cairnyalah dirinya dengan mamat ni.

"Tengku tak perlulah nak bersayang bagai dengan saya"

Tengku Izzham senyum.

"Habis kerja pukul berapa? "Tanya Tengku Izzham.

"tak tahu lagi"Heidi merangkap pemilik restoran memang jadual baliknya tidak menentu.

"it's okay nanti call Abang tau! Abang sayang ambil sayang"

Heidi angguk. Entahlah die dah lali dengan panggilan sayang itu.

Heidi mencium anaknya sebelum keluar dari kereta Tengku Izzham.

"Abang nak cium jugak boleh? "Sakat Tengku Izzham.

Heidi yang sedang membuka pintu kereta itu menjeling Tengku Izzham.

Malas dilayan lelaki itu, Heidi terus ke restoran miliknya itu.

"Amboiii Cik Heidi, Boypreng ker yang hantar tu"kata salah seorang pekerja Heidi.

"apa pulak boypreng, tu ayah Izzat lah" jawab Heidi.

"Ouhhh nak berbaik semula ker dengan ayah izzat tu" Gurau seorang lagi pekerja.

"Haippp mengarut jer, dah pergi buat kerja. Curi tulang jer"Heidi memberi arahan dalam nada bergurau.

"baik Bos! "jawab mereka.

Heidi meneruskan kerjanya seperti biasa di restoran.

------------------

"Izzattttt"jerit kecil Datin Nora.

Tubuh genit izzat didukungnya.

"rindunya nenek dekat izzat"kata Datin Nora. Habis muka anak kecil itu digomolnya.

"Kalau Yer pon rindu dekat cucu, janganlah sampai lupakan anak sendiri "rajuk Tengku Izzham.

"eh dia ni dah tua bangka pun merajuk lagi. Sinilah nak peluk"izzat diberikan pada suaminya. Tubuh sado milik Tengku Izzham didakapnya erat. Lama tak jumpa anaknya itu. Mungkin dalam dua minggu.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now