[21]

287 59 1
                                    

SUBUH dikejutkan dengan bunyi kapal-kapal terbang. Nell bangun dari tilam yang berhabuk itu. Kelihatan Azaka sedang menyumbat barang-barangnya ke dalam beg galas.

"Oh, selamat pagi. Kita kena gerak sekarang." Ujarnya tanpa memandang ke arah budak lelaki itu.

Nell melirik ke luar tingkap. Kelibat beberapa kapal terbang hitam meluncur laju melalui kawasan itu. Dia bingkas mencapai jaket dan kasutnya. Dia dapat merasakan bahawa pesawat-pesawat itu mungkin sedang mencarinya.

GANG! GANG! GANG!

Serentak itu mereka memandang pintu. Dengupan jantung mula kencang. Azaka mencapai sepucuk pistol dari beg, terus menarik slaidnya dan menghalakan ke arah pintu. Nell sempat terlihat beberapa lagi senjata api, kelopak-kelopak peluru dan pisau yang turut berada di dalam beg lusuh hitam gadis itu.

"Wow. Mana kau dapat tu?" Nell mengajukan soalan seperlahan mungkin dengan wajah yang berkerut.

"Pasaran gelap." Bisik Azaka sambil tersengih kecil.

Pintu diketuk lagi. Mereka hanya diam menunggu reaksi yang seterusnya.

"Azaka! Ni aku, Kaio!" kedengaran suara di luar pintu. Mereka melepaskan nafas lega. Azaka membuka selak. Kaio terus menyerbu masuk.

"Masalah besar!" Ujar Kaio keresahan, namun kemudian dia terhenti dan terpandang Nell. "Hei... tunggu kejap... woi! Tu jaket aku!" Dia cuba menarik jaket biru yang tersarung di badan budak itu.

Azaka memusingkan bola matanya ke atas. Masa ni pun kau nak gaduh pasal benda remeh ni. "Boleh tak kau cakap dulu apa masalahnya sampai muka kau macam nampak hantu ni?"

Kaio masih tidak mengalah. "Mahal kot jaket ni! Aku masih tak sempat nak pakai pun!"

Azaka merenung Kaio. "Patut ke aku tumbuk kau?"

"Okay, okay... balik ke masalah kita." Kaio merengus. "Askar-askar kerajaan dah mula masuk dalam kawasan bandar. Kau nampak kan Banshee Hitam pun dah datang?" Tutur Kaio dengan kelam kabut. Dahinya dibasahi peluh. "Aku rasa ni semua kau punya pasal!" anak matanya dihalakan tepat ke arah Nell.

Nell memeluk dirinya dengan khuatir. "Mungkin aku patut gerak sendiri." Fikirnya, dia tak patut membabitkan orang lain di dalam masalah ini.

Azaka ketawa kecil. "Aku rasa, senang-senang je diorang tembak kau sampai mati lepas kau langkah keluar dari rumah ni."

Nell mengeluh. "Habis tu, apa yang kau nak aku buat?"

"Kita ikut rancangan yang dalam mesej kau semalam ke? Seludup keluar ikut kapal laut?" soal Kaio kepada Azaka.

"Tak. Aku rasa kita terpaksa tukar sikit sebab keadaan dah jadi macam ni. Diorang mesti akan periksa setiap kenderaan yang keluar masuk dari sini dengan lebih ketat."

"Jadi?" Kaoi kelihatan semakin resah.

Azaka melurut rambutnya ke belakang, memandang ke dinding dan berfikir seketika. "Kita keluar dari kawasan ni dulu. Pelan lain kita fikirkan lepas ni. Kaio, kau ada kawan kat Bandar Matahari tu kan?"

"Siapa? Si Biggura tu?"

Azaka mengangguk. "Aku rasa kau patut mintak tolong dia sembunyikan kita sementara waktu kat situ."

Kaio mengesat peluh di wajahnya. Saat ini, dia tiada pilihan melainkan bersetuju. "Sebelum tu, kita singgah kat rumah aku dulu. Aku nak jumpa Sonny." pinta Kaio. "Lepas tu kita ke stesen komuter."

Perlahan-lahan mereka menyusup keluar dari kapal lama itu. Nell menutup kepalanya dengan hud jaket dan menutup wajahnya dengan kain bandanna. Mereka berjalan pantas namun penuh berhati-hati.

Mereka tiba di kawasan penempatan yang padat itu. Dari jauh Nell dapat melihat tentera-tentera beruniform kelabu memenuhi jalan-jalan dan lorong-lorong. Tentera-tentera itu bergerak secara berkumpulan, menahan beberapa orang yang mencurigakan. Ada antara mereka yang dikasari kerana cuba melawan, dipaksa membuka pakaian, dan ada yang digari lalu dibawa masuk ke dalam kenderaan tentera.

Kaio bertindak pantas membawa rakan-rakannya itu meyelinap ke dalam sebuah lorong yang basah dan berbau hanyir, namun ianya agak tersorok. Mereka terpaksa berjalan secara mengiring kerana keadaan lorong tersebut amat sempit sehingga menggeser badan mereka. Perjalanan yang menyeksakan itu memakan masa selama beberapa minit sebelum mereka keluar semula ke sebuah lorong belakang yang agak luas.

Tanpa berlengah, mereka berlari menuju ke rumah Kaio yang juga terdapat di lorong itu. Kaio membuka pintu besi kecil yang berada di bahagian belakang bengkelnya. Mereka masuk seorang demi seorang ke ruang itu.

Sebaik Kaio menutup semula pintu kecil itu, keadaan menjadi gelap gelita. Dia cuba mencari pemetik api di dalam kocek seluarnya, namun dengan tidak semena-mena, mentol usang yang tergantung di siling menyala. Serentak mereka menghalakan pandangan ke arah sumber cahaya itu dengan terkejut.

"Celaka...kau rupanya!"Kaio hampir menjerit melihat Sonny yang sedang berdiri di tepi suis.

"Aku rasa korang perlukan ni." Dia melemparkan sebuah beg besar yang dipenuhi wang kertas dan syiling ke atas meja besi yang berada di ruang tengah bilik itu.

"Mana kau dapat - "

"Jangan tanya." Pantas Sonny memotong soalan Kaio. "Jadi, apa pelan kau yang bagus sangat tu?" Dia mengalihkan perhatian kepada Azaka

"Kau ikut sekali ke? Aku ingat kau tak jadi ikut!" Kaio berkata girang lalu pergi memeluk rakannya itu seperti sudah tidak berjumpa ratusan tahun. Sonny mengerutkan wajahnya dengan rasa rimas.

Azaka tersengih. "Kita kena pergi melawat Biggura kat Bandar Matahari."

"Ceh. Tu je pelan terhebat kau?" Sonny bergerutu. "Macam mana? Banyak askar tak guna kat luar tu."

"Kita berpecah. Bahaya kalau gerak ramai-ramai. Nanti diorang perasan. Lepas tu kita jumpa kat stesen komuter bawah tanah. Stesen Zon 14." Beritahu Gadis itu. "Kaio, kau bergerak dengan Sonny. Aku pergi dengan budak ni."

Kaio mengangguk dan mencapai beg galasnya. Sonny sudahpun berada di belakang pintu. Perlahan lahan dia menolak kepingan besi itu dan mengintai dari bukaan kecil tersebut.

"Kosong." Sonny menolak pintu tersebut dan terus keluar.

"Aku betul-betul harap aku ada tangkal bertuah." Gumam Kaio perlahan sambil mengekori rakannya.

PARAGONWhere stories live. Discover now