[40]

252 55 38
                                    

SONNY dan Kaio serta-merta berpaling ke arah bangunan itu sebaik mendengar bunyi tembakan. Kemudian, mereka berpandangan sesama sendiri. Sonny teragak-agak membuka langkah.

"Tak... kau tunggu sini." Sonny menghalakan telapak tangannya kepada Kaio, menghalang lelaki itu dari mengekori. "Sedia dalam Panthera."

"Hati-hati, Sonny..." Kaio benar-benar rasa tidak sedap hati.

Belum jauh langkahnya, Sonny terkaku apabila terlihat seorang perempuan muncul di muka pintu bangunan itu. Dia sedang menyeret satu jasad yang telah dililit kemas dengan rantai besi.

Sorotan mata mereka berlaga.

Pandangan Sonny beralih kepada badan yang sedang dipegang oleh perempuan tersebut. Dia terpempan.

"Apa yang kau dah buat kat dia...?" Sonny menjadi tegang apabila melihat Nell yang telah dipenuhi darah bersama kesan tembakan di dahi.

"Oh... kau mesti Sonny Radfen, kan? Kacak juga kalau tengok depan-depan. Kau boleh jadi satu lagi trofi untuk aku bawa balik..." Perempuan itu tersenyum menggoda.

BZZZT... KRAKKK!!

Perempuan itu sempat mengelak ke sisi. Bebola elektrik yang ditujukan kepadanya tersasar dan menghentam dinding bangunan. Permukaan bata itu berlekuk.

"Wow... kacak tapi tak budiman langsung. Sayang betul." Wanita itu mengeleng kecil.

Sejurus itu, sepucuk pistol dikeluarkan. Perempuan itu terus menekan picu. Sonny tangkas melompat ke tepi.

BANG!

Satu tembakan dibalas kepada perempuan itu dan melepasi telinganya. Dia terjegil sedikit dengan serangan yang tidak dijangka itu.

"Tch! Aku dah kata, tunggu dalam Panthera!" Sonny agak marah dengan Kaio yang baru sahaja melepaskan tembakan tadi.

Kaio yang sedang memegang sepucuk senapang agak tercengang sebaik melihat Nell yang terkulai. "Dia dah mati...?"

Sonny tiada jawapan

"Ah... Kaio Valaska. Jadi semua ada kat sini, ye? Rasa macam dapat loteri pulak!" Wanita itu ketawa gembira.

"Letak pistol tu! Lepaskan Nell!" Teriak Kaio seraya mengangkat senapangnya lebih tinggi.

Sonny mula membentuk sfera-sfera elektrik di sekelilingnya.

Perempuan itu mengangkat kening sedikit dan menahan tawa. "Garang betul korang ni. Okay, okay... aku akan buang pistol ni." Terus dia mencampakkan senjata itu ke kaki Kaio. Tubuh Nell dilepaskan ke tanah. Kemudian, dia mengangkat tangannya ke atas, seolah-olah menyerah.

Kaio memandang pistol dan wanita itu bersilih ganti. Sonny mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Macam mana pula dengan diorang?" Perempuan itu mengerling ke belakang.

Pada masa itu bintik-bintik cahaya merah memenuhi badan Kaio dan Sonny. Kelihatan askar-askar muncul dari balik bayang-bayang bangunan di sekeliling. Dua buah kereta perisai tiba dan berhenti tidak jauh dari kedudukan mereka.

Sonny mengetap gigi. Dia tahu mereka berdua tidak ada harapan untuk melawan. Kemenangannya sebelum ini juga hasil bantuan Nell yang berjaya menghalang ratusan peluru daripada menyentuh mereka. Kini, Nell telah terbaring tanpa nafas.

Sonny sedar jika dia melawan sekarang, nyawa Kaio juga bakal terancam. Itu merupakan perkara terakhir yang dimahukannya.

Bebola elektrik Sonny beransur menghilang di udara. Dia merengus sambil merenung perempuan itu dengan penuh geram. "Kaio, turunkan senapang..."

PARAGONWhere stories live. Discover now