Chapter 3

1.6K 237 52
                                    

"Nah, Jungkook. Minumlah teh panas ni dulu. Panaskan badan kamu. Takut nanti jatuh sakit pula." Puan Yeo meletakkan teh panas di meja sisi katil di dalam bilik tetamu itu buat Jungkook yang sudah membersihkan diri itu.

"Baik, mak cik."

Di saat susuk tubuh wanita itu hilang dari pandangan, Jungkook terus memandang ke arah secawan teh panas di meja sisi katil yang didudukinya itu.

Tok. Tok. Tok.

Ketukan di pintu membuatkan tumpuan Jungkook mula beralih ke arah pintu yang kini dibuka oleh seseorang.

Haeda berjalan masuk bersama sebuah besen berisi air panas dan tuala di bahunya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook tanpa mengeluarkan sepatah kata.

Dia menyelukkan tuala tersebut ke dalam besen air panas itu lalu diperahkan sehingga tidak menitik.

"Apa kau nak buat?" Soal Jungkook, bingung lalu Haeda terus membalas.

"Nak memancing. Tak nampak?"

Sarkastik.

"Tch. Aku serius tau sekarang ni." Balas Jungkook bersama decitan perlahan membuatkan Haeda merengus kecil.

"Ish, tepilah. Saya nak basahkan muka dan tangan awak dengan air panas. Takut demam." Ujar Haeda apabila tangan Jungkook masih menggenggam tangannya lalu ditepis tangan Jungkook itu.

"Kenapa kau buat macam ni kat aku?" Soal Jungkook si saat tangan Haeda mula membasahkan wajahnya.

"Saya perlu ada sebab ke untuk tolong kawan sekelas saya?" Jawab Haeda lalu Jungkook terdiam sebelum bersuara kembali.

"Kau tak takut dengan aku?"

"Buat apa? Awak bukannya perogol bersiri sampai saya nak kena takut." Kini, tangan Haeda beralih pula pada tangan Jungkook. Dituam perlahan tangan lelaki itu bersama mulutnya yang menjawab persoalan daripada Jungkook itu.

"Tch. Mana kau tahu aku bukan salah seorang?"

"Awak ni memang banyak cakap eh? Kenapa dekat sekolah senyap semacam? Asyik tidur je." Haeda mula rasa menyampah dengan Jungkook. Sungguh, lelaki yang berada di sebelahnya itu bukan lelaki yang sama berada di sebelahnya di dalam kelas.

Totally opposite!

"Tidur, tidur pun dapat nombor satu juga." Jawab Jungkook berbaur riak membuatkan Haeda menggulingkan biji matanya, menyampah.

"Tch. Tak lama dah tu." Ujar Haeda perlahan dan Jungkook yang hanya mampu samar-samar sahaja menangkap kata-kata Haeda terus bersuara.

"Apa kau cakap?"

"Tak ada apa. Dah diam."

-

"Eh, awak nak pergi mana? Tak nak naik bas sekali?" Soal Haeda saat dia melihat Jungkook berjalan ke arah yang bertentangan dengannya yang ingin menuju ke perhentian bas.

"Tak nak. Aku nak jalan." Balas Jungkook lalu terus berjalan meninggalkan Haeda namun Haeda tanpa berlengah terus mengejar langkah Jungkook.

"Cis. Patutlah selalu sampai lambat. Yah, tunggulah!"

"Kenapa kau ikut aku?" Soal Jungkook kepada gadis yang kini berada di sebelahnya.

"Saja."

"Tch." Jungkook berdecit perlahan usai mendengarkan jawapan daripada Haeda.

"Kenapa orang panggil awak monster? Saya tengok awak ni sama je macam manusia lain? Takda pun perubahan fizikal kalau awak marah." Soal Haeda membuatkan hujung bibir Jungkook tanpa sedar terangkat sebelah, sinis.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now