Chapter 17

1.2K 173 31
                                    

Silalah buka audio di atas untuk lebih mendalami feeling chapter ini💜

•••

Geng.
Aku minta maaf.
Harini tak jadi lepak.
Ada benda jadi.
Urgent.

Haeda terus menyimpan telefon pintar miliknya ke dalam poket skirt pendek seragam sekolahnya. Dia berjalan dengan langkah yang lemah dan perlahan menuju ke arah perhentian bas berdekatan dengan kawasan sekolahnya.

Air mata Haeda tidak habis lagi berjurai jatuh menyembah bumi apabila mindanya masih diganggu dengan peristiwa keji tadi.

Dua tiga orang di sekeliling langsung tidak dia hiraukan malah dia duduk di perhentian bas itu dengan tersedu-sedan.

"Huh, huh, huh."

Seseorang yang berlari keluar dari kawasan sekolah JinSeok Private Highschool itu memperlahankan langkahnya apabila matanya disapa dengan pemandangan di mana Haeda sedang tersedu-sedan menahan rasa yang terbuku di hati di perhentian bas tersebut.

Pandangan matanya menggeletar akibat lapisan kristal yang terbentuk di kornea matanya. Begitu juga dengan tubuhnya yang menggeletar dek menahan api kemarahan yang membara di dalam jiwanya.

Sebuah bas terus berhenti di perhentian bas tersebut lalu Haeda mula bangkit dengan perlahan menaiki bas tersebut.

Gerangan itu pantas berlari menaiki bas itu juga lalu dia menundukkan pandangannya, melindungi wajahnya yang sudah sedia ditutup dengan kepala hoodie itu, ketika berjalan melepasi Haeda seraya melabuhkan punggungnya di tempat duduk paling belakang.

Kelihatan, Haeda hanya melemparkan pandangannya ke luar jendela dengan air mata yang masih berjurai jatuh.

Kenapa semua yang berlaku tidak seperti yang dia harapkan?

Tiba-tiba, bas yang dinaiki oleh Haeda itu hilang kawalan. Semua yang berada di dalam bas tersebut mula kelam kabut apabila bas tersebut bagaikan tidak mampu berhenti malah semakin lama semakin laju meluncur jalan raya.

Pemandu bas sedaya upaya mengawal bas yang dipandunya itu walaupun sudah tahu brek yang dipasang pada bas tersebut sepertinya tidak berfungsi secara tiba-tiba.

Skreet!!!

"Arghh!!"

Haeda hanya diam walaupun para penumpang sudah menjerit hebat apabila bas itu tiba-tiba sahaja melanggar penghadang di bahu jalan. Air mata yang tadinya berjurai kerana peristiwa jijik tadi kini sudah bertukar punca.

Kepalanya kini sudah selamat terhantuk pada tingkap yang berada di sebelahnya sehingga membuatkan darah mula dengan deras keluar dari luka yang dihasil daripada hantukan tersebut.

Pandangan Haeda mula menjadi samar-samar. Jeritan para penumpang juga semakin lama semakin tidak jelas di telinganya.

"Please...save me." Ujar Haeda perlahan bersama kepalanya yang berdarah itu bersandar pada tingkap bas yang sudah retak akibat hantukan kepalanya sebentar tadi.

"Haeda!"

Dan, panggilan namanya itulah ayat terakhir yang dia dengari sebelum dirinya ditelan oleh kegelapan.

-

"Tolonglah. Selamatkan, Haeda. Ya Tuhan. Tolong, tolong." Doa langsung tidak terlepas dari mulut si dia. Mata dipejamkan rapat dan dibuka semula.

"Doktor!" Panggilnya terhadap doktor yang baru sahaja keluar dari wad kecemasan itu.

"Kamu ni keluarga kepada salah seorang mangsa ke?" Soal doktor itu dan pantas sahaja dia menggeleng.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now