Chapter 20

1.1K 164 18
                                    

"Dahlah, kejap lagi coach dah datang. Jumpa kat tempat biasa." Haeda berkata pada Jungkook lalu Jungkook hanya mencebik.

"Hm. Yelah. Bye, sayang." Wajah Haeda terus berona merah apabila panggilan sayang digunakan oleh Jungkook buat kesekian kalinya.

Namun, warna kemerahan itu semakin menyala debgan matanya yang semakin terbuntang apabila pipinya ditemukan dengan sesuatu yang lembut dan hangat.

"Bye, sayang. Jangan angau!" Jungkook terus berlari meninggalkan Haeda terkaku di situ.

Haeda mengemam bibirnya sambil mengusap bahagian yang dikucup oleh Jungkook tadi fengan hati yang berbunga.

Tanpa berlengah, dia mula melangkah menuju ke padang yang sering menjadi tempat latihan kelab olahraga.

-

Kini, semua ahli olahraga sudah duduk di tepi padang bersama coach mereka yang sedang berdiri di hadapan mereka dengan satu fail di tangannya.

Taehyung yang berada selang beberapa orang dari Haeda itu sekali sekala mengerling ke arah Haeda yang sedang meneguk air mineral itu.

Dia terus mengalihkan pandangannya apabila Haeda selesai meneguk air juga apabila suara coach mula berbunyi.

"Baiklah. Seperti yang korang semua tahu, bulan depan which means tiga minggu dari sekarang, pihak sekolah akan melaksanakan hari olahraga tahunan peringkat kebangsaan memandang sekolah kita menjadi tuan rumah. Jadi, harini, saya nak kamu semua duduk dalam kategori masing-masing. Belah kiri saya untuk kategori short distance dan belah kanan saya pula untuk kategori long distance. Gerak sekarang."

Semua ahli kelab olahraga mula bergerak mengikut kategori masing-masing manakala Haeda hanya duduk di tempatnya umiaitu di bahagian kanan coach, kategori long distance.

"Baiklah. Semua dah ada dalam kategori masing-masing?"

"Dah!"

Haeda langsung tidak berani memandang ke tempat selain daripada tempat coach berdiri memandangkan dia tahu, Taehyung juga merupakan atlet long distance.

"Sekarang. Saya akan bahagikan satu acara kepada dua orang, berpasangan. Tiada bantahan mahupun sebarang pertukaran. Faham?"

"Faham, coach!"

"Baiklah. Kita mulakan dengan acara short distance." Satu per satu nama bagi pasangan kategori short distance disebut oleh coach.

Kini, tiba masanya untuk coach menyebut nama pasangan bagi acara kategori long distance.

"Yeo Haeda dan Kim Taehyung bagi acara 3000 meter."

What the freak?

Haeda terdiam seribu bahasa apabila namanya dan Taehyung adalah pasangan pertama yang disebut oleh coach. Taehyung pula hanya memandang Haeda dari jauh sebelum lidahnya menolak pipinya sehingga membentuk gelembung di hahagian luar pipinya.

-

"Kenapa moyok je muka kau ni?" Soal Jungkook yang baru sahaja mencapai bola keranjang miliknya itu. Dia memandang Haeda yang sedang duduk di kerusi kayu di tepi gelanggang bola keranjang itu. Haeda mengeluh perlahan sebelum menjawab ringkas.

"Hm. Takda apalah." Jawabnya lalu kakinya disepak batu-batu kecil yang berada di lantai gelanggang tersebut.

"Alololo. Janganlah moyok je. Kan dah tak lawa?" Jungkook berkata lalu dia mula melabuhkan punggungnya di sebelah Haeda.

"Tak sukalah." Haeda mula meluahkan rasa yang dibuku di hatinya.

"Tak suka apanya, sayang? Tak suka aku?" Balas Jungkook pula membuatkan Haeda mendengus geram. Main-main pula dia.

"Iah, bukan awaklah. Hm. Saya kena sertai satu acara dengan Taehyung." Ujar Haeda mula menerangkan sebab perasaan tidak sukanya itu.

"Maksud kau?" Soal Jungkook tidak mengerti.haeda terue membetulkan posisinya menghadap Jungkook yang duduk di sebelahnya itu sebelum dia mula menerangkan satu per satu tentang perkara tersebut.

"Haih. Okay macam ni tau. Bulan depan, akan ada hari olahraga tahunan dan sekolah kita jadi tuan rumah. Saya kategori long distance. Taehyung pun sama. Dalam kategori long distance, ada enam peserta dan ada tiga acara. Sebab tu coach main petik je nama siapa bagi acara-acara tu. Dan, end up, saya dengan Taehyung kena bersama untuk acara 3000 meter which is saya kena berlatih dengan dia apa semua. Hm."

Tak ada angin, tak ada ribut, suara ketawa Jungkook mula bergema di segenap kawasan. Haeda terus memandang Jungkook dengan dahinya yang berkerut seribu.

Dah kenapa anak Jeon ni?

"Awak ni kenapa gelak?" Soal Haeda pelik lalu tak lama kemudian, barulah Jungkook mampu menghentikan tawanya.

"Alololo, baby Haeda ni. Kenapa comel sangat? Bukan kau suka ke rapat dengan Taehyung?" Hidung Haeda dicuit oleh Jungkook. Haeda berdecit perlahan.

"Suka tu sukalah. Tapi, sejak kes haritu, saya jadi trauma nak dekat dengan diatau tak? Mahu dia apa-apakan saya nanti. Ha, macam mana, macam mana?" Luah Haeda membuatkan Jungkook terangguk-angguk.

"Alahai. Kau ni overthinking sangat. Dia takkan berani buat apa-apa selagi kau ada aku. Jangan risau. Dia sentuh kau, aku belasah dia. Okay, sayang?"

Haeda mencebik apabila merasakan bahawa Jungkook seperti main-main dengan luahan hatinya. Jungkook yang perasan perubahan wajah Haeda itu terus mencubit pipi Haeda geram.

"Jangan muncung panjang sangat. Nanti ada benda lain singgah." Ujar Jungkook dengan nada yang perlahan, menerpa masuk ke dalam deria pendengaran Haeda.

Haeda terdiam. Otaknya cuba mencerna ayat daripada Jungkook itu yang kedengaran seperti mempunyai maksud tersirat.

Nanti ada benda lain singgah...

Cupp!

Satu kucupan lembut mula mendarat di bibir Haeda membuatkan gadis itu terus membulatkan matanya akibat terkejut.

Dia terdiam sebelum dia mula dapat maksud ayat kiasan yang diberikan Jungkook itu.

Jungkook tergelak apabila melihat reaksi wajah Haeda yang seperti baru mengerti tentang situasi kini.

"Lembab." Kepala Haeda terus diketuk lalu Haeda terus mencerlungkan pandangan matanya tajam ke arah Jungkook yang sudah melarikan diri.

"Yah!"

•••

Hambar? Ye tahu😂

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now