Chapter 6

1.5K 223 82
                                    

A very long chapter. Hadiah sebab sudi tunggu update daripada Idae. Muahh. Enjoy <3

__________

"Tolong. Jangan tinggalkan aku." Pandangan mata mereka terus sahaja bertembung lama. Haeda terkebil-kebil lalu dengan teragak-agak dia mula menjawab.

"K-kenapa awak cakap macam tu?" Soal Haeda lalu Jungkook terue berdehem kecil dan sekali gus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Ehem. Takpalah. Abaikan."

Haeda terdiam lalu Jungkook yang sedang menggosok belakang lehernya itu terus sahaja bangun dari duduknya.

"Aku erm pergi dulu. Kau baliklah rumah. Nanti mak kau risau pula kau balik lambat."

Jungkook terus sahaja melangkah pergi meninggalkan Haeda. Haeda mengeluh perlahan dan memabdang ke arah ubat-ubatan yang dibelinya buat Jungkook tadi sebelum lamunannya terhenti apabila telefon pintarnya berdering.

"Hello, ma? Maaf, ma. Tadi terjumpa kawan. Ni dah nak balik."

"Baik, ma."

Haeda terus sahaja memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket skirt sekolahnya lalu dia keluar dari kedai 24 jam itu.

Dari jauh, dapat dia lihat Jungkook berjalan perlahan menjauhi kedai tersebut. Haeda tersenyum nipis lalu dia membetulkan beg di bahunya lalu berjalan untuk pulang ke rumahnya.

-

Haeda menatap siling biliknya lama. Dia mengeluh perlahan lalu bayangan dirinya bersama Jungkook mula menegur dirinya semula.

"Tolong. Jangan tinggalkan aku."

"Aish." Haeda merungut perlahan apabila mindanya masih tidak boleh berhenti memikirkan tentang lelaki itu.

Dia memejamkan matanya sekejap sebelum dibuka semula. Bayangan Jungkook mula timbul semula membuatkan senyuman mula meniti di bibirnya.

"Ish, dah-dahlah tu, Haeda. Tidurlah." Haeda berkata dendirian lau terus sahaja dia merehatkan matanya.

-

Haeda menyepak batu-batuan di atas jalan tar itu. Dia memandang ke arah lorong untuk ke taman perumahannya lalu dia mengembungkan pipinya sebelum keluhan panjang terlepas dari belahan bibirnya.

"Mana Jungkook ni?" Haeda menyoal dirinya sendiri lalu mata dilirikkan ke arah pergelangan tangan kirinya yang terletak kemas jam tangan berjenama Fossil itu.

Bas kemudiannya sudah tiba $i hadapan Haeda lalu Haeda mengeluh sekali lagi dan terus sahaja bangkit dan mula menaiki bas tersebut.

Tiba sahaja di sekolah, dia terus memasuki kelasnya dan kelihatan tempat duduk Jungkook masih tidak berpenghuni.

"Ieh, mana dia ni pergi?" Haeda berbisik sendirian lalu terus berjalan menuju ke tempat duduknya. Dia menggantungkan begnya di bahagian sisi mejanya yang sudah tersedia tempat penyangkut beg.

Matanya tiba-tiba sahaja tertangkap sebuah buku nota miliknya lalu terus sahaja dikeluarkan dari bawah mejanya. Diselak-selak satu per satu muka surat buku nota tereebut sebulan tangannya terhenti pada satu muka surat.

Dia mengusap bahagian yang pernag diconteng olehnya pada hari pertama dia berada di sekolah itu bersama senyuman yang lebar terukir di atas bibirnya.

Dia mengusap bahagian yang pernag diconteng olehnya pada hari pertama dia berada di sekolah itu bersama senyuman yang lebar terukir di atas bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now