Chapter 18

1.2K 183 11
                                    

Selamat berbuka, kesayangan chemua💜

•••

"Haeda!"

Haeda berpaling ke arah dua insan yang berada di muka pintu wad yang didudukinya. Dia tersenyum lebar melihat dua kawannya itu datang melawatnya.

Daeyun dan Hyuna memandang Haeda dan pandangan mata mereka berpindah ke arah Jungkook yang baru sahaja keluar dari tandas.

Wajah Jungkook dingin sahaja dan wajah mereka itu hanya dipandang sekilas sahaja olehnya.

Dia berjalan ke arah Haeda lalu dia menggenggam tangam Haeda.

"Aku keluar dululah. Tak nak kacau korang." Beritahu Jungkook dan Haeda tersenyum kecil dan mengangguk faham.

Jungkook terus melepaskan genggaman tangannya itu lalu dia berjalan keluar dari wad itu setelah diberi laluan oleh Daeyun dan Hyuna.

Sebaik sahaja kelibat Jungkook berjalan semakin menjauhi wad itu, mereka terus sahaja menerpa ke arah Haeda.

"Weyh, Haeda. Kau tak putus lagi dengan dia ke? Dia takda buat apa-apa kan kat kau?" Soal Daeyun kepada Haeda.

"Buat apa nak putus dengan dia? Lagipun, dia yang selamatkan aku masa kemalangan bas tu." Haeda berkata lalu Daeyun dan Hyuna hanya terdiam. Haeda tersenyum melihat reaksi mereka.

"Dahlah. Tak payah nak kisah pasal hubungan aku dengan Jungkook. Korang tak bawa apa-apa ke?"

Daeyun dan Hyuna berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum penuh makna.

"Jjang!" Daeyun mengangkat sebuah plastik ke udara membuatkan Haeda tersengih teruja.

"Memandangkan haritu kita tak dapat lepak, so, kami cadang belikan kau tteokbokki dan kita lepak sinilah!" Daeyun berkata riang lalu Haeda menepuk tangannya seronok.

"Yeay, makan!"

Haeda terus bersila di atas katil lalu dia mengeluarkan meja khas untuk pesakit makan pada katilnya itu dan meletakkan plastik tteokbokki itu di atas meja tersebut.

"Selamat makan, semua!"

-

"Dah siap ke?"

Haeda mengangkat wajahnya daripada terus mengemas barangannya ke arah gerangan yang berada di muka pintu wadnya. Senyuman girang terukir di bibirnya lalu dia mengangguk laju sebelum beg yang dipegangnya dizipkan.

"Dah." Jawab Haeda ringkas bersama senyuman.

Jungkook tersenyum lalu dia mengambil beg milik Haeda itu dan dimasukkan ke dalam tangannya. Kedua tangannya kemudiannya dimasukkan ke dalam poket jaket hitam yang dipakainya, membiarkan beg milik Haeda tergantung di lengannya.

"Jom?" Ajak Jungkook membuatkan Haeda sekali lagi mengangguk laju.

"Jom."

Kini, Haeda dan Jungkook hanya berjalan di lorong pejalan kaki untuk pulang ke rumah mereka.

"Kenapa tak naik bas je? Kan lagi cepat?" Soal Haeda kepada Jungkook yang berjalan di sebelahnya.

"Tak naklah. Aku nak luangkan masa yang lama dengan kau." Jungkook membalas lalu kepalanya di jatuhkan ke atas bahu milik Haeda. Haeda tergelak perlahan.

"Eee, mengada." Ujar Haeda membuatkan Jungkook mengangkat kepalanya lalu tersenyum.

"Mengada dengan kau je." Ujar Jungkook membuatkan Haeda tersengih suka lalu dia menggigit bibir bawahnya bagi menahan dirinya daripada fangirl.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now