Chapter 5

1.5K 238 51
                                    

Taehyung membetulkan beg galasnya lalu dia mula melangkahenuju ke pagar sekolahnya. Senyumannya melebar saat dia melihat Haeda berada di hadapannya.

"Hae-"

"Yah, Jeon Jungkook! Nak mati ke?!"

Terhenti niat Taehyung untuk menegur Haeda apabila mendengar Haeda memanggil nama Jungkook malah senyumannya juga terus pudar. Tangannya yang berniat ingin melambai ke arah Haeda diturunkan semula.

Dia berjalan perlahan mendekati pagar sekolah dan dapat dia lihat Haeda dan Jungkook tampak sangat rapat.

"Awak tahu tak dari dekat taman perumahan kita saya bercakap dengan awak tapi awak rupanya tak dengar pun?"

Jungkook hanya diam sebelum menjawab ringkas.

"Kau bising sangat."

Jungkook terus sahaja berjalan meninggalkan Haeda yang terkebil-kebil. Haeda terus memandang belakang tubuh Jungkook lalu dikejarnya masuk bersama Jungkook.

Taehyung hanya memandang kosong ke arah mereka berdua sehinggalah kelibat mereka hilang dari pandangannya. Tangannya dikepal menjadi penumbuk sebelum dia mula berlagak tenang saat dirinya ditegur oleh rakan-rakannya yang baru sahaja tiba.

-

"Yah, Jeon Jungkook. Awak tak nak makan ke?" Haeda menyoal Jungkook yang berada di sebelahnya itu usai sahaja kelas sebelum wajtu rehat itu tamat.

"Jangan kacau akulah." Balas Jungkook membuatkan Haeda menggulingkan biji matanya, menyampah.

"Ish. Orang tanya je. Yelah. Saya pergi lunch dulu. Jangan rindu." Haeda terus sahaja bangkit duduknya lalu terus sahaja dia memandang Daeyun di hadapannya dan mengajaknya pergi.

"Jom, Dee."

Jungkook membuka sedikit runagan di antara lengannya untuk melihat kelibat Haeda yang sudah menghilang itu. Hujung bibirnya terangkat lalu dia kembali melelapkan matanya semula.

"Kau memang takkan dengar cakap kami kan, Haeda?" Daeyun memula bicaranya dan dengan pantas Haeda memberi reaksi sambil memandang ke arah Daeyun di sebelahnya bersama riak wajah bingung.

"Apa?"

"Fasal Jungkook. Haih. Tak apalah." Balas Daeyun seraya mengeluh perlahan. Haeda tersenyum nipis dan memandang ke hadapan semula.

"Aku percaya dia baik, Dee. Aku akan tanggung the consequences. Tak perlu risau. Okay?" Ujar Haeda dengan yakin membuatkan Daeyun sekali lagi mengeluh, dia dudah buntu ingin menasihati Haeda yang sejujurnya memang keras kepala itu.

"Apa-apa jelah, Haeda. Jangan menyesal kemudian sudah."

Haeda hanya terdiam lalu mereka akhirnya tiba di kantin. Hyuna terus sahaja menegur mereka.

"Yow, korang! Datang pun. Nasib tau aku datang dulu, kalau tak habis semua tempat duduk dikebas orang."

Haeda hanya tersenyum apabila teringatkan kata-kata Daeyun tadi. Sudah hampir sebulan dia berada di sekolah swasta ini namun masih tiada tanda-tanda yang membuktikan kata-kata warga sekolah ini.

Dan, dia akan mencari jawapan itu untuk membuktikan bahawa mereka hanya salah anggap akan lelaki bernama Jeon Jungkook itu.

-

"Jungkook."

Jungkook yang baru sahaja bangkit dari duduknya ketika kelas mereka hampir kosong itu terus sahaja memandang ke arah Haeda.

"Awak nak teman saya belajar tak?" Soal Haeda kepada Jungkook. Sebenarnya, dia sengaja mengajak si Jungkook tu belajar bersama. Ada bagusnya kalau dia boleh belajar sekali dengan budak pandai macam Jungkook ni.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now