Chapter 13

1.1K 181 79
                                    

"A-awak bekas pelajar juvana ke, Jungkook?" Tersekat-sekat Haeda bertanya kepada Jungkook. Jungkook terus sahaja membuntangkan bini matanya lalu dia bangkit dari duduknya dan merampas kertas di tangan Haeda.

Tangannya terketar-ketar menahan marah apabila melihat rekod dirinya sebagai bekas pelajar juvana itu tersemat di atas kertas tersebut.

Kertas itu lantas digumpal olehnya lalu dia dengan wajahnya yang bengis terus sahaja melangkah keluar dari kelas mereka itu.

Sempat pintu kelas mereka dihempaskan kuat membuatkan bahu Haeda terhinjut. Terkejut juga manusia yang berada di sekeliling kelas tersebut mendengarkan hempasan pintu tersebut.

"Weyh, Haeda. Kenapa dengan boyfriend kau tu?" Soal Daeyun kepada Haeda.

Daeyun yang baru sahaja tiba bersama Hyuna di sebelah terus sahaja memasuki kelas tersebut lalu menerpa ke arah Haeda.

Haeda yang sedang berdiri dengan jantungnya yang berdegup luar biasa itu hampir sahaja jatuh tersungkur ke lantai namun sempat disambut oleh Daeyun.

"Yah, Haeda. Kau kenapa? Kau gaduh dengan Jungkook ke?" Soal Daeyun risau. Tubuh Haeda juga terus dipapah Hyuna.

Haeda mengangkat wajahnya lalu tangannya yang digenggam Daeyun dan Hyuna direntap perlahan keluar dari genggaman rakan-rakannya itu.

"Korang pun tahu ke Jungkook bekas pelajar juvana?" Soal Haeda membuatkan terpana Daeyun dan Hyuna mendengarkan persoalan daripada Haeda itu.

Jadi...Haeda sudah tahu?

"M-macam mana kau tahu, Haeda?" Soal Daeyun teragak-agak membuatkan Haeda tergelak perlahan.

"Aku tahu dari mana bukan urusan korang. Sekarang bagitau aku, apa lagi yang aku tak tahu pasal Jungkook? Sebab ni ke korang panggil dia monster? Tak mungkin kan? Aku tahu ada sebab lain."

Haeda berkata panjang lebar memandangkan hatinya masih tidak boleh menerima berita itu.

Daeyun dan Hyuna hanya terdiam seribu bahasa, tidak tahu jika mereka patut memberitahu apa-apa tentang Jungkook kepada Haeda.

"Cepatlah! Kenapa diam?!" Jerkah Haeda apabila dia mula hilang sabar.

Terkedu para pelajar yang berada di dalam kelas mereka itu juga pelajar yang baru sahaja ingin memasuki kelas apabila suara lantang Haeda mengejutkan mereka.

"Sebab dia masuk sekolah juvana..."

Daeyun menelan liurnya perit sebelum menyambung kata-katanya yang tergantung.

"...dia dikatakan membunuh mak dia waktu umur dia 7 tahun."

Bagaikan terhenti detakan jantung Haeda mendengarkan kata-kata Daeyun itu. Tak mungkin. Jungkook bukan orang yang macam tu.

"Tapi, bukan sebab tu kami menggelarkan dia monster." Sambung Daeyun lagi lalu dengan pantas mata Haeda ternaik kembali memandang Daeyun dan Hyuna di hadapannya.

"A-apa maksud korang?" Soal Haeda tersekat-sekat.

Daeyun mengeluh perlahan lalu dia memandang Hyuna. Hyuna mengangguk, memberi isyarat bahawa dia perlu menceritakan kisah tersebut kepada Haeda.

"Tahun lepas, ada berita tentang seorang pelajar dirogol dan dibunuh menular di seluruh bumi Korea. Kau tahu kan?"

Haeda mengangguk perlahan dengan teragak-agak apabila mindanya dilayarkan kembali dengan berita kematian tragis yang berlaku terhadap seorang pelajar perempuan.

Mindanya mula cuba membuat spekulasi sendirian dengan permulaan cerita daripada Daeyun itu.

Jangan kata...

Mata Haeda terbuntang luas apabila satu kenyataan yang menyimpulkan segala yang berlaku itu muncul di benak mindanya.

"Ya, semua itu angkara Jungkook."

-

Jungkook menghempaskan pintu sebuah kelas lalu dia memasuki kelas tersebut. Para pelajara di dalam kelas itu terkejut dengan kehadiran Jungkook itu yang memang mereka semua kenali.

Seseorang diterpa Jungkook lalu dengan pantas tumbukan melayang pada wajah bersih budak lelaki yang ditujunya itu.

Jatuh tersungkur lelaki itu ke lantai akibat tumbukan padu daripada Jungkook itu. Lelaki itu mengusap hujung bibirnya yang pecah lalu dia tersenyum sinis.

Lidah ditolak ke pipi kanan membuatkan pipi kanannya mengembung lalu pandanagnnya dialihkan ke arah Jungkook yang memandangnya bagai ingin menelannya hidup-hidup.

"Kenapa? Kau nak bunuh aku pula? Bunuhlah!" Jerit lelaki itu membuatkan api kemarahn Jungkook semakin memuncak.

"Bodoh!"

"Argh!" Jerit beberapa orang pelajar yang berada di situ apabila melihat adegan pergaduhan itu di dalam kelas tersebut.

Kolar lelaki itu pantas ditarik Jungkook lalu tumbukan mula ingin dilayangkan kembali pada wajah lelaki itu namun Jungkook memberhentikan tindakan agresifnya.

"Kenapa? Tak berani nak bunuh aku?" Soal lelaki itu bagaikan sedang memprovok Jungkook.

"Kau yang letak rekod tu atas meja Haeda kan?" Soal Jungkook dengan suara yang masih dikawal.

Lelaki itu tergelak besar, tidak menjawab persoalan Jungkook membuatkan Jungkook rasa tercabar dengan provokan lelaki itu.

"Kau memang nak hancurkan hubungan aku dengan Haeda kan?!" Soal Jungkook penuh amarah kepada lelaki di dalam genggamannya itu.

"Jeon Jungkook. Jeon Jungkook. Aku takkan benarkan sekali lagi gadis yang aku sayangi jatuh ke tangan kau. Aku takkan buat tindakan bodoh lagi macam mana aku buat dekat Jungha dulu!"

Dush!

Tumbukan terus sahaja melayang pada wajah lelaki itu penuh amarah apabila masa silam yang gelap itu diungkit semula.

"Bukan aku yang bunuh dia!" Jerit Jungkook dengan geram. Hatinya mula membuakkan api kemarahan, pantang apabila topik itu dipetik kembali setelah hampir setahun berlalu.

"Kau cakaplah apapun, Jungkook! Takkan ada sesiapa pun akan percayakan bekas pelajar juvana yang dah bunuh mak dia macam kau!" Jerkah lelaku itu pula.

"Diam!" Jerit Jungkook dan baru sahaja tumbukan ingin dilayangkan lagi pada wajah lelaki yang sudah terbaring dengan wajah yang luka dan bengkak itu, satu suara mula bergema di dalam kelas tersebut yang memberhentikan tindakan Jungkook.

"Jeon Jungkook! Kim Taehyung!"

•••

Jeng. Jeng. Jeng. [PT 2]

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now