Chapter 16

1.2K 182 61
                                    

Jeonjina
Akak Haeda.
Jina balik dengan abang tau.
Akak boleh balik dulu.
Ada masa kita jumpa lagi tau >_<

Haeda hanya tergelak membaca mesej daripada Jina itu. Dia keluar kembali dari aplikasi kakaotalk itu lalu skrin kembali memaparkan satu artikel yang agak pelik baginya.

Telefon pintar terus sahaja dimatikan sebelum dia bangkit dari duduknya untuk pulang ke rumahnya.

-

Jungkook berjalan bersama Jina melalui lorong ke rumahnya. Kakinya masih berbalut namun dia masih mampu berjalan seperti manusia normal walaupun agak terasa pedih.

"Abang janganlah marah ayah tau." Pinta Jian lalu Jungkook memandang Jina yang berada di sebelahnya itu lalu tersenyum.

"Ye, abang tak marah. Abang tahu ayah buat macam tu sebab dia sayang abang."

Jina tersenyum lebar mendengarkan balasan daripada Jungkook itu. Dia menghayunkan tangan abangnya ke hadapan dan ke belakang dengan riang.

Jungkook pula hanya membiarkan sahaja Jina memperlakukannya sebegitu kerana hatinya sudah cukup senang dapat melihat keriangan Jina.

Sedang Jungkook dan Jina berjalan melalui lorong tersebut, pandangan mata Jungkook pantas sahaja disapa dengan satu susuk tubuh yang berjalan perlahan sahaja di hadapan mereka.

Kenal sangat Jungkook dengan gerangan tersebut yang tak lain dan tak bukan ialah Yeo Haeda.

Senyuman nipis terukir di bibirnya memandangkan rasa rindunya sedikit terubat dengan pertemuan tanpa sengaja ini walaupun pandangannya hanya disapa dengan belakang tubuh gadis itu.

"Yeay. Dah sampai." Jina bersorak perlahan lalu Jungkook pantas sahaja mengalihkan pandangannya ke arah Jina seraya menguntumkan senyuman manis bagi memberikan reaksi kepada Jina.

Pintu pagar kecil dibuka oleh Jina lalu Jina terus memasuki lama rumah agam keluarga Jeon itu. Sempat Jungkook mengerling ke arah Haeda yang tubuhnya perlahan-lahan hilang di sebalik tembok yang terletak di selekoh jalan berdekatan.

Jungkook terus sahaja memasuki rumahnya seraya pintu pagarnya itu ditutup rapat kembali.

-

"...dikatakan Jeon terlepas dari hukuman mahkamah kerana kekurangan bukti yang kukuh dan kewujudan alibi yang menjamin Jeon daripada dikenakan hukuman. Kes serta-merta ditutup yang katanya dianggap sebagai kes bunuh diri."

"What the hell? Otak dia kes bunuh diri kalau kena tikam sampai tujuh kali? Dah tu, siapa rogol dia? Diri sendiri? Aish, ni mesti ada orang dalam."

Haeda terus mematikan telefonnya yang memaparkan video berita tentang kes tersebut lalu dia memejamkan matanya rapat, merehatkan mindanya yang kini penuh dengan segala jenis idea teori tentang kes pembunuhan Shin Jungha itu.

Taehyung.

Satu nama itu tiba-tiba timbul di benak pemikiran Haeda membuatkan Haeda yang sedang berbaring di atas permukaan katil itu terus terbangun dengan mata yang kini dicelikkan.

"Ya. Aku boleh tanya Taehyung pasal benda ni. Kalau nak tunggu Dee dengan Hyuna, memang tak berjawablah."

Keesokan harinya, Haeda hadir ke sekolah seperti biasa kembali. Haeda duduk di tempat duduknya dan seperti yang dijangka, Jungkook langsung tidak memunculkan diri. Haeda hanya memandang sekilas ke arah tempat duduk di sebelahnya lalu keluhan tanpa sedar terlepas dari belahan bibirnya.

"Haeda!"

Haeda pantas memusingkan wajahnya memandang ke arah muka pintu kelasnya. Senyuman diukirkan di atas bibirnya saat pandangan matanya disapa dwngan wajah Daeyun dan Hyuna.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now