Chapter 24

1.1K 161 50
                                    

Done double updates💜

•••

Haeda dan Jungkook sudah merancang ketika di rumah Haeda semalam. Mereka bakal datang awal ke sekolah bagi mengekori budak yang hampir itumbuk oleh Jungkook itu semalam.

Kini, mereka berada di tempat persembunyian di mana Jungkook sering bersembunyi ketika menghendap budak itu.

Setelah melihat budak itu mengunci kembali pintu loker Haeda, Haeda dan Jungkook terus keluar dari tempat persembunyian lalu mereka mengekori langkah budak lelaki berhoodie kelabu itu dengan harapan mereka akan bertemu dengan si ketua yang mengarahkan budak itu melakukan perkara tersebut.

Namun, harapan mereka jatuh meleset apabila budak itu hanya memasuki kelasnya tanpa bertemu dengan sesiapa pun.

"Saya rasa, mesti mereka akan berjumpa di masa lain supaya tak nampak mencurigakan." Ujar Haeda lalu Jungkook mengangguk setuju apabila mendengarkan pendapat Haeda itu agak logik.

"Hm. Kalau macam tu. Kita masuk kelas dululah." Ajak Haeda.

"Okay then." Jawab Jungkook lalu mereka pun mula mengorak langkah untuk ke kelas mereka berdua semula.

Beberapa hari berlalu dengan apntas, namun, mereka masih tidak dapat melihat perkara yang mencurigakan tentang budak itu kecuali di belah pagi.

Kini, mereka berdua sedang duduk di meja batu di belakang sekolah sambil meminum air pisang susu yang dibeli oleh mereka di kantin sekolah.

"Kau perasan tak, budak tu setiap kali lepas habis sekolah, dia akan pergi loker dia dan letak hoodie kelabu tu?"

"Hm. Perasan. Kenapa? Awak rasa curiga ke dengan tindakan dia letak hoodie tu dalam loker?"

"Aku rasa ada something yang kita terlepas dan itu mesti ada kaitan dengan tindakan dia letak hoodie dia dalam loker dia tu. Kenapa dia tak bawa balik je dan selalu guna hoodie tu untuk hantar ugutan tu kat kau je? Kau tak pelik?"

Soal Jungkook selepas penerangannya yang panjang lebar dinyatakan. Haeda terdiam seketika sambil berfikir sejenak.

"Hm, lepas awak terang macam tu, baru saya rasa curiga dengan benda tu." Balas Haeda dan mereka mula diam sambil menyedut air pisang susu yang masih berbaki di dalam kotak air tersebut.

"Okaylah. Esok kita tengok dengan lebih dekat pasal benda tu." Ujar Haeda lalu Jungkook mengangguk setuju.

-

Seperti yang dirancang hari seterusnya, mereka mengekori budak itu di belah pagi dan setelah waktu sekolah tamat.

"Aku acah-acah lalu. Lepastu, aku cuba tengok dalam loker dia. Mana tahu ada apa-apa?" Beritahu Jungkook lalu Haeda hanya mengangguk setuju.

Jungkook terus melangkah mendekati budak itu yang baru membuka pintu lokernya itu. Dan, mata Jungkook dilirkkan ke arah dalam loker budak lelaki itu. Dapat dia tangkap sebuah kotak yang sama dengan setiap kotak yang diterima oleh Haeda setiap hari berada di dalam loker budak itu.

Budak itu memasukkan hoodie yang digunakannya itu lau ditindih ke atas kotak itu bagi melindungi kotak itu. Jungkook dengan pantas terus berpusing kembali dan berjalan ke arah Haeda semula.

"Okay, aku dah tahu. Jom kita pergi belakang sekolah."

-

"Okay. Tadi, masa aku tengok dekat dalam loker budak tu, memang dah ada kotak yang sama macam kau selalu dapat tu dalam loker dia. Hoodie tu dia letakkan atas kotak tu."

"Jadi, awak nak cakap yang, orang yang di balik semua ni, dia dah letakkan siap-siap kotak tu dalam loker budak tu yang kita tak tahu masa dia letak kotak tu. Lepastu, esok pagi dia ambil kotak tu sekali hoodie tu sebelum hantarkan dekat loker saya. Macam tu?"

Terang Haeda satu per satu mengikut pemahaman yang bermain di mindanya sebaik sahaja mendengarkan pernyataan Jungkook itu.

"Exactly. Jadi, aku rasa kita kena cuba kleuar waktu kelas. Sebab aku dapat rasakan, dia tu letak kotak tu waktu kelas berjalan supaya orang tak nampak."

Balas Jungkook lalu Haeda terdiam seketika seusai mendengarkan kata-kata Jungkook itu.

"Jadi, awak nak kita ponteng kelas? Macam tu?" Soal Haeda kepada Jungkook dan dengan pantas Jungkook menjawab.

"Aku je. Aku tahu kau takkan berani nak ponteng kelas. Kau kan budak baik?" Ujar Jungkook membuatkan Haeda tergelak perlahan.

"Ikut awaklah kalau awak rasa itu yang dapat buat kita jumpa siapa yang mulakan kes ugutan ni." Tutur Haeda.

"I will find that person for sure."

-

"Kau ni, buat kerja tak smooth langsung. Tch." Ujar seseorang yang berpakaian seragam sekolah itu kepada budak yang menjadi orang suruhannya itu.

"Maaf, Senior Tae. Saya dah cuba buat semua tu tanpa mencurigakan sesiapa. Maaf."

"Maaf, maaf! Dahlah. Sekarang, aku nak tukar masa untuk kau ambil kotak tu dan masa untuk kau letakkam kotak tu dalam loker Haeda. Dengar baik-baik. Kau buat salah lagi, memang aku belasah kau sampai kau tak boleh jalan."

Ugut lelaki yang bergelar Senior Tae itu ataupun lebih dikenali sebagai Kim Taehyung, kepada budak yang berdiri di hadapannya.

"B-baik, Senior Tae." Jawab budak itu dengan gagap.

"Aku akan bagi kau kotak tu dekat rumah aku. Kau kena datang rumah aku terus lepas habis sekolah. Lepastu, hoodie aku tu kau bagi balik sebab kau dah tak perlukannya. Kau ditugaskan untuk hantar kotak tu tengah malam. Aku tak kisah kau nak buat macam mana. Tapi, yang pasti tengah malam. Faham?"

-

Minggu sekolah kembali bermula setelah dua hari para pelajar menempuh syurga dunia iaitu cuti umum hari sabtu dan ahad.

Haeda dan Jungkook masih mengerjakan siasatan mereka dengan mengekori budak itu di belah pagi dan selepas persekolahan.

Jungkook juga ponteng kelas pada hari itu namun tiada hasil malah mereka perasan bahawa budak itu tidak lagi meletakkan hoodie tersebut di dalam lokernya.

Malah, pada pagi itu juga, budak itu tidak lagi melakuan perkara tersebut. Namun, kotak itu masih dihantar kepada Haeda.

Nampaknya, mereka ada terlepas sesuatu berkenaan dengan perancangan dalang di sebalik semua ini. Mereka bagaikan sudah memberi tips bahawa rancangan gerangan itu sudah diketahui oleh mereka.

-

Haeda dan Jungkook kini berada di dalam bilik Haeda. Seusai pulang dari sekolah, mereka teru ke rumah Haeda bagi membincangkan soal perancangan mereka menyiasat kes ugutan ini.

"Nampaknya, penghantar sebenar tu dah tahu yang kita sering ekori orang suruhan dia. Dia tukar masa dan tempat untuk sukarkan kita jumpa diri dia." Tutur Jungkook lalu bibir bawahnya digigit perlahan.

"Jadi, apa patut kita buat?" Soal Haea, mula buntu apa lagi cara untuk membongkarkan siapakah yang berada di sebalik topeng itu.

"Aku tahu apa patut kita buat."

•••

Lagi dua chapter sebelum epilogue. Semua eksaited dah ka nak habiskan ff ni?😍💜

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now