Chapter 12

1.3K 185 62
                                    

"Tak sangka anak mak cik ni diam-diam ubi berisi eh? Tiba-tiba, balik bawa boyfriend. Ye tak, abang?" Puan Yeo mula bersuara lalu Tuan Yeo terangguk-angguk.

"Itulah. Lega juga hati bila tahu ada yang boleh jagakan Haeda." Balas Tuan Yeo bersama senyuman yang menunjukkan dia suka akan kehadiran Jungkook.

"Betullah tu. Mama dengan papa kan busy kerja? Kamu bolehlah luangkan masa dengan Jungkook. Boleh kan, Jungkook?" Soal Puan Yeo kepada Jungkook dan Jungkook pula hanya tersenyum manis dan mula menganggukkan kepalanya.

"Boleh je, mak cik." Sengih Jungkook membuatkan Haeda hanya tersenyum nipis.

"Haeda sayang? Ni kenapa diam je ni?" Soal Puan Yeo apabila perasan bahawa anaknya itu tidak bersuara langsung daripada tadi.

"Ouh. Tak ada apalah, ma. Haeda penat sikit."

Jungkook memandang Haeda di sebelahnya dengan wajah yang penuh tanda tanya. Sebentar tadi, Haeda baik-baik saja. Kenapa tiba-tiba dia kelihatan tidak senang duduk?

Tak lama kemudian, keempat-empat mereka sudah selesai menjamu selera. Haeda kini berada di sinki dapurnya, membasuh pinggan-pinggan yang telah digunakan tadi.

Tiba-tiba sahaja, pinggangnya mula terasa seperti ada sesuatu melingkari pinggangnya. Bahu kanannya mua terasa bagaikan ada beban di atasnya.

"Jungkook. Mama dengan papa nampak kejap lagi macam mana?" Ujar Haeda namun Jungkook tidak menjawab malah dia terus sahaj menyoal gadis itu.

"Kau kenapa?"

"Apa yang kenapa? Saya okay je ni ha." Soal Haeda kembali, selamba.

"Tch. Yelah tu. Kenapa muka kau kata lain." Balas Jungkook apabila dia tidak dapat menerima jawapan Haeda itu kerana dia benar-benar merasakan bahawa ada sesuatu yang mengganggu fikirkan gadis itu.

"Ish, apa pula cakap macam tu? Dahlah. Saya nak basuh pinggan ni, Jungkook."

Jungkook mula mencebik geram apabila Haeda masih berkeras tidak mahu memberitahu apalah yang beramin di fikirannya sehingga dia kelihatan terganggu itu.

Pelukan terhadap Haeda terus sahaja dileraikan lalu dia memandang belakang tubuh Haeda itu. Dia mengeluh perlahan sebelum bersuara.

"Aku balik dulu. Malam ni aku call kau." Ujar Jungkook kepada Haeda yang masih sibuk membasuh pinggan itu.

"Okay." Jawab Haeda ringkas dan sekali lagi membuatkan Jungkook mengeluh perlahan.

Kaki Jungkook mula melangkah keluar dari dapur. Begnya terus digapai dan digalas pada bahu.

"Eh, Jungkook? Dah nak balik ke?" Tegur Tuan Yeo kepada Jungkook apabila perasan Jungkook sudah keluar dari dapur.

"Haah, pak cik. Terima kasih sudi terima kehadiran Jungkook malam ni." Jungkook membalas lalu membetulkan beg galas di bahunya.

"Eh, apa cakap macam tu? Datanglah selalu. Pintu rumah ni sentiasa terbuka luas untuk kamu." Kini, Puan Yeo pula memcelah an Jungkook hanya tersenyum nipis dan mengangguk perlahan.

"Terima kasih, mak cik. Saya diri dululah ye?" Pinta Jungkook lalu Puan Yeo dan Tuan Yeo hanya mengangguk.

"Ha, ye. Hati-hati balik rumah tu."

Jungkook terus sahaja beredar keluar dari rumah keluarga Haeda itu. Haeda yang berada di dapur itu mua menjatuhkan bahunya sekali gus bersama keluhan berat.

Entahlah. Hatinya benar-benar terganggu dengan peristiwa tadi di hadapan perpustakaan.

Siapakah yang bercakap dengan Jungkook itu? Kenapa namanya meniti di bibir teman lelakinya itu? Apakah yang tidak dia ketahui tentang Jungkook?

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now