Chapter 8

1.4K 214 57
                                    

Korang comellah dekat previous chapter😆

•••

Haeda menyuapkan nasi ke dalam mulutnya lalu dikunyah perlahan. Habis sahaja kunyahan, dia tersenyum lebar apabila mindanya tidak habis lagi terbayang peristiwa pagi tadi.

"Yah, Yeo Haeda. Kau sihat tak ni? Senyum-senyum kenapa?" Eoal Hyuna yang dari tadi melihat rakannya itu persis orang kurang siuman.

"Kau tak tahu ke, Hyuna? Haeda couple dengan Jungkook." Jawab Daeyun membuatkan Haeda terkejut lalu terus mengangkat pandanagnnya dengan mata yang terbuntang memandang Daeyun.

"Eh? M-mana ada!" Nafi Haeda namun Hyuna terus sahaja memberikan reaksi.

"Weyh seriuslah?!"

"Ye weyh. Aku ada bukti. Kejap. Aku ada snap. Ha, ni."

Haeda membuntangkan matanya apabila melihat gambar yang diambil oleh Daeyun itu. Bila dia ambil gambar buku notanya pada bahagian Jungkook mencoretkan beberapa perkataan itu?!

"Weyh-" Haeda baru sahaja ingin mengeluarkan kata-katanya namun sudah terlebih ahulu dipintas oleh Hyuna.

"Omg! Haeda kita dah berpunya!"

Haeda menepuk dahinya, kesal. Apa bendalah bala asyik datang menghempapnya.

"Tapi kan, selama kau rapat dengan dia ni, dia tak ada berkelakuan pelik ke?" Hyuna menyoal Haeda lalu Haeda terus memandang Hyuna dengan dahi yang sudah berkerut seribu.

"Apa maksud kau?" Soal Haeda pelik. Ada apa-apa yang dia perlu tahu ke?

"Tak ada apalah." Daeyun memintas lalu dia memandang Hyuna dan digelengkan kepalanya perlahan namun Haeda perasan akan perkara itu.

Haeda memandang pelik ke arah dua kawannya yang nampak jelas sekali tidak senang duduk.

Seperti biasalah kalau mereka membuka topik tentang Jungkook, mereka secara automatik menutup kembali topik itu. Haeda juga sudah terbiasa sehingga dia rasa malas benar mahu melayan.

-

"Haeda." Haeda terus mengangkat wajahnya memandang Daeyun di hadapan mejanya.

"Kau tak nak bersiap pergi aktiviti kelab ke?" Daeyun bertanya dan barulah Haeda tersedar bahawa hari ini merupakan hari Jumaat di mana aktiviti kelab akan diadakan.

"Ouh, haahlah. Aku lupa! Nasib kau ingatkan. Kalau tidak, aku balik terus je." Haeda mula kalut mengemas mejanya yang bersepah dengan buku-buku.

"Eh. Betul ke nak balik terus tu? Bukan nak tunggu buah hati ke?" Soal Daeyun membuatkan tangan Haeda terus terbantut daripada mengemas dan dengan pantas mengangkat wajahnya memandang Daeyun, tajam.

"Yah!"

Daeyun dengan pantas terus sahaja berlari keluar mendapatkan Hyuna yang sudah mengekek ketawa di muka pintu kelas mereka. Mereka berdua menemukan tapak tangan kanan mereka, melakukan high-five, sebelum mereka beredar dari situ.

"Ish diorang ni." Haeda hanya tersenyum kecil lalu dia mula bangkit dari labuhan punggungnya.

Jungkook? Entah dia. Dah lama keluar tak balik-balik kelas sejak kelas tamat tadi.

Haeda terus sahaja mengeluarkan baju salinan sukannya lalu dibawa ke bilik persalinana untuk menyalin baju seragam sekolahnya dengan baju sukan.

"Haeda!"

Saat Haeda tiba di padang balapan, Taehyung terus sahaja menegur Haeda membuatkan senyuman di bibir Haeda terbit. Haeda terus berlari anak ke arah Taehyung.

"Mana coach?" Soal Haeda sambil matanya meliarkan ke seluruh sudut padang balapan itu bagi mencari kelibat coach mereka.

"Harini kita berlatih sendiri-sendiri je. Coach ada emergency. Terpaksa tinggalkan kita lepas habis waktu sekolah tadi." Jawab Taehyung emmbuatkan Haeda terangguk-angguk faham.

"Ouh. Okaylah. Jomlah panaskan badan dulu." Haeda mula mengajak ahli kelabnya untuk memanaskan badan sebelum mereka memulakan latihan.

"Okay. Jom, geng!"

Mereka yang lain mula akur lalu membentuk sebuah bulatan bersama Haeda dan Taehyung untuk memulakan sesi memanaskan badan sebelum mereka mula berlatih.

"Nah." Taehyung menghulurkan sebotol air mineral buat Haeda lalu Haeda tersenyum dan terus sahaja menyambutnya.

"Thanks, Taehyung. Macam tahu-tahu je aku tak bawa air harini." Haeda berkata lalu penutup botol terus dipulas dan diteguk air itu perlahan.

"Ergh." Haeda melepaskan rasa puasnya setelah meneguk air bagi membasahi tekaknya juga sekali gus melegakan tubuhnya yang diselimuti rasa lelah.

"By the way, Haeda. Aku nak tanya something boleh?" Setelah lama berdiam, Taehyung mula memecahkan keheningan atmosfera antara mereka berdua membuatkan Haeda terus mrmandang Taehyung.

"Erm? Ha, tanyalah."

"Kau ada apa-apa hubungan ke dengan-" Taehyung baru ingin menghabiskan kata-katanya itu namun terus dipotong laju oleh satu deheman.

"Ehem."

Haeda dan Taehyung terus sahaja mengalihkan pandangan ke arah suara yang memintas perbulana antara mereka itu.

"Eh, Jungkook? Buat apa dekat sini?" Haeda terus bangkit dari duduknya di sebelah Taehyung lalu mendapatkan Jungkook.

"Saja. Nak tengok girlfriend aku berlatih." Jungkook menjawab membuatkan Haeda terbuntang biji mata lalu dia pandang Taehyung dan kemudian memandang Jungkook kembali.

"Yah." Haeda menampar perlahan lengan milik Jungkook. Wajahnya kini sudah mula memerah.

Jungkook tergelak kecil melihat gelagat Haeda itu lalu dia mula melirikkan pandangan matanya ke arah Taehyung dan riak wajahnya bagaikan terus sahaja berubah serta-merta.

"Ouh, Jungkook. Ni Taehyung. Rakan sekelab saya. Dia pun anak kepada private tutor saya." Haeda mula memperkenalkan Jungkook saat dia perasan pandangan Jungkook kini terlekap pada Taehyung.

Taehyung menolak pipi kanannya menggunakan lidah dari bahagian dalam mulut lalu dia terus bangkit dari duduknya. Taehyung kemudiannya berjalan beberapa langkah merapati Haeda dan Jungkook.

"Taehyung. Kim Taehyung. Nice to meet you." Taehyung memulakan bicara lalu dihulurkan tangannya ke arah Jungkook.

Jungkook dengan wajah yang kosong memandang wajah lelaki di hadapannya itu lalu dia memandang pula ke arah tangan yang dihulurkan ke arahnya itu. Senyuman inis kecil terukir di hujung bibir lalu tanpa berlengah dia menyambut huluran tangan oleh Taehyung itu.

"Jungkook. Jeon Jungkook. Nice to meet you too." Jungkook memperkenalkan dirinya pula. Tangan mereka masih bersatu bagaikan tiada tanda-tanda ingin melepaskan tangan masing-masing.

Haeda yang masih tersenyum itu mula pelik dengan dua lelaki itu. Dia dapat rasa aura kekok yang tiba-tiba menerpa dirinya apabila dia melihat kedua insan itu tisak berganjak sedikit pun daripada kedudukan bersalaman mereka itu.

"Err. Ehem." Haeda berdehem kecil membuatkan mereka berdua terus sahaja melepaskan tangan masing-masing.

"Oh, Haeda. Aku rasa aku dah kena pergi ni. Hehe. Bye." Taehyung terus sahaja meminta dirinya lalu dia mula berura ingin mengambil barang-barangnya di tempat yang diduduki oleh mereka itu tadi.

"Ha, okay, Taehyung. Hati-hati balik. Jumpa esok." Haeda berkata lalu Taehyung hanya mengangkat tangannya.

"Okay, Haeda. Take care." Taehyung terus sahaja meninggalkan Haeda bersama Jungkook di padang balapan itu.

"Kejap eh. Biar saya kemas baeang saya dulu. Lepas tu, kita balik." Haeda mula ingin melangkah mendekati tempat barang miliknya berada namun tangannya sempat ditarik oleh Jungkook membantutkan langkahnya.

"Eh? Kenapa?" Soal Haeda bingung lalu wajah Jungkook ditatapnya. Jungkook menggigit bibir bawahnya lalu dia mula menjawab.

"Jom date?"

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now