Chapter 25

1.1K 172 115
                                    

"Aku dapat rasa diorang tukar masa dan tempat bagi kotak tu bertukar tangan. Jadi, masa yang paling sesuai adalah, tengah malam. Kemungkinan besar, the one behind all these yang akan hantar kotak tu."

Disebabkan kata-kata Jungkook tempoh hari, Haeda dan Jungkook kini berada di hadapan pagar sekolah yang berkunci pada waktu tengah malam.

"Kau panjat atas belakang badan aku, lepastu kau lompat masuk ke dalam." Arah Jungkook lalu Haeda yang berada di sebelahnya pantas memandang ke arahnya.

"Dah tu, nanti awak nak masuk macam mana?" Soalnya lalu Jungkook tersenyum kecil.

"Aku boleh panjat, sayang."

Haeda hanya mengangguk faham lalu sebaik sahaja Jungkook membongokkan belakang tubuhnya, terus dia arahkan Haeda memanjat belakangnya.

Dengan teragak-agak Haeda memanjat belakang tubuh Jungkook bersama pegangan tangannya terhadap pagar sekolah yang agak tinggi itu lalu tanpa berlengah, dia melompat turun ke tanah di bahagian alam perkarangan sekolah tersebut.

Jungkook dengan pantas bangun berdiri tegak lalu dia memanjat pagar sekolah tersebut dengan lincah. Mereka terus memandang sesama sendiri bersama senyuman sebelum berpusing menghadap bangunan sekolah.

"Jom." Terus mereka berjalan menuju ke bangunan sekolah untuk bersiap sedia di tempat persembunyi mereka.

Namun, sebelum itu, sempat mereka memeriksa sama ada loker milik Haeda sudah mempunyai kotak tersebut ataupun tidak.

Kelihatan, kotak itu masih belum diletakkan ke dalam loker milik Haeda lalu dengan pantas mereka terus menyembunyikan diri di tempat biasa.

Lama mereka menanti sehinggalah bunyi derapan kaki menarik perhatian mereka. Sebaik sahaja mereka menjengulkan kepala bagi melihat gerangan tersebut, mereka ternampak budak yang sering menjadi penghantar kotak itu sedang membuka loker Haeda dengan pantas. Kini, budak itu tidak lagi berhoodie seperti selalu.

Sebaik sahaja budak itu pergi dari tempat kejadian, Jungkook terus mengeluh berat. Wajah diraup kasar dan kemudiannya dia menguak rambutnya ke atas, memaparkan dahinya.

"Nampaknya, dia dah tukar tempat penukaran tangan untuk kotak tu. Jadi, kita kena tukar balik plan kita." Beritahu Jungkook dengan hati yang sebal.

"Saya follow awak je. Selagi kita dapat tahu siapa orang di sebalik kegiatan ni, saya sanggup ikut awak." Balas Haeda lalu Jungkook tersenyum nipis.

"Good. Okay, esok. Kita start follow budak tu dari sekolah sampailah dia jumpa dengan pemberi kotak tu. Okay?" Kata Jungkook, mberi cadangan kepada Haeda lalu Haeda pantas menggangguk.

"Okay je. Lepas habis sekolah, saya balik rumah kejap dulu. Lepastu, nanti tukar dengan saya dan awak balik rumah pula nak tukar baju. Boleh?"

"Takpa, sayang. Aku tak balik rumah terus pun takpa. Nanti kau balik dulu, aku follow je budak tu. Lepastu, aku mesej kau rumah dia dekat mana. Okay?"

"Okaylah kalau awak cakap macam tu." Haeda akhirnya memutuskan untuk mengikut saya apa yang dikatakan Jungkook.

Taka lama kemudian, mereka mula mengatur langkah untuk keluar dari perakrangan sekolah itu seperti mana cara mereka masuk ke dalam sebentar tadi.

-

Pada hari seterusnya, mereka berdua mula menjalankan kegiatan mereka seperti yang dirancang.

"Saya balik rumah dulu tau. Jangan lupa mesej saya tempat nanti." Haeda berkata kepada Jungkook lalu Jungkook pantas mengangguk laju.

"Okay, sayang. Take care." Balas Jungkook dan Haeda tersenyum lebar. Dia pantas keluar dari kawasan sekolah untuk pulang ke rumahnya sebelum menyertai Jungkook sebentar lagi.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now