Chapter 11

1.3K 190 68
                                    

"J-jungkook."

Terus teralih pandangan Haeda ke belakang saat telinganya menangkap suara beberapa pelajar yang memangil nama Jungkook itu.

Kelihatan Jungkook dengan wajahnya yang kosong memandang dinding tersebut lalu dia membawa langkahnya pergi dari situ.

"Jungkook!" Haeda berlari mengejar langkah Jungkook dengan pantas lalu tangan Jungkook digapainya dari belakang.

"Lepaskan aku." Direntap tangannya kasar dari pegangan Haeda namun Haeda sekali lagi menggapainya dan kalini pegangannya yang dikenakan pada lengan Jungkook dipereratkan.

"Jeon Jungkook." Panggil Haeda perlahan membuatkan Jungkook terus mengalihkan pandangannya dengan tangannya yang masih digenggam erat oleh Haeda.

"Kenapa? Kau nak tinggalkan aku? Nak putus dengan aku lepas baca bena bodoh dekat dinding yang syaitan mana conteng tu? Macam tu?!"

Volum suara Jungkook mula naik membuatkan Haeda hanya memejamkan matanya rapat kerana dia tidak suka mendengarkan tebakan Jungkook terhadapnya itu.

"Kenapa awak fikir sampai macam tu sekali? No, Jungkook. Ingat janji saya hujung minggu lepas, Jeon Jungkook. Saya takkan tinggalkan awak."

Balas Haeda lembut, cuba meyakinkan Jungkook bahawa dia akan terus eetia bersama lelaki itu walau apapun yang berlaku.

Tangan kiri Jungkook mula meraup wajahnya kasar seusai sahaja mendengar kata-kata Haeda. Dengan perlahan dia menarik tubuh Haeda lalu dipeluknya erat.

"Aku takut, Haeda." Ujar Jungkook perlahan. Suaranya betul-betul kedengaran jelas memikul rasa yang bagaikan hampir berputus asa dengan segala yang berlaku.

Haeda terus sahaja membalas pelukan daripada Jungkook itu.

"Jangan takut. Saya ada dekat sini dengan awak. Kepercayaan adalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Ingat yang saya sentiasa percayakan awak, Jungkook. Jadi, awak juga kena percayakan saya."

Tubuh Haeda mula ditolak perlahan, meleraikan pelukan di antara mereka. Jungkook tersenyum nipis sambil matanya menatap segenap wajah teman wanitanya itu.

"Aku percayakan kau."

-

"Jungkook. Saya pergi library tau. Pukul 6 kita jumpa dekat depan sekolah. Okay?" Haeda memberitahu Jungkook yang maish merehatkan kepalanya di atas meja itu.

Kelas sudah mula lengang dengan pelajar memandangkan waktu sekolah sudah tamat setengah jama yang lalu.

"Hm. Okay." Jungkook membalas perlahan lalu Haeda hanya tersenyum melihat nyenyaknya teman lelakinya itu tidur beralaskan tangannya.

"Saya pergi dulu." Haeda terus sahaja mengendong buku di dalam pangkuannya lalu dia mula melangkah keluar dari kelas tersebut, meninggalkan Jungkook tidur seorang diri di dalam kelas itu.

Tiba di perpuastakaan sekolah, Haeda mula melabuhkan punggung di salah satu tempat kosong di dalam perpustakaan tersebut.

Buku terus sahaja dibuka dan sesi pembelajarannya mula berlangsung dengan jayanya.

Sedang dia khusyuk mengulang kaji tajuk-tajuk yangdiajar oleh gurunya pada hari ini, seseorang tiba-tiba sahaja datang duduk di hadapannya, menarik fokusnya pada buku yang berada di atas meja.

Pandanagnnya diangkat bagi memandang erangan tersebut dan matanya serta-merta terbuntang saat wajah Taehyung terpampang di hadapannya sedang tersengih.

"Eh, Taehyung? Apa awak buat dekat sini?" Soal Haeda terkejut dengan kehadiran lelaki yang memang sah-sah dia tidak akan pernah menjangka lelaki itu bakal menjejakkan kaki ke sini.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now