Chapter 26

1.2K 166 58
                                    

WARNING : Chapter ni 95% semuanya flashbacks. Yang italic adalah flashbacks dan yang biasa adalah waktu sekarang.

Enjoy dengan tea yang terlalu banyak sampai banjir ditumpahkan dekat korang. Skskksksks😌✊

•••

"Jadi, abang setujulah nak ikatkan Jungkook dengan anak diorang?" Soal Puan Jeon kepada suaminya yang baru lepas menyisip air kopi bancuhannya itu.

"Saya setuju jelah. Lagipun, ini untuk masa depan syarikat juga. Jungkook juga yang bakal mengambil alih tempat abang nanti." Tuan Jeon berkata lalu tangannya meletakkan kembali cawan ke atas piring yang tersedia di atas meja berhadapan dengannya itu.

"Saya ikut je apa yang abang nak buat. Kalau abang rasa itu menjamin masa depan Jungkook, saya setuju."

"Baguslah kalau awak tak membantah. Minggu depan, hari Jumaat, mereka menjemput kita makan malam bersama."

"Boleh. Nanti kita pergi beli baju dinner kita dengan Jungkook."

"All for you, sayang."

Puan Jeon tersenyum lebar mendengarkan ayat manis yang dilontarkan oleh suaminya itu.

Pada masa yang sama, ada seseorang yang sedang mencuri dengar perbualan mereka di ruang tamu rumah keluarga Jeon itu.

Gigit diketap geram sebelum dia kembali masuk ke dalam bilik apabila rakannya baru sahaja keluar dari bilik air.

"Kook! Jom main lagi!"

"Okay, Tae!"

-

"Mak, mak. Kook nak cola tau kejap lagi?"

"Boleh, sayang. Tapi, Kook jangan minum selalu cola tu. Tak elok untuk badan kamu tu yang masih kecil."

"Aip, aip, captain. Hehe."

Puan Jeon tersenyum melihat kecomelan anak lelaki sulungnya yang baru berumur 7 tahun itu. Mereka kini sedang berjalan di pinggir jalan untuk ke kedai 24 jam berdekatan.

"Yeay, cola!"

"Kook! Jangan lari! Nanti jatuh!"

Sang ibu hanya mampu menggeleng perlahan melihat gelagat anaknya itu. Dia pun terus mengikuti langkah anaknya memasuki kedai 24 jam itu.

Taka lama kemudian, mereka pun selesai membeli semua kehendak mereka di kedai tersebut, Puan Jeon pantas melangkah keluar bersama anak lelakinya itu, berpegangan tangan.

Tiba-tiba, mata Jungkook menangkap seekor anjing kecil yang berada di sebuah lorong berdekatan dengan mereka. Anjing itu hanya melihatnya dari balik dinding sebelum mengaibkan diri dengan berlari ke arah bertentangan.

Jungkook pantas menarik tangannya keluar dari genggaman tangan maknya lalu dia berlari mengikuti anjing tersebut.

"Eh, Kook! Nak pergi mana tu?" Puan Jeon terkejut lalu dengan pantas dia berjalan pantas mengejar langkah ankanya memasuki lorong tersebut.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now