Chapter 21

1K 173 21
                                    

Selama hampir tiga minggu, Haeda tidak lagi diganggu oleh nota lekat berbaur ugutan yang pernah dia dapat hampir seminggu berturut-turut itu.

Jadi, Haeda hanya menganggap bahawa, perkara itu dilakukan oleh manusia yang dengki akannya. Mereka mungkin sudah mengalah tika ini memandangkan Haeda sudah tidak terkesan lagi dengan ugutan nota lekat mereka itu?

Tiga minggu itu berlalu dengan cukip pantas dan kini, tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari olahraga tahunan peringkat kebangsaan.

"Haeda. Maaf. Aku baru sampai." Taehyung yang baru tiba di khemah tempat Haeda berada itu menegur Haeda.

"Mesti bangun lambat ni." Balas Haeda berbaur usikan membuatkan Taehyung tersengih sambil menggosok belakang lehernya.

"Dahlah. Tak payah sengih-sengih. Pergi jogging dua round sekolah. Lepas tu, stretching. Saya dah buat tadi." Beritahu Haeda lalu Taehyung hanya mengangguk akir.

"Baik, bos." Balas Taehyung bersama tabik tangan yang diangkat ke udara membuatkan Haeda tergelak kecil. Taehyung terus berlari anak keluar dari kehmah tersebut untuk memulakan sesi latihan sebelum acara dimulakan sebentar lagi.

Sejak mereka berdua terpaksa berlatih bersama bagi acara yang merka settai, Haeda sudah boleh perlahan-lahan membuang perasaan kekok antara Taehyung memandangkan pada hari pertama mereka berlatih, Taehyung sudah memohon maaf kepadanya.

Sedang Haeda mengurut kakinya yang terjulur ke hadapan itu, dirinya dikejutkan dengan sergahan daripada seseorang membuatkan dia terjerit kecil. Orang sekeliling mula pandang ke arahnya lalu Haeda dengan pantas menampar lengan gerangan tersebut dengan kuat sehingga berbunyi.

"Ark! Sakitlah, sayang." Rungut Jungkook sambil mengusap perlahan di bahagian yang dipukul oleh Haeda.

"Siapa suruh sergah saya macam tu? Lemah jantung kejap lagi tak boleh nak lari macam mana?" Balas Haeda bertubi-tubi membuatkan Jungkook tersengih.

"Alololo. Janganlah marah. Ni, aku bawakan air glukos untuk kau supaya kau lebih bertenaga untuk berlari kejap lagi. Fighting, Yeo Haeda!" Ujar Jungkook bersama kedua-dua tangannya diangkat ketika dia bersorak kecil pada Haeda itu.

Argh, comel!

Itulah yang berlegar di minda Haeda ketika melihat aksi yang ditonjolkan oleh Jungkook itu.

"Terima kasih, baby Kook." Balas Haeda lalu Jungkook terue menggigit bibir bawahnya menahan senyuman mendengarkan panggilan Haeda terhadap dirinya itu.

"Sini, biar aku urutkan kaki kau." Jungkook menepis tangan Haeda yang baru ingin menyambung urutan pada kakinya itu. Haeda terkejut pada mulanya namun kemudian, dia hanya membiarkan Jungkook melakukan sedemikian.

Sedang Jungkook sibuk mengurut kakinya, mindanya mula menerawang pada sesuatu perkara yang menyerabutkan kepalanya tika ini.

Harini merupakan hari pertama dia datang bulan. Dia risau jika period cramp itu bakal datang ketika dia memulakan acara larian nanti.

Setelah hampir sejam berlalu, acara pada hari itu terus dimulakan dengan acara short distance. Ramai pelajar JinSeok Private HighSchool dan pelajar dari sekolah luar datang bersorak bagi peserta dari sekolah masing-masing.

Haeda kini bersandar pada bahu Jungkook di dalam khemah sambil menonton acara yang sedang berlangsung di padang berhadapan dengan khemah mereka itu.

"Baiklah. Kini, tiba masa untuk acara 3000 meter. Para peserta dikehendaki datang ke khemah urusetia sebelum beransur ke garisan permulaan.

Haeda terus bangun dari duduknya lalu memandang ke arah Jungkook. Jungkook juga turut bangkit dari duduknya lalu dipeluk tubuh Haeda erat.

"Kau boleh buat. Fighting!" Jungkook memberi semangat kepada Haeda mmebuatkan Haeda lebih yakin dengan dirinya.

[DIBUKUKAN] Monster - JJKWhere stories live. Discover now