Prolog 🖤

23K 227 18
                                    

Minuman kencing syaitan di tangannya itu diteguk rakus. Tidak kisah bahawa minuman itu adalah haram.

Kepuasan dirinya lebih penting. Kepuasan dirinya untuk melepaskan tekanan yang membebani jiwanya kini.

Bunyi musik yang dimainkan dengan kuat sekali. Semua orang di dalam club itu seperti hilang kewarasan.

Tiada rasa segan silu apabila menyentuh sesama berlainan jantina. Malah ada yang melakukan aksi yang lebih dari itu. Seks. Yaa seks.

Semua itu kelihatan normal pada manusia-manusia yang berada di dalam club itu. Tidak diendahkan apa yang orang lain buat.

Masing-masing seronok melayan diri sendiri dan melayan kepuasan yang dirasai.

" Kash, " panggil seorang lelaki yang baru tiba di club itu.

Tengku Aish Kashah. Seorang jejaka tampan yang terkenal di dunia. Jejaka yang bisa berjaya pada usia muda dalam bidang perniagaan.

Tetapi dia juga di kenali sebagai buaya darat pada dunia club itu. Dirinya digelar sebagai King of Player.

Boleh dikatakan setiap minggu dia bertukar-tukar wanita. Mudah saja baginya. Seperti pakai buang baju. Sudah di gunakan, kemudian di buang.

Wanita-wanita yang kelihatan murah padanya namun dia tetap mengambil kesempatan untuk melepaskan kepuasannya. Lebih tepat nafsunya.

Kashah tidak memandang wajah teman baiknya itu iaitu Haziq. Malah wajahnya makin tertunduk ke bawah akibat mabuk. Air syaitan itu sudah diteguknya beberapa gelas.

" Kash jom balik. " Haziq cuba menarik tangan Kashah untuk membawanya pulang.

Makin lama makin teruk di lihat sahabatnya itu. Sudah tidak tahu macam mana caranya untuk membuatkan dia berhenti dari semua ini.

" Shhh. " Kashah meletakkan jari telunjuknya pada mulut Haziq. Kemudian dia menepis kuat tangan Haziq dari terus menggenggam tangannya.

" I'm still not have fun, " ujar Kashah dengan badannya yang terhuyung hayang ke sana dan ke sini akibat penangan air syaitan yang membuatkan dia mabuk.

Haziq mengeluh perlahan. Haihh laa jantan ni. Ada juga yang mampus dekat sini.

" You already have fun. A lot, " ujar Haziq lalu dia memimpin Kashah untuk dibawanya keluar dari club itu.

Namun Kashah menolaknya kuat. Tidak mahu pulang.

" Heyy girl, " ditegurnya wanita yang sedang merokok sambil bersandar pada dinding club itu.

Wanita itu tersenyum seronok apabila jejaka yang terkenal di club itu menegurnya.

" Heyy darling, " balas wanita itu lalu putung rokok di tangannya itu di buang ke lantai lalu dia memandang Kashah dengan senyuman lebar.

Kashah kini berada betul-betul di hadapan wanita itu. Di lihat wanita itu dengan senyuman yang sinis.

Kemudian Kashah mendaratkan bibirnya pada bibir wanita itu. Diciumnya rakus.

Wanita itu juga membalas ciuman Kashah. Leher Kashah dirangkulnya.

" Emm emmm, " desah wanita itu dalam ciumannya apabila tangan Kashah tidak duduk diam namun merayap di dalam bajunya.

Kashah melepaskan ciuman itu. Matanya memandang tepat ke dalam mata wanita itu. Barang baik, tak elok dibiarkan begitu saja.

" Wanna go with me?, " soal Kashah menghulurkan tangannya ke arah wanita itu.

Lalu wanita itu menyambut huluran Kashah itu dengan terujanya.

Haziq menepuk dahinya. Lalu dengan pantas dia menuju ke arah Kashah.

" Balik!, " ujar Haziq tegas lalu dia menarik kuat tangan Kashah sehingga terlepas tangan Kashah dari menggenggam tangan wanita itu.

" Sorry. " Sempat lagi Haziq meminta maaf pada wanita itu. Not tonight.

Kashah hanya mengikut saja langkah Haziq ke arah car parking itu.

Wajahnya sudah di tutup Haziq dengan jaket kulit yang dipakai Haziq tadi. Takut jika ada pihak media di situ.

Dipaksa Kashah masuk ke dalam kereta apabila Kashah tidak mengendahkannya.

Seatbelt di sebelah penumpang di mana Kashah duduk kini ditarik dan dipakaikan.

" Boleh tak kalau sehari kau jangan datang club?, " geram Haziq dibuatnya. Sudah berkali-kali dia marah Kashah.

Namun seperti biasa laa. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Sudah berapa kali dia berurusan dengan pihak media apabila ada news yang keluar berkaitan Kashah di club malam itu.

" Aku kena datang juga, " ujar Kashah lalu dia tertawa kecil sehingga dia terbelahak panjang.

Perutnya di pegang tanda dia ingin memuntahkan segala isi perutnya.

" Bwuerkkkkkkk. " Habis segala isi perutnya keluar membasahi seat itu.

Haziq cepat-cepat mengambil plastik yang sememangnya disediakan dia di dalam dashboard.

Disuakan kepada Kashah yang kelihatan ingin termuntah lagi.

" Habis laa kereta aku, " ujar Haziq sambil mengeluh pasrah melihat seat penumpang yang diduduki Kashah itu.

Kashah mengambil plastik dari tangan Haziq itu lalu dia memuntahkan lagi isi perutnya.

Manakala Haziq kini memandu kereta itu. Rumah Kashah dituju.

Kashah kini sudah terlelap di bahagian penumpang. Kepalanya terteleng tersandar pada cermin tingkap kereta itu.

" Awak janji tak akan tinggalkan saya, " tiba-tiba terdengar suara esakan Kashah di dalam tidurnya.

Haziq melihat lelaki itu dengan penuh rasa simpati. Kashah berubah kerana dia. Bila Kashah mahu terima dan redha akan kenyataan itu pun dia tidak tahu.

Namun dia berharap dan berdoa bahawa suatu hari nanti akan ada keajaiban di dalam hidup lelaki itu.

Kini Haziq sudah memasuki perkarangan rumah Kashah. Di parking keretanya di garaj kereta yang sudah tersedia ada di situ.

" Kashah, " panggil Haziq lalu ditampar pipi Kashah perlahan untuk menyedarkan dia dari tidur lenanya itu.

Mana mampu Haziq nak mendukungnya. Berat nak mampus.

Terkebil-kebil mata Kashah jaga dari lenanya. Kemudian dia memisat matanya perlahan.

Haziq menarik Kashah keluar dari kereta lalu dipimpinnya masuk ke dalam rumah.

Setelah itu bilik Kashah dituju. Dibaringkan tubuh Kashah di atas katil bersaiz king itu.

Baju Kashah dibuka lalu di campak ke dalam bakul baju kotor yang tersedia di dalam bilik itu.

Kemudian kasut Kashah juga dibukanya. Haziq menarik comforter itu menyelimuti tubuh Kashah agar tidak kedinginan.

Lalu dia berlalu keluar dari bilik Kashah.

Kashah membuka matanya perlahan lalu di renung frame gambar yang berada di atas kabinet kecil di sebelah katilnya itu.

" Awak penipu, " dilontarkan kata-kata itu dengan geram. Lalu dia berpaling membelakangi frame gambar itu. Tidak mahu melihatnya.

Air mata mula menitis mengalir di pipinya. Dikesatnya kasar lalu dia pun terlelap.

Hey hey hey hello peeps! So this is the first chapter of my third book yeahhhhh🤣give me a clap👏wuhuuuu😂

Yeayy after the first and second book then this third book😂I don't know if my writing have the improvements or not but yahh I hope it had😂I kinda want you easy to read and understand what I want to tell you🤗

So yahhh if anything just comment okay😉I will always read it😘❤️

Thanks guys🎉❤️

Fuck Love !!! [ OG ] Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz