Part 5

38.3K 1.2K 157
                                    

Warning : kissing gif
(Skip if you're innoncent)



Adam mengangkat tubuh itu lalu diletakkan di dalam kereta di tempat duduk belakang. Keretanya dihidupkan lalu aircond keretanya dibuka. Adam bergerak ke bahagian belakang sambil menepuk-nepuk pipi Najwa.

"Najwa.. kau dengar tak?" Najwa masih tidak memberikan sebarang reaksi. Adam mengusap lembut dahinya yang sedikit basah. Mungkin kerana terkena cahaya matahari di luar.

"Panas.." Najwa bergerak sedikit. Tangannya naik ingin membuka butang bajunya namun ditahan oleh Adam. Adam bangun menjulurkan badannya ke bahagian hadapan kereta lalu pintu keretanya dikunci.

"Sini, biar aku buka." Adam membuka butang baju milik gadis itu. Rambut Najwa diselak ke belakang bagi memudahkan kerjanya. Najwa perlahan-lahan mulai sedar sepenuhnya.

"Kau okay?"

"Awak buat apa dekat saya?" Soalnya polos. Bajunya yang mendedahkan bahagian badannya itu segera ditutup.

"Aku tak buat apa-apa. Kau yang nak buka baju kau, aku tolong la."

"Oh.." Najwa membutangkan semula bajunya satu persatu. Wajahnya yang sudah merah dan panas cuba dia kawal agar tidak terlalu ketara.

"Kau tak boleh kena panas?" Soal Adam. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya. Najwa lambat-lambat mengganggukkan kepalanya.

Sedar bahawa status mereka itu belum ada ikatan, Najwa melarikan diri rapat ke pintu belakangnya. Wajahnya ditundukkan apabila Adam terus menerus merenungnya.

"Kau suka lari dari aku. Kenapa? Mata aku kau langsung tak pandang. Aku tak suka."

"Saya kan hamba awak je, saya taknak ada hati dekat awak." Najwa terus menutup mulutnya. Wajah Adam yang sedang tersenyum itu dilihat seketika lalu dia memukul mulutnya. Boleh pula terlepas cakap.

"Kau ada hati dekat aku ke?" tanyanya.

"Takde. Tapi saya takut kalau—" ayatnya terhenti. Biarlah Adam faham sendiri apa yang akan dia perkatakan.

"Simpan perasaan kau dulu." Adam menarik tangan Najwa rapat dengannya. Satu ciuman hinggap pada dahi gadis itu sebelum dia keluar dari keretanya.




******




"Adam, we need to talk." Dato Firash memanggil anaknya. Adam mengeluh kemudian mengikuti Dato Firash ke ruangan miliknya yang tidak jauh dari bilik Adam.

"Tasya cakap Adam tak tolong langsung dalam projek ni! Come on, son. Nanti kita terlepas peluang ni."

"Daddy, Adam rimas lah dengan dia. Batalkan jela projek ni, senang." Adam mula duduk di sofa.

"Never! Daddy takkan batalkan, projek ni kena teruskan. Why not you just layan Tasya macam dulu, Adam?"

"I already have someone else, dad. And I really love her."

Adam berlalu pergi. Memang tak akan pernah dia terima kembali Tasya di dalam hidupnya. Perempuan itu pernah menjatuhkan maruahnya, murah la dirinya jika dia kutip semula.




NAJWA baru saja hendak menyediakan bahan untuk memasak, namun kerjanya itu terus terhenti apabila Tasya melanggar bahunya dengan sengaja.

"Macam mana Cik Tasya boleh masuk?" Soalnya.

"Najwa, I ex tunang dia. Kita dah pernah buat everything yang dia pernah buat kat you tau." Tasya melangkah ke sinki. Bahan-bahan yang diambil oleh Najwa tadi dipegang.

"I nak masak untuk Adam malam ni." Tasya mengambil periuk kemudian air direbus. Setelah ia mendidih dia memasukkan brokoli pula ke dalamnya. Tasya berpaling semula ke belakang memandang Najwa sambil menyilangkan tangannya.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now