Part 18

29.1K 1K 256
                                    

"Ahh Najwa pedih la." Adam menahan pedih pada bahagian dadanya yang ditikam. Najwa terus mengalihkan tangannya daripada menyentuh dadanya.

"Sorry.." Najwa kembali merawat lukanya. Luka itu dicuci perlahan kemudian dilap menggunakan kain bersih. Ubat luka itu diambil lalu disapu di sekeliling kawasan lukanya. Kotak first aid itu ditutup semula.

"Thanks." Adam menarik lengan Najwa. Satu ciuman hinggap pada dahi gadis itu. Senyuman tidak pernah lekang pada wajahnya. Dia gembira.

"Saya nak keluar kejap." Najwa bangun berdiri. Adam memegang tangannya.

"Nak pergi mana?" soalnya lalu turut berdiri di hadapan Najwa. Wajah gadis itu dipandang lama.

"Saya nak tukar baju, tak selesa la." Najwa menarik sedikit baju itu menutupi tubuhnya. Terseksa dirinya apabila mengenakan baju sebegitu apatah lagi di hadapan Adam.

"Meh aku tolong buangkan." Tangan Najwa ditarik ke arahnya.

"Adam!!" jeritnya apabila Adam sudah ketawa mengekek. Tubuh gadis itu dipeluk erat.

"Kita kahwin nak?" mata bertemu mata. Jantung mulai berdenyut laju.





*****





Afiq duduk di sebelah mummynya sambil melentokkan kepalanya pada bahu wanita itu. Terasa sudah lama dia tidak bermanja dengan orang tuanya kerana sejak kebelakangan ini dia juga sibuk ke sana sini.

Fikirannya mula melayang ke arah lain. Sejak ini semua terjadi, Afiq sudah tidak lagi mempunyai sikap seperti dulu. Menjadikan perempuan sebagai mainannya. Sekarang dia tahu, betapa pentingnya kaum itu.

"Uit, jauh kau termenung." Adam menepuk peha adiknya sebelum dia juga turut duduk di sebelahnya. Tv yang terpasang itu dipandang sekilas.

"Mummy, Adam nak kahwin." Adam duduk menghadap Datin Maya.

"Dengan Tasya lagi ke?! Weh kau—"

"Afiq, kau ni kan." kepala adiknya itu ditepuk. Mulut dia itu memang tiada insuran langsung. Memang tidak akan pernah dia kembali semula pada perempuan itu.

"Baguslah. Tak elok juga Adam bawa Najwa ke hulu hilir, apatah lagi sentuh-sentuh dia selagi belum halal." pesan Datin Maya sambil melihat kedua anak lelakinya itu berlawan mulut.

"Tuan, Cik Najwa jatuh dalam bilik air!"

Adam bergegas bangun lalu naik ke atas. Sempat dia menolak bahu adiknya, cuba melepaskan geram padanya kerana ayatnya tadi.

"Najwa.. kau okay? Kenapa boleh jatuh ni?" Adam memeriksa kakinya kemudian mengangkat tubuh itu lalu diletakkan di atas katil.

"Awak, sakit!" Najwa terjerit kecil apabila Adam memegang buku lalinya. Kakinya sudah terseliuh mungkin kerana dia tidak berhati-hati tadi.

"Kena urut, kalau tak makin teruk."

"Ahhhh! Awak! Jangan la!" Najwa terus menepis kedua tangan Adam apabila lelaki itu menekan kuat buku lalinya.

Dia sengaja.

"Okay-okay tak. Sikit je." Adam menekan lagi buku lalinya tapi kali ini lebih kuat. Najwa yang menjelingnya tajam itu dipandang sambil ketawa.

"Adam!" dada lelaki itu dipukul. Adam memegang dadanya yang sakit menyebabkan Najwa mula risau. Dia lupa pula dada lelaki itu terluka.

"Awak, saya tak sengaja.. sakit?" Najwa menyentuh dadanya perlahan. Risau pula lihat muka Adam menahan sakit.

"Sakit lah, nak mati dah ni.. aduhh sakit." sempat dia kerling wajah gelisah Najwa.

"Aduh.. hati aku lagi sakit tengok korang." tegur Afiq di muka pintu. Dia masuk ke dalam lalu merapati pasangan itu. Minyak ubat gamat itu dihulurkan pada Adam.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now