Part 12

29.3K 1K 152
                                    

Najwa menggerakkan sedikit badannya yang terasa sakit. Suasana bilik itu direnung lama. Belum pernah lagi dia melihat bilik ini, dimanakah dia? Satu figura mula merapatinya.

"Najwa? Baguslah dah bangun." Afiq tersenyum nipis. Takut juga jika Najwa tidak bangun, kerana badannya itu masih lemah.

"Siapa tukar baju saya?" Najwa memandang baju tidur berwarna coklat itu.

"Pembantu rumah. Najwa tinggal lah dekat sini dulu ya? Adam takkan jumpa Najwa lepasni."

"Tapi, ni rumah Afiq.." segan pula rasanya jika dia menumpang di sini.

"Afiq jarang balik sini. Najwa duduk je sini, jangan banyak fikir. Kalau perlu apa-apa, mintak je dekat bibik atau pengawal." Katanya. Najwa mengangguk. Berbeza sungguh dengan abangnya.

"Najwa nak turun bawah? Kita makan sama-sama." sarannya. Najwa mengangguk laju. Perutnya juga sudah berbunyi minta diisi.

Bibik Fathia itu menghulurkan pinggan buat Najwa dan Afiq. Nasi goreng di hadapannya kelihatan sungguh menyelerakan. Sudah lama Najwa tidak merasa makanan kampung sebegitu.

"Nanti Afiq balik rumah daddy. Najwa duduk je sini, Afiq tak kesah. Buat macam rumah sendiri tau." katanya mesra. Najwa mengangguk.




*****




Tasya merangkul lengan Adam. Para pekerja yang melihat tindakannya itu agak terkejut kerana mereka semua tahu dia adalah bekas tunang kepada Adam. Selama ini Adam mengelak darinya, sekarang dia hanya membiarkannya.

Pelik.

Adam melepaskan tangan Tasya lalu mula masuk ke ruangannya. Sempat matanya bertembung dengan mata Afiq yang juga kebetulan keluar dari biliknya.

Afiq tersenyum sinis. Selepas dia buang Najwa, dia kutip semula Tasya. Sekarang siapa yang murah?

"Afiq. Aku ada benda nak bincang." Laung Adam. Langkah Afiq terhenti.

"Pukul 4 aku free." katanya sepatah tanpa memandang Adam. Tahu sangat lelaki itu ingin bertanya tentang Najwa. Memang tidak semudah itu dia akan bagitahu walaupun dia adalah abangnya.





ADAM duduk di sofa berhadapan dengan Afiq. Wajah tenang adiknya itu ditenung lama.

"Mana dia?" Soal Adam.

"Kenapa aku perlu bagitahu kau? Afiq mula bermain kata. Dalam hatinya kesiankan Najwa.

"Fiq.. masa tu aku—"

"Apa? Percaya sangat dengan ex tunang kau? Ke kau ada hati lagi dengan dia Dam?" potongnya. Dari mata abangnya saja dia tahu lelaki itu masih menyimpan perasaan pada Tasya.

"Aku—"

"Jadi kau gunakan Najwa untuk hilangkan perasaan tu? Dua kali Dam kau nak rogol dia. Aku tak cakap lagi masa mula-mula kau beli dia, entah berapa kali kau kerjakan dia." sambung Afiq.

Dia juga kadang-kadang mengikut nafsunya, tetapi dia tidaklah memaksa jika orang itu tidak ingin bersama dengannya. Dia juga budak kelab, budak syaitan.

"Fiq, dengar la apa aku nak cakap ni. Aku sayang Najwa. Aku mengaku masa mula-mula aku beli dia, aku anggap dia macam sampah je. Tapi aku tak tahu, makin lama aku makin sayang dekat dia."

"Jangan tipu aku la Adam. Malam tadi kau buat apa dengan Tasya?" Telefonnya dilempar di atas meja. Gambar Tasya dan dia sedang tidur bersama itu dipandang lama.

"Tasya perangkap aku. Dia buat aku percayakan dia. Gambar tu.. palsu." teringat kejadian semalam dimana Tasya datang senyap-senyap ke biliknya lalu berbaring di sebelahnya. Pagi tadi baru lah dia sedar akan hal itu.

"Alasan. Najwa tak perlukan kau lagi. Pergilah kau melutut dekat Tasya balik, mesti dia tengah cari sex partner dia." Afiq tersenyum sinis lalu meninggalkan abangnya sendiri.




SKIP




Adam melonggarkan tali lehernya. Badannya yang terasa berat itu dihempas di atas katilnya. Bayangan Najwa bermain di dalam fikirannya. Dia tidak boleh lupakan gadis itu, dia sayangkannya. Tapi dalam masa yang sama, dia tidak boleh menolak Tasya.

Kerana dengan adanya Tasya dia boleh dapatkan Isyraf. Itulah alasannya. Alasan yang belum pernah dia bagitahu pada semua orang. Termasuk adiknya sendiri.

Bunyi ketukan di pintu itu hanya diabaikan. Dia sudah malas hendak bangun membukanya, biarlah orang masuk sendiri. Dia penat.

"Adam.." Datin Maya mendekati anaknya lalu duduk di sebelahnya. Adam bangun lalu tangan orang tua itu diraih sambil diusap lembut. Adam menunduk.

"Adam okay? Pagi tadi tak sarapan pun, tengah hari tadi pun Tasya cakap Adam langsung tak makan. Jom, makan dengan mummy." pelawanya. Adam tetap menggeleng.

"Adam tak lapar mummy."

"Adam.. Najwa mesti tak apa-apa. Afiq budak baik, pasti dia letak Najwa di tempat yang selamat. Adam biar Najwa rehat dulu ya sayang?" bahu anaknya diusap lembut.

"Mummy.. Najwa marahkan Adam tak? Banyak kali Adam cuba.." ayatnya sudah tidak mampu disambung. Pasti perit apa yang Najwa lalui sepanjang bersama dengannya.

"Mummy nampak dia sayangkan Adam tau. Adam usaha lagi tau? Jangan ikutkan sangat baran Adam." lambat-lambat Adam tersenyum. Mummynya sentiasa ada dikala dia sedang berduka.

"Adam nak makan dengan mummy." katanya manja. Datin Maya mengangguk sambil tersenyum. Dari dulu Adam belum pernah berubah. Masih manja dengannya jika hendak mengadu masalah.

"Sedapnya mummy.. ni mummy masak ke?" Adam menambah nasi untuk kali kedua. Tiba-tiba saja perutnya minta diisi dengan lebih banyak kali ini.

"Sedap? Makan banyak-banyak." Datin Maya meletakkan segelas air oren di atas meja buat Adam. Afiq yang kebetulan turun ke dapur itu ditegur.

"Afiq, marilah makan sekali."

"Takpe lah mummy, Afiq dah makan tadi." sempat dia mencium pipi wanita itu sebelum dia naik semula ke atas selepas meneguk segelas air kosong.





NAJWA memotong pelbagai jenis sayur yang disediakan di atas meja itu untuk dibuat tomyam. Sebut sahaja tomyam dia sudah pun terliur. Tomyam memang makanan kegemarannya dari dulu.

"Bibik, Najwa letakkan sayur ya?" kata Najwa lembut. Bibik Fathia mengangguk sambil tersenyum manis. Gembira hatinya ada peneman untuknya memasak kali ini. Biasanya dia memasak seorang diri saja.

"Najwa, rasalah." Bibik Fathia menyerahkah sudu padanya. Najwa mengambilnya lalu diambil sedikit kuah tomyam tersebut.

"Bibik! Sedapnyaaa." katanya teruja. Memasak bersama bibik Fathia terasa pula dia sedang memasak dengan ibunya. Dia rindukan pula wanita itu. Hm.

"Dah siap, nanti kita boleh makan malam sama-sama." bibik Fathia mengukir senyuman. Sudah dianggap Najwa seperti anak kandungnya sendiri. Ceria sikit hidupnya selepas ini.

"Afiq tak balik sini ke harini?" soal bibik Fathia sambil menutup kuah tomyam itu.

"Dia sibuk kot." balas Najwa kemudian berlalu naik ke biliknya. Entah mengapa dia teringatkan lelaki bernama Adam. Dia tidak boleh membenci lelaki itu setiap kali dia ingin membencinya. Lelaki itu seperti ada suatu tarikan yang menariknya.

"Najwa! Jangan fikir pasal dia lagi, dia jahat." marahnya pada dirinya sendiri.































Kita rindu 👉🏻👈🏻

Tapi satu je tau 🤪

Mafia in LoveWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu