Part 25

26.2K 872 70
                                    

"Marah ke? Sorry.." sudah banyak kali dia memujuk Najwa yang masih berpaling darinya. Bahu Najwa dipusingkan agar menghadapnya. Wajah tenang Najwa itu direnung.

"Sayang.. i'm sorry"

"Saya okay." katanya. Kedua tangannya naik memeluk leher Adam. Wajah cuba dimaniskan.

"Kita pergi tempat menembak boleh?"

"Hah? Sekarang dah pukul enam petang sayang, pasti ke?" soalnya inginkan kepastian. Setahunya Najwa tidak berani keluar malam kerana peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas.

Lambat-lambat Najwa mengangguk. Mungkin Adam ingat dia buang tabiat, tetapi dia tak. Dia cuma sudah addicted dengan pistol barangkali. Kemudian, keretanya dipandu laju di atas jalan raya sehingga ke tempat ditujui.




ADAM sedang menyiapkan peralatan menembak memandangkan Nina tiada di sini untuk membantunya. Lagipun langit sudah mulai gelap. Wajah serius Najwa dipandang.

"Najwa, are you serius girl? Aku tak paham la dengan kau." dia pelik. Sangat pelik. Belum pernah dia lihat Najwa yang begitu serius mengendalikan pistol di tangannya seolah-olah dia sudah tahu semuanya.

Selama ini Najwa juga yang takut untuk memegang pistol. Di manakah Najwa yang dia mula-mula kenal dulu?

"Awak, cepatlah kita lawan sama-sama."

"Hah? Kau nak lawan dengan aku?" Adam terkejut. Gadis itu berubah.

"Okay. I'm in."

Satu persatu tembakan dilepaskan oleh mereka. Kedua-duanya tepat menembak mengenai sasaran masing-masing. Adam sendiri terkejut dengan pencapaian Najwa yang hanya berlatih beberapa bulan saja.

"Najwa.. kau kenapa?" headphone diletakkan di atas meja. Botol air mineral itu diambil lalu dihulurkan kepada Najwa yang sudah berpeluh sakan.

"Kenapa apa? Awak ingat awak sorang je pandai menembak?" Najwa senyum lalu meneguk air itu dengan laju. Dahaga.

"Sayang.. aku lagi suka sebab kau dah pandai apa yang aku suka." seperti biasa. Pinggang isterinya itu dipeluk kemas sambil tangannya naik membetulkan sedikit rambut Najwa.

"Saya banyak belajar dari Afiq dan juga awak." satu ciuman hinggap pada bibir Adam. Tersenyum lebar lelaki itu.

Najwa dah berubah. Tiba-tiba.

"Jom." ajaknya. Adam mengangkat kening, memandang Najwa yang sedang menarik tangannya ke gelangang gusti.

"Najwa.. kau.."

"Cepat lahh." kata Najwa yang sudah masuk ke dalam gelanggang itu sambil mengikat rambutnya. Adam mula memasuki gelanggang tersebut lalu berdiri di hadapan Najwa.

"Najwa, kau pasti ke? Aku taknak cederakan kau tau."

"Ish, awak ingat saya nak lawan awak ke? Mati lah saya kalau macam tu." marahnya sambil menjeling Adam. Memang sah-sah dia yang akan kalah nanti kalau berlawan dengan Adam.

"Habistu? Kau tiba-tiba je ni, susah la aku tak faham." keluhnya sendiri.

"Awak tolong la baiki kesalahan saya."

Selepas hampir satu jam berlatih, akhirnya Najwa sudah terbaring keletihan. Begitu juga dengan Adam yang turut berbaring di sebelahnya. Tidak dia sangka Najwa sudah mahir hampir semuanya.

"Macam mana?" soalnya ceria. Dia juga ingin tahu apakah komen Adam setelah dia berlatih di hadapannya sendiri.

"Siapa ajar tendangan tornado tu kat kau?" terkejut juga dia apabila Najwa membuat tendangan yang boleh dikatakan agak sukar untuk perempuan lakukan.

"Saya sendiri." Najwa tersengih sendiri. Masa zaman sekolah dia pernah masuk taekwando, jadi dia sudah tahu semua teknik yang basic.

Telefon Adam berdering. Panggilan daripada Nina itu diangkat lalu sekilas dia melihat Najwa yang sedang melakukan senaman meregangkan badan. Fleksibel juga isterinya itu.

"Send location, aku pergi sekarang." panggilan dimatikan. Najwa yang masih blur terus ditarik olehnya sehingga ke dalam kereta.

"Kita nak pergi mana ni? Dah malam." wajah tenang Adam dipandang.

"Syarikat."










SKIP








"Awak, diorang siapa?" soal Najwa sambil menghendap perbuatan dua orang lelaki itu yang sedang menyelongkar ruangan bilik pekerjanya. Habis lantai itu bersepah dengan kertas-kertas putih yang dilempar oleh mereka.

"Aku pun tak tahu. Diorang berpecah, boleh kau tolong aku?" Adam meraih tangan Najwa lalu diusap lembut.

"Kau handle lelaki rambut kerinting tu, aku handle yang botak tu. Kalau jadi apa-apa jerit tau?" pesannya. Baru saja Adam ingin pergi, Najwa menarik semula tangan lelaki itu.

"Kalau saya terbunuh dia macam mana?"

"Kau berani— jangan sampai bunuh, aku nak dia hidup-hidup." katanya. Sempat satu ciuman hinggap pada dahi isterinya sebelum dia pergi.

Najwa menarik nafas panjang sebelum dia mengekori lelaki berkenaan. Perlahan-lahan dia menapak ke arahnya lalu bersembunyi semula apabila lelaki itu berpaling ke belakang.

Najwa sudah mulai bengang apabila melihat lelaki itu sesuka hati memecahkan frame gambar yang tergantung di dinding. Terus dia menerpa ke arahnya lalu menyepak kuat kepala lelaki itu.

Pistolnya terus dikeluarkan dari poket lalu dihalakan ke arah lelaki itu. Tanpa teragak-agak tembakan terus dilepaskan mengenai dada kiri lelaki itu. Najwa tersenyum bangga sambil menyimpan semula pistol itu di dalam poketnya.

"Hebat betul permainan Tasya dengan Isyraf." katanya sinis sambil duduk di hadapan lelaki yang sudah terbaring itu. Memang tekaannya tepat, ini semua rancangan adik beradik itu.

Najwa terus mengarahkan anak buah Adam yang baru saja sampai untuk menjaga lelaki itu manakala dia pula pergi mencari Adam. Namun, kelibat Adam tidak dapat dilihat. Sebarang bunyi juga dia tidak dengar.

"Najwa, looking for Adam huh? " Isyraf muncul di sebalik bilik gelap itu sambil menepuk kedua tangannya. Perlahan-lahan Najwa menapak ke belakang sedikit.

"Dia dah tinggalkan kau la. Sekarang kau sorang, aku ramai." Isyraf senyum. Anak buahnya mula muncul di sebalik ruang yang gelap itu. Dapat dia rasakan di belakangnya juga ada orang.

Dia sudah dikepung.

"Tolong la jangan apa-apa kan Adam."

Isyraf ketawa. Apa lah sangat seorang perempuan lemah yang tidak boleh berbuat apa. Tiada suami di sisi pula.

Satu bom asap tiba-tiba di baling ke tengah lalu mula memenuhi ruang. Isyraf terdiam sambil memerhati bom tersebut manakala Najwa sudah memandang sekeliling.

"Jangan!" jerit Adam. Najwa melihat Tasya yang melempar bom di dalam bilik yang mereka sedang duduki sekarang ini. Dapat dia lihat Adam sedang berlari namun ditahan oleh Afiq kerana ia terlalu bahaya.

"Najwa! Lari!"

Boom!

Keadaan mulai terasa gelap. Nafasnya mula tercungap-cungap. Badannya terasa bergerak-gerak. Orang yang tersayang sekelip mata hilang daripada penglihatan.

Dunia terasa gelap. Dia hanya mampu berharap, ini semua mimpi. Mimpi yang tidak akan pernah menjadi realiti. Perit.













































Jeng jeng jeng 🤪

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now