Part 20

30K 933 133
                                    

Warning : kissing gif
(Close your nose) EH.

Najwa merenung baju yang dipakainya itu. Tiba-tiba dia rasa idea mummy dan Afiq hanya membuat dirinya bertambah malu. Dia memandang pintu tandas itu.

Kalau Adam keluar dia terkejut tak?

"Aaaa nanti malu macam mana? Lepastu kalau Adam tak suka macam mana? Najwa kau nak buat apa sebenarnya ni?" bebelnya sendiri, tidak sedar Adam sudah keluar.

"Najwa?" Adam terus merenungnya dari atas sehingga bawah. Najwa buang tabiat ke?

"Er.. saya nak masuk pulak." baru saja dia ingin membuka pintu tandas, Adam sudah menariknya. Seperti biasa, pinggang gadis itu dipeluk kemas.

"Kau nak buat apa pakai macam ni?" Adam menyoal bersahaja walaupun hakikatnya dia suka Najwa memakai pakaian sebegini. Matanya cuba dikawal.

Dia tergugat!

"Awak kan suka perempuan yang seksi." Najwa menunduk.

"Okay, then? Sekarang ni cuba cakap motif sebenar kau pakai baju macam ni. Nak goda aku?" soalnya. Lambat-lambat Najwa menganggukkan kepalanya.

"Siapa suruh buat?"

"Siapa lagi, Afiq dengan mum—" Najwa menutup mulutnya. Dia lupa, dia tidak sepatutnya memberitahu Adam bahawa itu rancangan mereka.

"Apa lagi diorang cakap?" Adam merenung mata isterinya itu sedalamnya.

"Diorang cakap, kalau pakai macam ni awak suka. Lepastu awak mesti lagi sayangkan saya." jawabnya polos. Adam hampir tersenyum namun ditahan.

Isterinya ini.. comel.

"Habistu apa kau patut buat sekarang?" saja Adam membuat dingin. Dia ingin melihat sejauh mana usaha isterinya itu memujuknya.

"Saya tak tahu.. bukan tu kerja awak?" soalnya kembali. Adam hampir-hampir saja tersenyum. Suci betul isterinya ini.

"Kenapa kerja aku pulak?" Adam menyoal sengaja. Ingin mendengar jawapan darinya.

"Er.. Afiq cakap nanti awak yang—" Najwa gigit bibir. Segan pula rasanya dia ingin menyambung ayatnya.

"Saya nak tukar baju ni." pintanya. Dada bidang Adam ditolak namun lelaki itu masih mengeraskan dirinya di situ.

"Najwa.. mata kau pun dah buat aku tergoda, apatah lagi—" Adam menandang bawah nakal. Najwa terus menutup dadanya dengan kedua tangannya.

"Adam! Jangan la!" terus tubuh lelaki itu ditolak kuat lalu dia terus berlari ke dalam bilik air untuk menyelamatkan dirinya. Telinganya menangkap suara Adam yang sedang ketawa.

Malunya!







*****





Adam sedang bersiap apabila mendapat panggilan daripada anak buahnya bahawa orang yang diburunya selama ini telah dijumpai. Orang itu juga dikatakan pernah bersubahat dengan orang tua Isyraf.

"Awak.. nak pergi mana? soal Najwa setelah keluar daripada bilik air. Pakaian suaminya itu direnung dari atas sehingga bawah. Serba hitam.

"Nak pergi tembak orang. Nak ikut?" Adam mengemaskan rambutnya malas-malas sambil memandang Najwa. Gadis itu mengangguk riang.






ADAM memaut tangan Najwa untuk naik ke atas. Bangunan tinggi yang memperlihatkan seluruh bandar itu direnung lama. Adam senyum. Sudah lama dia tidak membuat kerja mafianya.

Pistol diambil dari beg yang memang sudah tersedia oleh anak buahnya lalu senapang itu dikeluarkan. Adam duduk sambil menunggu mangsanya untuk muncul.

"Come." tangan Najwa ditarik agar duduk di sebelahnya. Gadis itu hanya patuh tanpa sebarang bantahan. Adam meletakkan senapang itu di atas ribanya.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now