Part 26

25.3K 1K 134
                                    

Adam mengemaskan balutan pada lengannya sambil menghirup udara segar di rumah barunya. Nafas berat dilepaskan.

Kehilangan Najwa pada hari itu masih terngiang-ngiang di dalam ingatannya. Sejak peristiwa itu beberapa hari lepas, mayat Najwa langsung tidak ditemui selepas itu.

"Dam, makan la ni. Bibik dah banyak bawak makanan untuk kau, tapi kau tak sentuh langsung." tegur Afiq setelah melihat tiga dulang makanan yang masih tidak terusik.

"Aku tak lapar." Adam duduk di kerusi luar sambil merenung pokok-pokok hijau di hadapannya. Seandainya dia bersama dengan Najwa masa itu, gadis itu pasti selamat.

"Najwa selamat punya, dia kan kuat." Afiq cuba menenangkan abangnya. Sewaktu dia berpisah dengan Tasya juga, Adam tidak pernah bersikap begini sehingga tidak ingin makan.

"Fiq, abang takut." Adam memeluk tubuh adiknya itu. Memang gelaran abang itu dia akan gunakan apabila dia ingin bermanja dengan adiknya atau dia sedang bersedih.

"Takde apa lah." belakang badannya digosok perlahan. Badan Adam sudah naik turun menandakan dia sedang menangis.

"Dam, manja lah kau ni."

"Fiq, abang serius tau. Bini aku hilang bodoh." carutnya geram. Boleh pula Afiq bantai ketawa apabila mereka bertentangan mata.

"Makan lah dulu. Kita makan sama-sama." ajaknya. Lambat-lambat Adam menganggukan kepalanya lalu mengambil dulang makanan tersebut kemudian mereka duduk di meja luar.

"Makan banyak-banyak, nanti kita pergi cari Najwa."










*****










Najwa cuba melepaskan dirinya namun ikatan tali itu pada tubuhnya terlalu ketat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Najwa cuba melepaskan dirinya namun ikatan tali itu pada tubuhnya terlalu ketat. Ruangan bilik gelap itu diperhati lama. Rumah lama yang sudah berhabuk yang langsung tiada tingkap. Seperti stor.

"Ahh!" jeritnya apabila rambutnya ditarik oleh Isyraf. Entah dia ingin berterima kasih ataupun tidak pada lelaki ini kerana telah menyelamatkan nyawanya. Tetapi dia tetap seorang yang jahat.

"Sakitlah!" jeritnya. Kaki Isyraf ditendang kuat menyebabkan lelaki itu terdorong sedikit ke belakang. Isyraf tersenyum sinis lalu menjirus sebaldi air pada wajah Najwa.

"Kau dengar sini perempuan, dengan adanya kau aku boleh dapatkan Adam!!" bahagian pinggang Najwa yang tercedara akibat kesan letupan itu dipicit.

"Ssakitt lah gila!" sekali lagi kaki lelaki itu ditendang. Isyraf tersenyum sinis lalu mula keluar dari bilik itu untuk mencari Adam. Boleh la dia umpan Adam menggunakan Najwa.

Najwa berusaha mengambil pisau lipat yang terletak di penjuru dinding itu. Kerusi digerakkan sehingga dia tiba di tempat itu. Pisau itu diambil menggunakn jari kakinya lalu dibawa ke mulutnya.

Najwa fleksibel.

Pisau itu dibawa pada bahagian perutnya. Tali itu ditoreh sedikit demi sedikit. Lama dia cuba untuk membuka ikatan tersebut, akhirnya Najwa berjaya meloloskan dirinya di dalam hutan. Dia perlu pergi dari tempat itu.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now