Part 14

28.7K 1K 249
                                    

"Good morning." ucap Tasya yang sudah berada di sebelah Adam. Adam yang masih mamai itu memandangnya lama kemudian memandang tubuh wanita itu.

"Kau buat apa kat sini?" Adam menyoal. Dia bangun dari baringnya sambil mencapai tualanya. Wajah Tasya dipandang sekilas.

"Adam, I nak mandi dengan you boleh?" Tasya memegang lengannya. Mata Adam direnung dalam.

"Tasya, kau pergilah turun bawah." katanya lembut. Dia benci akan dirinya kerana terpaksa berlembut dengan wanita itu.

"Adam, I isteri you tau. Nanti I bagitahu daddy."

"Tasya dah la dengan drama kau. Aku penat." katanya lalu masuk ke dalam bilik air. Tasya terus menarik tangan Adam ke katil lalu tubuh lelaki itu ditolak.

"Adam, dulu you tak macam ni." butang baju tidur Adam dibuka satu persatu. Adam masih diam tidak pula mahu menghalang perbuatan Tasya.

"Apa yang Najwa ada, yang I takde. I boleh tau buat you jatuh cinta dekat I balik." Tasya cuba menggoda lelaki itu. Dia senyum apabila Adam langsung tidak menolaknya.

"Adam.." wajahnya didekatkan. Adam masih membatu seolah-olah dirinya diikat seluruh badan.

Ketukan di pintu memberhentikan perbuatan Tasya dan menyedarkan Adam ke alam realiti. Adam menolak Tasya ke tepi lalu dia bangun menapak ke pintu. Namun, tiada siapa di situ.

"Adam.." panggil Tasya dari dalam.

"Aku nak mandi, keluar."






*****




Adam melangkah ke ruangan pejabatnya semula setelah selesai bermesyuarat. Dapat dia lihat Tasya yang sedang menunggunya di sofa. Entah mengapa kakinya terlangkah ke sana kemudian kepalanya diletakkan di atas ribanya.

"Tolong urut kepala aku." pintanya sambil memejam mata. Tasya tersenyum riang kerana Adam seperti sudah mulai menyukainya. Kepala lelaki itu diurut perlahan. Sebuah ciuman hinggap pada dahinya.

"Kau buat apa?" soal Adam.

"Cium you la sayang. You banyak meeting kan tadi? Sorry, I tak boleh ganti tempat you." tangan Adam diraih lalu diusap lembut.

"Takpe." Adam melarikan tangannya. Dia tidak ingin menyimpan perasaan pada Tasya lagi. Dia lakukan ini hanya untuk dapatkan Isyraf.

Adam menggeleng kepalanya. Mindanya cuba untuk memikirkan Najwa. Gadis yang masih dia cintai sehingga kini.

"Aku nak pergi beli baju nanti, kau balik la dulu." Adam bangun kemudian menapak ke mejanya.

"Shopping? I nak ikut you, please." Tasya mula merayu. Adam lambat-lambat mengangguk.





SETELAH beberapa jam memandu, Adam membangunkan Tasya yang tertidur itu. Tali pinggang gadis itu dibuka perlahan.

"Kita dah sampai?" Tasya menenyeh matanya lalu keluar daripada kereta. Dia mendekati Adam yang sedang berbual di dalam telefon.

"Kau pergi dulu, nanti aku follow." arahnya. Tasya mengangguk lalu masuk ke dalam Mall itu. Riang hatinya apabila dapat membeli belah setelah sekian lama.

Adam mula meletakkan telefonnya di dalam poket setelah beberapa minit berbincang dengan pekerjanya di dalam talian. Sedang dia berjalan, susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya diperhati dari jauh.

"Najwa.." katanya perlahan. Dia menapak laju ke arah Najwa yang keseorangan.

"Najwa!" panggilnya. Najwa yang terasa dirinya dipanggil itu terus memalingkan wajahnya. Membulat matanya apabila melihat Adam yang sedang berjalan ke arahnya.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now