Part 8

34.8K 1K 73
                                    

Najwa bangun setelah sedar dari tidurnya. Matanya terarah pada Adam yang sedang sibuk melakukan kerjanya di meja. Kepalanya dipegang apabila terasa ia masih berdenyut. Dia juga sudah lupa apa yang belaku sehingga dia tertidur.

"Lama aku tunggu kau bangun. Minum air ni." Segelas air kosong itu diberikan padanya. Najwa menyambut hulurannya dan terus meneguk air tersebut.

"Awak, kenapa saya tidur?"

"Nak aku jawab?" Tanyanya. Najwa menganggukkan kepalanya.

"Kau goda aku."

"Ma—mana ada." wajahnya sudah panas.





ADAM turun dari keretanya dan mengarahkan Najwa untuk tunggu di dalam kereta. Adam ke stor belakang rumahnya untuk menguruskan mangsanya yang telah ditangkap oleh anak buahnya.

Lelaki itu ada kaitan dengan musuhnya, Isyraf. Sudah pasti dia ialah anak buahnya.

Najwa yang sudah lama duduk di dalam kereta itu mula merasa risau kerana Adam tidak kembali lagi. Dia membuat keputusan untuk pergi menjenguk Adam memandangkan hari sudahpun senja.

Baru saja dia ingin membuka pintu kereta, seorang lelaki mula menarik kuat lengannya sambil menutup mulutnya. Najwa memerhati pengawal yang berjaga di rumah ini sudah terbaring tidak sedarkan diri di tanah.

"Ikut aku." Lelaki itu memeluk leher Najwa dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya memegang pisau dan diletakkan di lehernya. Dia ditarik untuk ikut mereka ke stor. Beberapa orang lagi mengikuti mereka di belakang.

Pintu stor itu ditendang kuat olehnya. Adam berpaling ke belakang dan segera memberi isyarat supaya anak buahnya tidak mengeluarkan sebarang senjata terlebih dahulu.

Najwa melihat seorang lelaki tersandar lemah di dinding dan wajah serta badannya dipenuhi dengan darah yang banyak pada pakaiannya dan juga di lantai. Kejamnya hidup seorang mafia.

"Lepaskan orang aku atau aku bunuh dia." Begitu dekat pisau itu diletakkan pada leher Najwa membuatkan dia berdebar-debar. Takut dirinya yang tidak ada kena mengena pula akan terkorban.

Tanpa lelaki itu sedar, rakannya di belakang sudah mati ditikam oleh anak buah Adam. Adam senyum sinis dan mula melangkah ke depan untuk berhadapan dengan lelaki itu.

"Bunuhlah." cabarnya.

Najwa terus membulatkan matanya. Apa yang lelaki itu sedang fikirkan sekarang ini? Nyawanya sudah seperti telur di hujung tanduk.

"Kalau kau taknak jadi macam bos kau tu." Sambungnya lagi. Lelaki itu merasa tercabar dengan ugutan Adam dan mula berundur ke belakang sedikit. Adam beriak tenang walhal dalam hatinya takut apa-apa akan jadi pada Najwa.

Dia perlu bersedia dengan apa jua benda yang akan terjadi nanti.

Kini lelaki itu sedar bahawa dia dalam keadaan bahaya. Dia telah dikepung di bahagian depan dan belakang oleh anak buah Adam. Begitu cekap lelaki itu membuat kerjanya.

Tiba-tiba tubuh Najwa ditolak ke depan dan lelaki itu terus ditahan oleh anak buah Adam. Sempat Adam menyambut tubuh wanita itu. Tangannya merasai sesuatu yang pekat. Darah tidak berhenti mengalir daripada bahunya.

"Awak.." Najwa melihat bahunya yang ditoreh dengan pisau.

"Tahan. Korang ikat dia, nanti aku datang." Adam membawa Najwa ke biliknya. First aid diambil lalu dia merapati Najwa yang sedang menahan sakit. Dia duduk di sebelah gadis itu sambil memeriksa keadaan bahunya.

"Tak teruk sangat." Darah itu dia lap kasar. Najwa mengerutkan wajahnya menahan luka pedih di bahunya. Luka sepanjang itu pun dia kata tidak teruk.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now