Part 24

26.2K 971 121
                                    

Najwa sedang menyusun lauk pauk untuk Adam sebelum dia pergi semula ke pejabatnya pada pukul 2 petang nanti. Makanan yang terhidang itu ditilik.

Sempurna!

"Seafood?" soal Adam sebaik sahaja dia masuk ke dapur. Najwa mengangguk sambil tersenyum. Dia harap Adam sukakan udang masak merah dan ketam yang dia masak.

"Kenapa?" dia memandang Adam pelik. Lelaki itu hanya berdiri tidak pula duduk.

"Aku panggil Afiq, dia suka ni." Adam terus berlalu pergi ke bilik Afiq pula untuk memanggilnya makan bersama.

Afiq terlopong memerhati Adam yang sedang makan tanpa henti. Setahu dia Adam kurang sukakan makanan laut sebegini. Tetapi hari ini, banyak pula abangnya itu makan.

"Dam, betul ke kau ni?" soalnya sambil memegang tangan Adam yang baru ingin mencapai ketam.

"Betul la." Adam melanjutkan perbuatannya tanpa mempedulikan kata-kata adiknya.

Tapi kau.."

"Diam ah."







SKIP







"Fiq.." Afiq terus mengangkat wajahnya. Dia mula ketawa sambil melangkah ke arah abangnya yang sedang menggaru wajahnya yang sedikit bengkak.

"Acah lagi boleh makan seafood, kan?" Afiq membuka lacinya dan mengambil ubat gatal lalu diserahkan pada Adam yang sudah bermasam muka.

"Kau ni, aku taknak Najwa sedih." Adam melabuhkan punggungnya ke sofa.

"Kau dah sayang Najwa.." usiknya. Bahu abangnya itu ditepuk beberapa kali sambil ketawa sakan.

"Siapa je tak sayang bini."

Afiq memerhati saja Adam yang menyapu ubat di seluruh wajahnya itu. Adam mula membuka butang baju kemejanya lalu badannya yang dipenuhi bintik-bintik merah itu diperhati lama.

"Pergi lah balik, Dam. Aku cover kau harini."

Adam mengangguk dan memakai semula bajunya. Bahu adiknya dipegang sebelum dia melangkah keluar. Kunci kereta diambil lalu dia mula memandu laju di atas jalan raya.

Sampai saja di rumah, Adam terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Wajahnya dilihat di dalam pantulan cermin di dalam tandas itu.

"Ahh bengkak!" jeritnya geram.

Selepas beberapa minit, dia keluar semula sambil menapak ke arah almari. Sekali lagi dia menilik seluruh wajah dan tubuhnya yang sudah mulai merah-merah. Tangan digenggam kemas.

"Awak.. awalnya balik. Kenapa ni?" soal Najwa sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Pelik juga Adam tiba-tiba saja ada di dalam bilik sedangkan dia harus bekerja hari itu.

Adam mengemaskan pakaiannya lalu menapak ke arah Najwa. Tubuh isterinya itu dipeluk erat. Dagunya direhatkan di bahu gadis itu.

"Aku allergik seafood."

"Kenapa tak cakap?" Najwa mencebik. Kalau dia tahu, dia tak akan masakkan makanan laut untuk Adam. Wajah lelaki itu diusap lembut.

"Nanti kau terasa pulak." pinggang isterinya dipeluk kemas. Dia tersenyum sendiri tatkala merenung wajah putih Najwa.

"Cantik."

"Siapa?"

"Almari ni."

"Ish!" dada Adam dipukul lembut. Geram betul, boleh pula dia main-main. Baru nak kembang setaman, almari pulak dipujinya.

"Mesti lah kau. Kesayangan aku ni." bibir itu dicium sekilas. Adam tersenyum bahagia. Najwa saja yang mampu membuatnya tersenyum sebegini.

"Najwa, kau nak tengok kekejaman aku tak?" soalnya perlahan. Najwa mengangguk laju. Sudah lama dia ingin tahu pekerjaan gelap suaminya itu.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now