HSR 1

7.1K 240 4
                                    

"Hai Mar."

Langkah yang tadinya laju kini bertukar perlahan. Buku tebal di tangannya ditutup. Gadis bertudung labuh di depannya hanya menayangkan muka bosan.

Sudah lali dengan sapaan lelaki tadi. Sejak dari tingkatan tiga lagi dia cuba mendekati gadis itu tetapi gadis itu hanya buat tak endah.

"Muhaimin Iskandar, aku ada hal ni. Jangan la kacau aku."

"Ok Nureen Akamar. Tapi sebelum tu, Mar sihat?" soal lelaki yang dipanggil Muhaimin itu dengan senyuman manis. Jarang-jarang lelaki ni senyum.

"Kalau aku tak sihat, aku tak akan berdiri depan kau la Min."

"Marrrr!"

Akamar menoleh ke arah suara yang memanggil dirinya. Dua lagi rakannya sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka.

"I got to go."

Gadis itu melangkah mendekati dua lagi sahabatnya. Muhaimin memerhatikan belakang Akamar yang semakin menjauh sebelum hilang di balik tembok.

Senyuman lebar menghiasi bibirnya. Suka barangkali dapat berbual dengan Akamar meski seketika. Lahhhh macam lirik lagu pula.

Walaupun pada luarannya Akamar nampak biasa-biasa sahaja, tetapi ada satu aura yang membuatkan seorang Muhaimin tertarik.

"Woi Min!" Dia menoleh ke arah belakangnya.

Dua lelaki berjalan mendekatinya.

"Mana kau menghilang duhhh? Tiba-tiba lesap."

"Aku baru lepas tegur Mar," kata Muhaimin.

Faris dan Aqif saling berpandangan. Senyuman nakal mula terbit.

"Amboi kau. Dah crush lalu depan mata, sahabat di tolak ke tepi yaa." Faris berkata sambil menumbuk lengan Muhaimin.

"TIBER!"

"Weyh, jom la lepak port biasa. Aku malas nak masuk kelas ni." Aqif bersuara tiba-tiba setelah agak lama mendiamkan diri. Mereka bertiga berjalan seiring sambil tangannya sesekali membetulkan songkok di kepalanya.

"Cun gak wey. Tapi tahun ni kita nak ambil SPM. Tak nak taubat ke wey?" soal Faris.

"Alah kau. Rilek la dulu. Ni baru bulan Mac. Nanti hujung-hujung la kita study. Amacam? Set?"

"Onz." Serentak Faris dan Muhaimin bersuara.

"Mujur fly malam tadi tak kantoi weh. Kantoi, mampus kita kena lagi dengan Aida." Mata-mata yang memandang tiga serangkai itu agaknya sudah lali dengan mereka.

Siapa sahaja yang tidak mengenali mereka bertiga? Nama mereka itu popular di SMAKC. Agaknya pengetua tak tendang mereka sebab akademik manthop je. Walaupun mereka 'begitu', mereka adalah antara pelajar harapan sekolah.

Itulah Muhaimin Iskandar, Aqif Fansuri dan Faris Naufal. Tiga serangkai yang tak sah kalau tak buat masalah dengan orang lain dan buat kepala otak badan pentadbiran sentiasa runsing. Tapi otak cerdik tu aku tak tau lah.

*
*
*

"Dia kacau kau lagi ke Mar?" Gadis bertudung putih itu memecah kesunyian setelah sekian waktu. Tangannya masih ralit menekan-nekan butang-butang di kalkulator miliknya.

"Macam biasalah," malas dia mahu menjawab lebih-lebih.

"Kau tak nampak ke yang dia selama ni tunjuk effort dia tu?" soal gadis yang satu lagi.

Mereka bertiga kini sedang duduk di meja batu sambil pandangan mereka disajikan dengan timbunan buku dan kertas.

"Nampak Yan. Aku sedar benda tu. Tapi aku malas nak fikir lebih-lebih la. Tahun ni pun kita ada exam besar kan. Soal benda jodoh pertemuan ni biarlah takdir yang menentukan," kata Akamar.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now