HSR 27

1.5K 134 14
                                    

Yani melangkah lemah menuju ke katilnya. Dia menghempaskan dirinya longlai. Matanya memandang tepat menghadap siling yang bercorak galaksi itu.

Otaknya mula memutar kembali ingatan saat kali terakhir mereka berkumpul beramai-ramai tempoh hari. Patutlah Faris beria-ria hendak mereka berkumpul, rupanya itu adalah kali terakhir mereka dapat bersama.

Flashback

Yani melangkah menuju ke arah meja yang terletak di bahagian paling hujung. Kelihatannya tiga orang lelaki dan dua orang perempuan sedang rancak berbual.

Dia mendekati mereka dan melabuhkan duduk di sebelah Akamar.

Assalamualaikum geng. Sorry I'm late. Dahlah jalan jammed tadi. Aku turun lambat pun sebab nak siapkan lukisan yang ada seorang pak cik tu minta. Minta kalau biasa-biasa tak apa. Ni nak demand aje kerja dia," ujar Yani seraya melirik ke arah lelaki yang berkemeja hitam itu.

Disebabkan syarikat mereka bekerjasama dalam satu projek, Yani dan Faris perlu bekerjasama dalam menghasilkan lakaran bagi bangunan yang akan didirikan.

"Uhuk!" terus tersedak Faris ketika itu. Rakan-rakan yang lain sudah menghamburkan tawa masing-masing. Muhaimin menepuk perlahan belakang lelaki itu.

"Amboi Cik Yani. Ganas betul gurauan kau. Sampai tersedak kawan kita yang seorang ni. Kenapa? Kau ke pak cik yang cerewet tu?" ujar Aqif sambil tersengih mengejek.

Faris saat itu sudah menayangkan wajah cemberutnya.

"Hish korang ni. Dah dah lah nak menganjing aku. Aku ajak kumpul ni sebab aku nak bagi tahu sesuatu," Faris sudah memandang Yani ketika itu. Yani faham apa yang hendak disampaikan lantas mengalihkan pandangan ke lain. Rakan-rakan yang lain sudah memasang telinga tentang apa yang hendak disampaikan.

"Ha apa dia? Cepatlah cakap. Jangan buat kami tertanya-tanya," Wani bertanya. Mereka yang lain hanya menganggukkan kepala.

"Ada dua benda yang aku nak bagi tahu ni. First, hujung minggu ni kan genap akhir bulan ni. Insya Allah kalau tak ada aral yang melintang, aku nak bertunang dengan Yani. Family kita orang pun dah sepakat. Aku nak korang semua ada masa tu. Boleh kan?" Ujar Faris dengan senyuman. Jelas terpancar riak bahagia tika mengungkapkan khabar itu.

"Wah! Tahniah korang. Tak sabarnya aku," Akamar dan Wani dah excited bila dengar berita tu. Sampai tepuk tangan bagai.

"Terima kasih. Terima kasih," jawab Faris sambil tersenyum bahagia.

"Dah dah. Excited betul mak cik bawang dua ketul ni. Yang nak tunang aku, bukan kau," ujar Yani sambil menjeling. Bukan main seronok betul kawan baiknya itu.

Wani membalas kata-kata wanita itu jeliran lidah. Orang nak happy pun salah.

"Sudah sayang. Faris nak sambung cakap ni," tegur Aqif seraya memandang Wani. Terus terdiam wanita itu sambil tersengih.

"Ok sila sila."

"Aku sebenarnya nak cakap yang aku gembira sangat boleh kenal korang semua dari sekolah menengah. Dan aku paling gembira sebab kita masih berkawan sampai umur kita sekarang. Korang, terutamanya Muhaimin dengan Aqif, selalu ada masa aku susah dan senang. Yelah, walaupun dulu aku tak rapat dengan set perempuan tapi sekarang kira kira kawan baiklah dan aku happy," ujar Faris sambil memandang satu persatu mata rakannya.

"Untuk Muhaimin dan Aqif, thanks bro sebab selalu support aku. Nasihat aku bila aku salah. Sentiasa bersama even tengah sesak." Tangannya menggapai tangan kedua lelaki tersebut dan digenggam perlahan.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now