HSR 12

1.8K 133 1
                                    

"Kadangkala cinta perlukan pengorbanan. Dikala jarak yang memisahkan, pintalah pada-Nya semoga hatinya dan hatimu sama-sama terjaga" -thectyyy-

🌹🌹🌹


Hari ini telah tiba. Hari ini Nureen Akamar dan jurukameranya, Akhmal akan berangkat ke negeri yang mendapat julukan Negeri Di Bawah Bayu. Akamar datang ke airport dihantar oleh Yani dan Wani. Aqif pun turut serta bagi menemani isterinya.

"Sis, nanti jaga diri tau. Nak pergi mana-mana kalau boleh ajak la teman. Jangan pergi sorang. Bahaya la. Kau tu perempuan." Yani sudah mula memberi nasihat padanya. Iyalah kata sayang member. Haruslah risau.

"Ya aku tau la. Dari hari tu lagi kau ulang benda yang sama. I know la how to protect myself." Akamar mengusap bahu rakannya itu.

"I know la sangat. Kau tu bukan boleh kira. Haa Kmal. Jaga kawan aku baik-baik. Asal dia balik sini ada calar, siap kau! Aku kejar kau guna parang." ujar Wani dengan mata yang dipicingkan. Wani sudah memberi amaran kepada Akhmal. Akhmal hanya mampu tersengih sambil menelan liur.

'Mak aih garangnya pompuan ni.'

"Sayang... Kenapa cakap macam tu? Cuak dibuatnya dia." Aqif sudah bertanya.

"Hehehe. Saje je, bang. Biar dia tau, kita ni sayang gila kat Mar. Berani dia macam-macam dengan Mar, memang minta kena keja dengan parang lah," jawab Wani sambil menunjukkan peace. Isteri siapa yang comel sangat ni?

"Ada-ada la kau ni. InshaAllah aku selamat. Korang ni jangan la risau sangat. Macam aku tak pernah fly." Dia pelik melihat rakannya amat merisaukan dirinya. Padahal ini bukan kali pertama dia flight sendiri walaupun bukan luar semenanjung.

"Aku bukan apa. Entah la. Hati aku risau. Aku tak sedap hati la. Kau tak payah la pergi. Kita balik ea." Yani sudah berkata begitu. Resah sahaja riak mukanya.

"Hish apa kau ni. Flight aku tinggal berapa minit je lagi. Kau ni tak lawak la, " Akamar juga ada merasakan begitu tapi entah la. Dia hanya menghiraukannya.

"Tak... Kitorang tak buat lawak wey. Aku pun rasa benda yang sama. I feel like something bad will happen. Janji dengan aku yang kau akan call kitorang kat sana tau. " Wani pula sudah bersuara.

'Ahhh sudah. Aku pula yang takut macam ni,'  Akamar cuba menenangkan dirinya. Zikir terlintas di fikirannya segera dialunkan dalam hati.

Dia hanya tersenyum ke arah kedua rakannya itu.

"Korang doakan yang baik-baik untuk aku ok? Aku janji, aku balik sini aku bawa hadiah macam-macam untuk korang. Untuk Qif dengan Faris pun ada. Haaa korang dua! Jaga kesayangan aku ni baik-baik bila aku dah takde tau." Akamar berpesan kepada Aqif dan Faris agar menjaga kedua rakannya itu. Faris? Ohh tadi dia baru sampai.

"Ok boss." Keduanya mengangkat tabik. Akamar hanya tergelak nipis. Dia melihat kedua rakannya seperti hendak menangis.

"Jangan la sedih macam ni. Aku bukan nak pergi mati pon. Nanti tak tenang--"

"PERHATIAN KEPADA PENUMPANG MH 012. PENERBANGAN KE SABAH AKAN BERMULA 30 MINIT DARI SEKARANG," suara petugas mula bergema memenuhi ruangan lapangan terbang itu.

"Haa tu dah announce dah. Aku pergi dulu ok? Assalamualaikum." Akamar bergerak diikuti Akhmal menuju ke balai pelepasan.

Rakan-rakannya hanya melambai-lambai ke arahnya.

Saat dia melangkah ke dalam kapal terbang, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Padahal ini bukan kali pertama dia menaiki kapal terbang.

'Hish asal berdebar sangat ni. Ada apa-apa akan berlaku ke? Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami Ya Rabb. Hanya Engkau sebaik pertolongan. '

    🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

SABAH 09:30 P.M

Mereka telah tiba sejak siang tadi lagi. Setelah tiba di bandar Sipadan, mereka berdua terus menuju ke hotel yang telah ditempah oleh Alamanda. Mereka memutuskan agar hari ini berehat sahaja. Pada keesokannya baru mereka akan memulakan pencarian maklumat.

Akamar yang baru selesai makan malam itu berasa bosan.

"Bosan la. Nak buat apa ea? " tiba-tiba dia baru teringat yang dia masih belum menghubungi ibu bapanya dan rakannya tentang dia telah sampai pada siang tadi. Sejurus menyelesaikan hal hotel, dia terus menuju ke biliknya dan tidur sehingga petang.

Dia menelefon keluarganya terlebih dahulu. Selepas itu, dia menghubungi rakannya pula bagi menyatakan yang dia telah selamat tiba.

Sedang dia mengelamun, tiba-tiba dia teringat akan lelaki yang dijumpainya ketika di majlis perkahwinan Wani dulu.

Entah kenapa dia merasa dekat dengan lelaki itu. Seakan-akan seseorang yang dikenalinya. Rindukah dirinya pada lelaki misteri itu?

"Min. Min kat mana sekarang? Lama kita tak jumpa kan? Min tak nak jumpa Mar ke? Atau Min dah ada orang lain? " Dia mengeluh panjang lalu membaringkan dirinya. Surat di tangan di bawa rapat. Sudah tujuh tahun surat itu menemaninya. Tidak lama kemudian, dia selamat berlayar ke alam mimpi.

*
*
*

"Min pun rindu Mar. Satu hari nanti kita akan bertemu jua. Min masih sayangkan Mar. Dalam hati ini dah terpahat nama Mar. Selamanya akan nama Mar. Tunggu Min ya."

     🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Hari ini Akamar dan Akhmal akan membuat tinjauan awal di sekitar kawasan Sipadan itu. Selepas bersarapan tadi, mereka bergerak ke sekitar bandar itu.

Mereka mencuba mencari maklumat melalui bertanya orang awam di sekitar pasar itu.

Setelah berpusing-pusing di sekitar pasar itu, mereka mendapat maklumat bahawa ada satu jeti yang agak tersorok daripada umum. Dia hanya mendapat maklumat itu sahaja tanpa mengetahui kedudukannya di mana.

"Kita nak cari mana hah jeti tu? " Akhmal menyoal bagi memecah kesunyian antara mereka.

Mereka kini telah pulang ke hotel selepas puas berjalan di sekitar daerah itu hari ini.

"Apa kata esok kita pergi lagi kawasan tu. Mana tahu ada yang mencurigakan ke? Kita boleh la dapat tahu lalu tu kan? "

"Elok gak tuh. Kalau macam tu takpe la. Aku naik dulu. Kau pun jangan lewat-lewat sangat kat bawah ni. Bahaya. Ni tempat orang, bukan tempat kita tau," sehabis Akhmal berpesan pada gadis itu, dia terus menuju ke lif untuk naik ke biliknya.

Tidak lama kemudian, dia bercadang hendak naik memandangkan sudah lama dia duduk di situ.

Ketika dia hendak menutup pintu lif, tiba-tiba ada tangan yang menahan. Kelihatannya seorang lelaki berhoodie hitam tanpa lengan memasuki ruang lif itu. Muka lelaki itu terlindung dengan mask hitam yang dipakainya.

Akamar mulanya agak takut melihat tatto helang di kiri lengan lelaki itu. Akhirnya Akamar hanya mendiamkan diri memandangkan lelaki itu tidak memandangnya atau cuba mengganggunya langsung.

Setelah tiba di tingkat 5, lelaki itu keluar dari lif. Akamar hanya menarik nafas lega setelah lelaki itu melangkah keluar.

"Fuhhh nasib baik dah keluar. Tak bernafas aku. Takutnya wey. Tapi kan, kenapa aku macam pernah nampak tatto tu ea? Macam familiar. Alah biasa la tu. Kat KL pun banyak orang bertatto macam tu. " Sejurus lif tiba di tingkatnya, Akamar menuju ke biliknya untuk berehat.








________________

Alhamdulillah. Doakan ctyyy agar senantiasa dikurniakan lingkungan yg baik dan bermanfaat, aamiin ❤

HERO SEORANG REPORTER Место, где живут истории. Откройте их для себя