HSR 37

1.4K 90 7
                                    

Suasana gelap malam di pulau ini langsung tidak menjejaskan kemeriahannya. Restoran banyak di buka di sekitar resort. Lampu-lampu warna-warni menceriakan suasana malam di situ.

Dari kejauhan terlihat satu meja yang dihuni tiga lelaki dan tiga perempuan. Suasana meriah menghiasi meja mereka.

"Serius lah kau bahan budak tu macam tu?" soal Wani teruja. Mereka kini sedang membicarakan tentang hal di pantai petang tadi.

"Yalah wey. Geram aku. Tergedik-gedik macam ulat bulu," ujar Yani selamba.

"Rugi aku tak ada kat situ. Kalau tak boleh join," kata Wani pula. Akamar dan Yani sama-sama tergelak. Ketiga-tiga lelaki itu pula saling berpandangan. Rasanya mereka boleh membayangkan sekiranya tiga wanita ini bergabung.

Slay!

"Tapi Yani. Sekarang ni yang aku tak faham, asal kau marah sangat?" soal Aqif tiba-tiba. Terus terdiam Yani untuk meneruskan omelannya.

Erk! Terasa seperti tercekik diri sendiri.

Wani dan yang lain sudah tersengih penuh makna.

"Aku rasa mesti kau tangkap cintan ni. Sebab tu marah. Marah tandanya cemburu. Kannnn?" usik Aqif kepada Yani. Wani pula sudah mencuit-cuit pinggang gadis itu.

"Hesy. Apa korang ni?" Soalnya geram. Dasar laki bini kuat sakat! Malu Yani bila diejek begitu. Reaksi Arif mulanya terkejut juga bila Aqif berkata begitu. Tetapi cepat-cepat dia tayang muka cool.

"Tak sekarang ni kau nak cakap aku tangkap cintan dengan kentang tak masak ni ke? Noooo ok. Tidak sama sekali. Saya memarahi dua budak hingusan itu sebab saya memang anti dengan spesies begitu meski sama jenis. Ni Mar kau tak nak usik pula," Yani membela dirinya. Cover habis la tu! Arif sudah membulatkan matanya bila dipanggil begitu.

"Sampai hati awak panggil saya macam tu. Ni nak merajuk ni," suara Arif diperlahankan. Acah je lebih.

"Entah kau Yani. Tak baik tau cakap macam tu. Muka handsome macam tu kau panggil kentang. Lagipun bila masa Aqif mention nama Arif? Haaaaa jawab?," Akamar pula bersuara.

Yani sudah tidak tahu memberi reaksi apa lagi. Termakan kata-kata sendiri.

"Hek hermm! " Muhaimin berdehem kuat. Akamar memandang wajah lelaki itu.

"Kau dah kenapa? " soal Aqif apabila Muhaimin berdehem kuat.

"Tak ada apa-apa. Tiba-tiba gatal tekak." Jawab lelaki itu seraya mencapai minuman.

Aqif dan Wani saling berpandangan. Tidak lama kemudian muncul senyuman mengejek.

"Dah sudah. Yang sorang merajuk bagai. Yang ni konon sakit tekak padahal jealous. Yang tu pandai cakap orang macam kentang. Bila member merajuk tak nak pula dipujuknya. " Panjang lebar Wani membebel. Aura mak-mak sudah terpancar guys!

Tidak lama kemudian, dua orang pelayan menghampiri meja mereka sambil meletakkan beberapa hidangan yang dipesan oleh mereka. Ucapan terima kasih dan dibalas senyum tipis oleh dua pelayan lelaki tadi.

"Ok dah. Sekarang makanan pun dah sampai. So mari makan," jerit Aqif. Teruja sangat gamaknya tu.

Ikan bakar, sotong goreng tepung dan makanan laut yang lain telah terhidang di atas meja. Semuanya nampak sedap.

Mereka membaca doa dan makan dengan gembira.

***

Selesai sahaja berjalan di sekitar kawasan resort selepas makan tadi, masing-masing mula menapak ke dalam bilik.

Akamar pula hanya senyap sahaja dari tadi sedangkan yang lain sedang sakan bercerita.

Masuk sahaja ke dalam bilik mereka, laju Yani bertanya kepadanya.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now