HSR 43

3.5K 108 13
                                    

Tiga tahun kemudian.

Seorang kanak-kanak lelaki bertatih perlahan mendekati ke arah ibu bapanya. Sang bapa menyambut anaknya lalu di bawa dalam dukungannya.

"Umi! Baba! Ite nak gi ane?" soal anak kecik itu polos. Melihatkan pakaian mereka yang serba putih itu, lagak mereka seperti hendak ke suatu tempat.

"Hari ini kita nak pergi nak tengok Mami Yani kahwin. Suka tak?" jawab Muhaimin kepada anak kecil itu. Mendengar sebaris nama itu terus bersinar mata si kecil itu.

"Uka uka. Jom ba," anak lelaki itu meminta untuk turun dan berjalan sendirian. Tangan kecilnya erat menarik tangan baba dan uminya.

"Pelan-pelan sayang. Awak tu kecil lagi." Akamar berkata lembut kepada anaknya. Kepalanya digelengkan perlahan melihat semangat anaknya itu. Pantang dengar nama Yani, terus bersemangat anak itu.

Kini mereka bersiap-siap untuk menuju ke rumah sahabat mereka yang bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka.

Qaseh Aryani dan Tengku Arif.

Akhirnya dua orang itu pun bersatu setelah sekian lama berperang dengan perasaan sendiri.

Alhamdulillah mereka saling menerima kekurangan antara satu sama lain. Walaupun pada awalnya Yani masih tidak mampu melupakan arwah Faris, tetapi atas usaha Arif yang tak pernah kenal erti jemu membuatkan gadis itu berpindah hati padanya. Jika sudah tertulis nama seseorang itu sebagai jodoh kita sejak di lauhulmahfuz, tiada apa yang mampu memisahkan kecuali kekuasaan Allah SWT.

Muhaimin memandu Toyota keluaran terbaru itu dan memakirkan berhampiran di kawasan rumah Yani. Dia dan keluarga kecilnya melangkah masuk ke pekarangn rumah itu. Di sepanjang laluan dari pintu gerbang menuju ke dalam rumah, sudah tersedia karpet merah khas untuk upacara sebentar lagi.

Majlis saat itu belum ramai lagi. Hanya kaum kerabat dan sahabat terdekat sahaja yang hadir memandangkan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah tengah hari.

Akamar menghayunkan langkahnya ke bilik Yani. Anak dan suaminya sudah melencong menemui rakan-rakan yang lain.

Saat kaki melangkah ke dalam, sudah ada Wani di samping Yani. Mereka berpelukan untuk seketika.

Akamar memerhatikan raut wajah sahabatnya tika ini. Jelas terpancar seri kebahagiaan di wajahnya.

"Alhamdulillah Yan. Kau dah berjaya temui masa depan kau. Terima dia seadanya dan jangan sesekali toleh masa silam kau." Pesan Wani kepada sahabatnya yang satu itu.

"Betul tu Yan. Arif lelaki yang baik. Insha Allah aku doakan semoga korang berdoa berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus. Aamiin." Akamar berkata sambil memandang wajah gadis itu.

"Terima kasih Mar, Wani . Tanpa korang aku tak mungkin setabah ni. Terima kasih sebab ada bila aku perlu dan tak. Terima kasih babe." Air matanya mula bertakung di tubir matanya.

"Yan. Tak nak sedih-sedih macam ni. Please. Hari ini hari bahagia kau kan. So biarkan senyuman yang menghiasi kau lepas ni dan selamanya. Ok?" Akamar mengelap perlahan tubir mata sahabatnya.

Sekali lagi mereka berpelukan. Alhamdulillah. Kini mereka bertiga telah menemui kebahagiaan yang mereka impikan.

Tok! Tok! Tok!

"Adik. Adik dah siap? Rombongan lelaki dah nak sampai tu. Jom turun," abang kepada Yani memanggil adiknya agar bersedia.

"Mar, Wani. Aku takut. Macam mana kalau sama macam arwah Faris dulu?" soal Yani tiba-tiba. Entah kenapa hatinya mula diterpa rasa sedih. Debaran di dada kembali dirasakan.

"Tiada apa yang kau nak takutkan. Dah sampai pun. Jangan samakan kisah kali ni dengan kisah yang lepas. Ok?" Wani menenangkan gemuruh gadis itu. Yani hanya mengangguk perlahan sahaja.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now