HSR 33

1.4K 99 9
                                    

Suasana kelam malam menghasilkan suasana tersendiri. Namun begitu, di sebalik kesunyian itu terdapat beberapa orang sedang memerah keringat untuk bertempur.

BANG!

BANG!

Kedengaran hingar bingar bunyi tembakan memecahkan suasana malam itu.

Seorang lelaki meluru maju ke depan sambil menembak secara rawak. Dia tidak gentar dengan lawan di depannya.

"Lu tak payah sembunyi! Keluar! " jerkah Leo. Matanya tajam memerhati timbunan tong-tong biru di depannya.

Leo merupakan orang kepercayaan Zen dan juga orang kanan Zen. Ya sekarang pihak tentera sedang cuba memberkas markas Zen. Tetapi hanya anak buahnya yang ada.

Serbuan pada malam ini diketuai oleh Tengku Arif. Mereka akhirnya telah menemui markas utama Zen di bahagian semenanjung. Lokasinya yang sedikit jauh dari keramaian menjadikan pertempuran itu tidak melibatkan orang awam.

"Shoot to kill!" Lantang Arif memberi arahan sebelum bunyi tembakan bergema sekali lagi.

Sedaya upaya mereka tidak melepaskan tembakan kepada anak buah Zen. Namun tindakan mereka yang menembak secara rambang menyebabkan mereka terpaksa melawan.

"Letakkan senjata kau, Leo! Serahkan diri kau Leo! Anak buah kau pun banyak yang dah mati!" Arif menjerit dari tempat berlindungnya.

Leo yang mendengar suara Arif terus menembak kawasan tempat Arif berlindung. Tembakan yang bertali arus menyebabkan Arif tiada peluang untuk membalas tembakan itu.

BANG!

Setelah tiada bunyi tembakan, Arif menjengukkan kepalanya sedikit. Kelihatannya Leo sedang kehabisan peluru.

Arif keluar dari tempat perlindungan tadi dan terus mengacukan pistol ke arah Leo.

"Letakkan senjata. Serah diri!" Ucap Arif sambil melangkah mendekati Leo.

"Gua nak lu lawan sama wa secara jantan. Lu menang lu boleh bawa gua. Tapi kalau lu kalah, lu mampus!" Ujar Leo dengan senyuman sinis. Dia berkata sambil tangannya menunjukkan isyarat mengelar leher. Matanya mencerlung tajam sebelum mencampakkan pistol miliknya ke sisi.

"Ok deal." Arif tiada pilihan lain selain melawan lelaki itu.

Mereka berdua bersedia memasang kekuda. Anak buah Arif setia berdiri di belakang lelaki itu memandangkan Arif melarang mereka campur tangan. Anak buah Leo pula ramai yang tumbang dan hanya tinggal 3 orang sahaja yang masih berdiri.

Leo memulakan serangan. Dia menghayunkan tumbukan dan Arif mengelak. Arif menangkap tangannya dan menumbuk perut Leo.

Leo menahan senak perutnya. Dia meluru ke arah Arif dan menumbuk bertubi-tubi. Sedikit sebanyak ada juga penumbuk yang mengenai muka Arif. Leo menghadiahkan penyepak di perut Arif.

Arif terundur ke belakang. Anak buah Arif cuba membantu namun Arif laju mengangkat tangannya.

"Jangan! Ni urusan aku dan dia. Standby kalau jadi apa-apa."

Dia maju ke hadapan. Dia mengatur nafasnya dan bersedia untuk menyerang. Dia menyerang Leo dan Leo bertahan dengan tangan yang disilangkan. Untuk seketika mereka berlawan tanpa ada yang tumbang. Sehinggalah Arif dapat mengilas tangan Leo dan menjatuhkan Leo. Kedudukan Arif kini di atas Leo dengan menekan kepala Leo di atas permukaan tar itu.

"Serah diri Leo. Jangan melawan dah!"

Salah seorang anak buah Leo cuba menembak Arif dengan senyap.

Bang!

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now