HSR 19

1.6K 158 1
                                    

Sudah tiga bulan berlalu sejak kejadian itu berlaku. Pihak berkuasa juga telah memberkas seluruh ahli King Eagle sekali gus menyekat rancangan mereka untuk menawan Sabah.

Tetapi malangnya ketua mereka dikatakan menghilangkan diri kerana semasa penangkapan besar-besaran, tiada laporan mengatakan Zen juga ditangkap dan tiada pula rekod hospital di mana-mana bahawa dia menerima rawatan.

Akamar juga telah pulih sepenuhnya dan mula kembali bertugas.

Pagi itu setelah tiba di pejabatnya, rata-rata rakan sekerjanya bertanyakan tentang keadaan dirinya. Maklumlah cuti lama kan. Dia hanya membalas sambil tersenyum kepada mereka. Terharu juga melihat keprihatinan rakan sekerjanya.

"Nureen. Puan Nisa panggil awak ke bilik dia," panggil Wardah. Akamar ketika itu baru saja melabuhkan duduk.

"Oh ok. Nanti aku datang. Thanks Wardah," ucap Akamar sambil tersenyum. Selepas meletakkan beg dan barangnya, dia melangkah menuju ke bilik Puan Nisa.

Tok tok tok!

"Come in." Jawab pemilik ruangan. Selepas mendapat kebenaran masuk, dia melabuhkan duduk berhadapan dengan majikannya itu.

"Assalamualaikum Puan Nisa. Terima kasih sebab bagi saya berehat dengan lama. Ada apa Puan nak jumpa saya?" Akamar memulakan basa-basi nya.

"Waalaikumsalam Nureen. Sama-sama. Tak ada apa lah pasal itu. Memang seharusnya awak dapat cuti tu. How your holiday? Macam mana kesihatan awak? Semakin baik?" soal Puan Nisa lembut kepada pekerjanya.

"Alhamdulillah. Keadaan saya semakin baik. Cuma saya tak boleh lupakan apa yang terjadi kepada Akhmal, puan. Dia mati depan mata saya," ujar Akamar. Bayangan figura Akhmal ditembak sering terlayar di mindanya. Kadangkala perkara itu menyebabkan dia paranoid.

"Jangan sedih, Nureen. Bukan salah awak. Walaupun saya tak faham apa yang awak hadapi, bukan bermakna saya tak sedih dengan kehilangan dia," ujar Puan Nisa. Sedaya upaya dia mahu mengusir rasa trauma gadis itu.

"Saya bukan apa puan. Saya ada depan mata dia masa dia kena tembak. Saya terkilan. Kenapa dia yang kena tembak dan bukan saya? Dan yang saya paling terkilan, saya tak mampu buat apa-apa pun," ucap Akamar lagi. Kali ini, matanya sudah berkaca. Merasa bodoh kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa ketika lelaki itu diambang maut.

"Inii bukan salah awak, Nureen. Ini semua dah jadi ketentuan Allah. Saya minta maaf jika tugasan kali ini meninggalkan kesan yang mendalam pada awak. Saya tahu saya tak sepatutnya beri tugas bahaya itu pada awak. Saya tak jangka akan jadi macam ni. Saya minta maaf Nureen," ujar Puan Nisa. Terbit rasa bersalahnya apabila dia telah menyebabkan seorang jurukamera terkorban. Manakala Akamar pula mengalami trauma.

"Puan, saya tak pernah salahkan puan pun. Justeru saya bersyukur sebab saya masih selamat dan ada pengalaman menyiasat kes macam ni. Apa yang berlaku saya terima sebagai takdir yang Allah dah tetapkan buat saya. Ada hikmah di setiap kejadian."

Puan Nisa memandang wajah Akamar yang sudah semakin tenang itu. Segaris senyuman terbit di bibir wanita itu.

"Saya berterima kasih sebab awak tak pernah salahkan saya dan buat masa ni awak di kecualikan liputan luar. " Akamar hanya tersenyum memandang wajah Puan Nisa dan mengangguk.

"Baiklah, puan. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Terima kasih puan." Akamar melangkah keluar dari ruangan itu dan menuju ke mejanya.

"Nureen. Awak ok tak ni? Mata awak merah ni. Puan Nisa marah awak ke?" soal Wardah prihatin apabila melihat wajah Akamar. Akamar hanya menggelengkan kepala lemah sambil tersenyum tawar.

"Saya ok. Saya cuma teringat arwah Akhmal. Saya sedih."

"Awak jangan--"

Belum sempat Wardah menghabiskan kata-katanya untuk memujuk Akamar, percakapannya dipintas Iffah iaitu salah seorang rakan sekerja mereka yang juga merupakan tunang Akhmal.

"Kau tak payah nak sedih sangat lah, Nureen! Kau punca dia mati! Dia mati sebab nak selamatkan kau! Kau pembunuh dia!" Suara Iffah memetir kuat sehingga menarik perhatian staf lain.

"Tak baik cakap macam itu, Iffah. Awak bukan ada kat tempat kejadian masa itu. Awak tak rasa apa yang Nureen rasa. Kalau dia bunuh Akhmal kenapa dia kena jadi tahanan? Awak tuduh dia macam ni sebab apa? Sebab sepanjang Akhmal hidup, dia tak pernah cintakan awak pun kan? Sebab dia sayang Nureen bukan awak. And now, when he died you want to put a blame on Nureen atas apa yang berlaku?!" hambur Wardah apabila Iffah menuduh Nureen Akamar menjadi punca Akmal dibunuh. Sudah lama dia bersabar dengan sikap Iffah itu. Sepanjang ketiadaan Akamar, ada saja cerita buruk yang dijajanya tentang Akamar.

"Kau tak payah nak bela sangat perempuan tak guna ni! Dulu dia ambil Akhmal dari aku. Ya walaupun Akhmal tunang aku, dia tak pernah cintakan aku sebab adanya pembunuh ni. Pertunangan ni sebab keluarga! And now kau dah bunuh dia!" Iffah menengking sambil air matanya berguguran.

Bam!

"Iffah! Kau dengar sini baik-baik! Aku tahu semua ni sebab Akhmal pernah cerita semuanya pada aku. And yes I know about his feeling to me. I know he love me but I can't accept it. Aku sendiri ada orang yang aku cintai. Aku sendiri dah terangkan pada dia and he can accept it."

Mata Iffah masih tajam mendengarkan kata-kata Akamar.

"Memang dulu dia tak pernah sayangkan kau, tapi kau tahu apa dia cakap kat aku masa kat Sabah? Dia akan cuba mula terima kau dalam hidup dia sebab dia tahu aturan family dia adalah yang terbaik. Dan kalau kau nak tahu, seminggu sebelum kejadian pahit tu, dia bagitahu aku yang dia dah bersedia untuk terima kau dalam hidup dia. Tapi dia ada juga cakap, kalau dia pergi dulu, dia suruh aku tengokkan kau. Dia macam tahu masa dia dah nak sampai dan kalau kau nak tahu, dia mati depan mata aku! Aku dengar bunyi tembakan tu! Aku yang saksikan dia mati! Kau tak rasa apa yang kau rasa! Kau tak rasa hilangnya partner yang selama ni ada untuk teman kau buat liputan. Kau tak rasa la! Dan sampai sekarang aku terkilan sebab aku tak boleh selamatkan dia. Kau tau ke hah?!" kata-kata Akamar membuatkan Iffah kehilangan kata dan terkedu.

Mereka yang menyaksikan juga sangat tidak menyangka bahawa Nureen Akamar yang selama ni ceria akan selemah ini hari ini. Rakan sekerjanya yang lain memandang sayu wajah Akamar yang lencun dengan air mata itu.

"Aku...aku....aku," tergagap-gagap Iffah hendak berkata.

"Dah lah Iffah. Kau tak payah cakap apa-apa. Kalau kata-kata kau hanya nak salahkan aku, baik kau pergi tempat kau dan buat kerja. Wardah, bagi tahu Puan Nisa aku ambil half day harini. Aku keluar dulu. Assalamualaikum. " Akamar melangkah keluar dari pejabat TV Alamanda dan menuju ke arah keretanya.

Mereka yang mendengar hanya menjawab salam Akamar dan melihat belakang gadis itu melangkah pergi.

Iffah pula sedah menangis terduduk. Dia tak sangka dia akan mendengar ucapan ini.

'Akhmal, maafkan saya sebab salahkan Nureen. Saya tahu dia tak salah tapi hati saya sakit sebab awak lebih sayangkan dia dari saya. Tapi sekarang saya dah tahu kebenarannya. Saya minta maaf Akhmal. Tenanglah awak disana ya.'

🌸🌸🌸

Dia hanya memandu ke mana kakinya suka. Setelah berpusing di sekitar ibu kota, dia akhirnya memberhentikan kereta dia atas bukit. Dia memandang pemandangan Kuala Lumpur dari atas bukit.

Dia memikirkan pelbagai masalah yang menimpanya. Dia yakin semuanya ada hikmah sebab Allah akan menghadirkan bahagia sesudah derita. Dia hanya memejamkan matanya dan menenangkan fikirannya.

Tiba-tiba ingatannya tertumpu kepada Zen. Ya Zen ketua pengganas itu. Walaupun dia jahat, dia tidak pernah mengasari atau menyentuh Nureen Akamar. Malah dia mempertahankannya dan melayannya dengan baik walaupun agak dingin.

Dia mengaku layanan Zen memang baik tetapi dia tetap tidak dapat melupakan sebaris nama yang telah lama terpahat dihatinya.

'Min kat mana? Bila Min nak datang? Mar rindu Min'

💋💋💋💋

marilah kita bersama-sama menekan bintang di bawah ye. Thanks and muahhh!

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now