HSR 42

2.2K 120 18
                                    

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi seorang Muhaimin Iskandar dan juga ahli pasukan Alpha yang lain. Hari ini merupakan hari yang paling dinanti-nantikannya.

Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap untuk pergi ke majlis itu. Pakaian yang sudah diseterika rapi disarung ke tubuhnya yang tegap.

Majlis itu akan bermula pada jam 9 pagi dan kini jam sudah menunjukkan jam 8:30 pagi. Dia membuka telefonnya seketika.

Dia melihat status whatsapp yang dibuat oleh Arif. Nampaknya, jejaka itu juga tidak sabar menanti majlis itu. Sama seperti dirinya.

Jarinya beralih pula pada sebaris nama yang tidak asing dalam hidupnya.Dia menekan status whatsapp gadis itu. Tersungging senyuman manis di bibirnya.

Hari ini dia akan pastikan yang dia akan menerima anugerah dengan penuh kehormatan. Dan dia akan memastikan yang rancangannya yang satu itu akan berjaya.

Dia mencapai kunci motor dan 'barang' itu. Motor berkuasa tingginya di garaj dihidupkan dan meninggalkan halaman rumah itu.

💙💙💙

"Baiklah. Dapat dilihat saat ini Dataran Panglima dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang membanjiri kawasan bagi memeriahkan istiadat upacara penganugerahan darjah bintang kebesaran kepada pasukan frontliners negara kita. Pihak istana dan pihak kenamaan juga berkenan mencemar duli di majlis ini," suara seorang wanita riuh berceloteh di kaca tv saat itu.

Pada hari ini banyak saluran TV akan mengadakan liputan secara langsung Dataran Panglima.

Majlis ini merupakan majlis yang julung kali diadakan sementelah bagi menghargai jasa-jasa frontliner negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Baiklah rakyat Malaysia. Saat ini dapat kita saksikan barisan angkatan tentera sedang berbaris bagi bersedia kerana majlis akan bermula tidak lama lagi. Sekian sahaja dari saya Nureen Akamar, wartawan lokasi untuk TV Alamanda."

Kamera difokuskan pada barisan angkatan tentera yang sedang mengambil tempat di bawah khemah itu. Beberapa wajah anggota keselamatan sempat dirakam oleh jurukamera. Mereka melemparkan senyuman kepada media.

Sebentar lagi majlis akan dimulai dengan kawad kaki dari mereka.

Dengan langkah yang teratur dan kemas, setiap anggota dari setiap unit mempersembahkan kawan dengan sangat sempurna. Apabila melalui di hadapan khemah VIP, tangan mereka diangkat tanda hormat kepada YDPA yang juga merupakan Ketua Angkatan Tentera Diraja Malaysia.

Sejak tadi, Akamar cuba mencari keberadaan seseorang. Tiba-tiba mata Akamar dapat menangkap figura Muhaimin yang segak beruniform. Ternyata lelaki itu sedang tersenyum manis ke arahnya. Dia turut membalas senyuman lelaki itu.

Akamar duduk di tempat yang disediakan. Sesekali telinganya mendengar ucapan dari dif-dif kehormat. Diikuti pula ucapan perasmian dari Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Tidak lama itu, majlis yang ditunggu-tunggu pun tiba.

"Bagi menghargai jasa wira negara dalam menumpaskan pasukan pengganas, kerajaan Malaysia telah berkenan untuk mengurniakan darjah bintang kebesaran kepada wira-wira sekalian," suara pengacara majlis memenuhi seisi majlis.

Rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk hadir ke majlis itu juga dapat menyaksikan di kaca televisyen secara langsung. Semua orang yang menyaksikan majlis itu turut teruja dan berdebar.

"Untuk makluman para hadirin sekalian, pingat kebesaran ini diberikan bagi mengenang jasa dan keberanian para anggota keselamatan negara. Mereka siap mempertaruhkan nyawa demi memastikan kedaulatan negara terpelihara. Dengan ini, majlis mempersilakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyempurnakan majlis ini."

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now