HSR 31

1.4K 108 2
                                    

Pagi itu selepas habis sahaja meeting di syarikat yang dahulunya tempat arwah Faris bekerja, Yani bersiap-siap hendak pulang ke pejabat.

Walaupun pada awalnya hatinya berat untuk melangkah ke syarikat itu, tetapi dia cuba bersikap profesional. Saat matanya terpandang bilik arwah lelaki itu, dia hanya memejamkan matanya dan melangkah turun.

Tipu jika rasa rindu tidak menyinggah di hatinya. Meski lelaki itu telah meninggalkannya buat selamanya, nama lelaki itu tetap terpahat di hatinya.

Dia berjalan ke tempat di mana keretanya di parkirkan. Kebetulan jauh pula gadis itu memakirkan keretanya memandangkan tiada parkir yang kosong di sekitar pejabat itu. Tambahan pula, tempat parkirnya sunyi kerana berada di belakang bangunan.

Saat dia hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba lehernya di jerut dari belakang. Dia saat itu terkejut, kaget dan speechless!

Dia cuba menjerit meminta pertolongan.

"Tolong-" ucapannya tersekat dek jerutan yang kuat dari arah belakang.

"Hoi perempuan! Baik kau diam sebelum peluru ni tembus dalam otak kau!" lelaki yang menjerutnya tadi memberi amaran. Berderau darahnya apabila muncung senjata mengenai kepalanya.

"A...apa kau buat ni?" tanya Yani terketar-ketar.

Sumpah ini pertama kali perkara ini terjadi pada dia! What the heck?! 'Pengalaman pertama aku dengan pistol adalah dengan diambang kematian!' Dia sudah ketakutan saat itu. Dia seakan tak boleh berfikir.

"Letakkan senjata kau. Jangan buat apa-apa," tiba-tiba ada suara lelaki yang mencelah di momen genting itu.

Yani memandang ke depan untuk melihat lelaki itu. Macam kenal.

"Arif," dalam hati gadis itu bersyukur walau ketakutan masih bersarang. Siapa je tak takut kena acu pistol wey.

"Baik lu jangan dekat atau perempuan ni aku bunuh," jerkah lelaki di belakang Yani kepada lelaki yang berdiri di depan mereka ketika itu. Yani menahan saja pekikan di tepi telinganya itu!

'Siot! Tak guna punya penyamun, kau jerit-jerit macam monyet Belanda! Aku lempang karang baru tahu langit tu tinggi ke rendah! '

Kalau tidak mengenangkan pistol yang diacukan di kepalanya, mahu saja dia memalingkan wajah ke arah lelaki itu nak melepaskan tamparan Jepun. Biar bisu 44 hari.

Pada waktu yang sama juga, Arif melangkah setapak ke depan.

Klik!

Kedengaran picu ditarik.

"Ok rilek. Hold on. Aku minta lepaskan perempuan tu. Letakkan senjata kau," Arif cuba memujuk lelaki yang mengacukan pistol pada Yani. Bila-bila saja tembakan boleh dilepaskan. Dia melihat wajah Yani yang pucat lesi.

Yani sudah menggigil ketakutan. Ingatkan pistol kosong aje. Pandangan penuh pengharapan diberi pada Arif.

"Arif, tolong la aku," rayu Yani.

"Qaseh, awak rileks ok. Everything will be fine," pujuk Arif lembut. Sambil itu, matanya memandang ke arah suatu sudut.

Tangan kirinya dihayunkan sebanyak tiga kali tanda sedia.

"Arghhh kau tak payah drama la!" jerkah lelaki itu dan cuba menekan picu postolnya. Yani dah memejamkan matanya, redha kalau apa-apa berlaku.

Bang!

Kedengaran bunyi tembakan bergema. Lelaki yang mengacukan pistol tadi sudah mengerang kesakitan kerana ditembak. Salah seorang sniper menembak lelaki itu setelah mendapat arahan dari Arif.

Yani sudah jatuh melurut apabila terlepas dari jerutan lelaki tadi. Menggigil seluruh sendinya. Arif pantas meluru ke arah gadis itu.

"Awak ok Qaseh? Awak cedera ke?" soal Arif sambil menelek wajah Yani. Takut-takut ada yang terluka.

Yani ketika itu masih ketakutan dan badannya menggigil. Perlahan-lahan matanya terpejam. Panggilan dari Arif juga semakin menghilang dari pendengarannya.

"Qaseh! Qaseh! Awak, bangun awak! " Arif menggoncang lengan Yani yang sudah tidak sedarkan diri itu. Pasti gadis itu terlalu terkejut.

Dia memandang rakan sepasukannya dan memberi arahan.

"Ok geng. Bawa suspek ke markas. Aku hantar perempuan ni ke hospital dulu. Mission completed!"

***

Sekujur tubuh gadis yang masih tidak sedarkan diri itu dipandang sepi oleh Arif. Sejak semalam dia menunggu gadis itu sedar dari lenanya.

Hampir luluh jantungnya apabila target mereka menjadikan wanita sebagai tebusan. Silap langkah agaknya dia tidak akan bertemu lagi dengan gadis itu. Agaknya beginilah perasaan Muhaimin tiap kali melihat Akamar dalam bahaya.

Mujur sahaja tiada kecederaan pada diri Yani. Kata doktor dia hanya pengsan kerana terlampau terkejut dan masih trauma. Arif menarik nafas lega saat itu.

Ketika itu mereka sedang mengejar target mereka iaitu anak buah Zen. Mereka telah menjalankan jual beli dadah dan senjata api. Kesemua mereka telah lama menjadi buruan pihak berkuasa. Sejak kes di Sabah dahulu, pihak tentera juga sama turun tangan untuk membantu memandangkan kes Zen jatuh di atas bahu Alpha Team.

Perlahan-lahan gadis di depannya menggerakkan jarinya. Matanya terbuka perlahan-lahan.

"Qaseh, awak dah sedar. Alhamdulillah," ucap Arif dengan senyuman lebar. Syukur apabila melihat gadis itu sudah membuka matanya dengan sempurna.

"Arif? Kau buat apa kat sini?" Soal Yani lemah. Yani memegang kepalanya yang terasa seperti mencucuk-cucuk.

"Saya tunggu awak sedar lah. Nasib baik awak tak apa-apa," Arif tersenyum lagi. Terselah lesung pipit milik jejaka itu pada bahagian kanan wajah.

Dalam diam Yani tersentuh dengan sikap lelaki itu. Masuk ini sudah dua kali lelaki itu membantunya. Tapi entah kenapa dia tiba-tiba teringat akan arwah Faris.

"Err Qaseh. Awak dengar tak saya cakap ni?" tanya Arif kepada Yani. Dia yakin yang Yani tidak mendengar ucapannya. Dia sedar wajah gadis itu perlahan-lahan mendung. Entah apa yang difikirkan.

"Hah? Apa dia? Sorry," dia tersengih sedikit memandang lelaki di depannya. Arif hanya menghela nafas sambil menggelengkan kepalanya.

"Saya cakap, pagi tadi ibu dengan ayah awak datang. Lepastu doktor cakap, kalau awak dah sedar, awak dah boleh discharge petang ni," kata lelaki itu. Yani ralit memandang wajah Arif.

"Ok. Aku nak rehat dulu. Kau keluar dulu boleh?" Arif saat itu hanya pasrah mendengar kata-kata gadis itu.

'Bukan main aku cakap banyak-banyak. Ok je? Terima kasih tak ada ke...' Arif mengomel di dalam hati. Langkahnya diatur menuju ke pintu setelah melihatkan wanita itu kembali merebahkan badan di atas katil.

Dia hendak melangkah keluar dari wad itu. Saat tangannya mencapai pintu, Yani tiba-tiba bersuara.

"Thanks Arif. Aku hargai."

Walaupun pendek sahaja ucapan gadis itu, hati lelakinya sudah berbunga-bunga. Saat ini, dia seperti hendak buat tarian lagu Kopi Dangdut. Ehhhh Arif!

Wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin dan hanya membalas anggukan sahaja. Sampai di luar pintu, tangannya laju menumbuk udara. Yes! Yes! Yes!

Apabila teringatkan seseorang, tangannya lantas mencapai handphone dan mendail seseorang itu.

"Assalamualaikum bro. Zen dah mula mengganas. Protect her."

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now