HSR 41

1.8K 106 9
                                    


""Kuat itu saat kita redha setiap takdir Tuhan yang tidak seperti kita inginkan🌈" -nureenakamar-

 🌷🌷🌷

Saat sepasang kaki miliknya mendekati kawasan perkuburan itu, dia memandang ke arah suatu tempat dengan tatapan kosong. Hatinya masih tidak dapat menerima dengan apa yang sedang berlaku.

Terasa baru sahaja mereka bertemu kembali. Kini Sang Pencipta menarik semula nyawa salah satu hamba-Nya yang dia cintai.

Masih belum puas rasanya dia menjalani hari-hari dengan lelaki itu. Masih banyak perbualan yang belum mereka bualkan. Masih banyak juga perkara yang dia belum sempat lakukan bersama lelaki yang dia cintai itu.

Nama yang terukir kemas di batu nisan itu ditatap lama olehnya. Tangannya mengusap perlahan batu nisan itu. Air matanya mula mengalir perlahan sebelum bertukar esakan.

"Min apa khabar?" Soal Akamar sendirian. Hatinya bergejolak inginkan jawapan dari mulut lelaki itu. Namun dia sedar, yang pergi pasti tak akan kembali.

"Min ok tak kat sana? Mar kat sini baik-baik aje. Mar rindu sangat dengan Min. Benda ni semua sebab Mar kan? Kalau Mar tak jadi wartawan kan bagus. Kita tak akan dipertemukan semula dengan cara yang macam ni. Dan yang paling penting, kita tak akan terpisah dengan cara yang sadis macam ni."

"Kali ini, kita tidak lagi dipisahkan oleh jarak dan waktu. Melainkan kita dah terpisah jauh sangat Min. Mar minta maaf sangat sebab tak sempat nak bahagiakan Min. Mar rasa terkilan sangat. Kenapa Min pergi terlalu awal? Min suruh Mar tunggu kan? Lama dah Mar tunggu. Tujuh tahun Mar tunggu but now? Apa semua ni Min? Kenapa awal sangat Min tinggalkan Mar?" dirinya sangat lemah tika ini. Kehilangan seseorang yang amat disayangi selepas keluarganya merupakan pukulan terbesar buat dirinya.

"Nureen Akamar. Jangan pernah salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Ingat Mar! Setiap yang berlaku di dunia ini adalah aturan terbaik dari-Nya. Allah Maha Mengetahui segalanya. Jangan pernah ragui kekuasaan Dia. Min tak pernah salahkan Mar atas apa yang berlaku. Justeru Min bersyukur sebab masih diberi peluang untuk membahagiakan Mar walau seketika. Bangun sayangku. Dunia masih memerlukan Mar. Selamat tinggal," suara yang tidak asing menegurnya dari belakang. Muhaimin sedang berdiri jauh darinya. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.

Akamar perlahan-lahan bangkit. Dia mahu mengejar lelaki itu. Dia tidak akan lepaskan kesempatan ini.

"Min! Min jangan tinggal Mar dah... Mar tak nak hilang Min. Jangan tinggal Mar dah tau!" bersungguh-sungguh Akamar berkata. Kakinya laju melangkah ke arah lelaki itu. Anehnya semakin dia kejar, semakin jasad itu menjauh dari pandangannya.

Muhaimin hanya tersenyum tenang dan melangkah menjauhi gadis itu. Akamar cuba mendekati tetapi dia tidak mampu.

"Min! Min!"

💜💜💜

"Macam mana doktor keadaan kawan saya?" soal lelaki berseragam tentera itu kepada doktor bertugas. Debu-debu yang tersisa di pakaiannya menandakan sudah sejak tadi dia menunggu rakannya.

"Buat masa ni kami sedang mencari penderma darah untuknya. Pesakit mengalami kehilangan banyak darah akibat tikaman yang dalam di pahanya. belum lagi beberapa luka lain yang ada pada tubuhnya."

"Dia akan selamat kan, doktor?" Soal lelaki itu cemas.

Doktor tentera itu menghela nafasnya.

"Insha Allah kami akan cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan pesakit," jawab lelaki itu. Hakikatnya peratus untuk selamat adalah 50-50. Semoga ada keajaiban buat perwira ini.

HERO SEORANG REPORTER Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang