HSR 32

1.4K 106 0
                                    

Angin sepoi-sepoi menyapa lembut wajahnya. Seorang gadis sedang bersendirian menghadap sawah padi yang terbentang di depan matanya.

Sudah dua hari Akamar tiba di kampung halamannya. Kebetulan sekali adik beradiknya yang lain juga pulang ke rumah ibu bapanya. Riuh lah rumah itu jawabnya.

Tetapi ada satu hal yang mengganggu fikirannya. Sejak dia dalam perjalanan ke sini lagi dia sudah tidak sedap hati. Tambahan lagi, sejak tiba di sini, dia seperti sentiasa diperhatikan. Teringat dia kejadian tiga hari lepas.

Flashback

Sambil memandu, Akamar sekali sekala akan menyanyi mengikuti rentak radio. Tetapi tanpa dia sedari, ada sebuah kereta wira hitam yang mengekori keretanya sejak dari dia memasuki lebuhraya pantai timur tadi.

Dia mula perasan tentang hal itu apabila kereta itu langsung tidak memotongnya walaupun dia sengaja memandu perlahan dan jarak kenderaan di depannya membolehkan dua kereta memintas.

Akamar masa tu dah standbuy nak racing. Bila nampak peluang je, terus dia pecut memintas kereta di depannya. Alhamdulillah, untuk seketika tiada lagi kereta itu.

Bila manghampiri kawasana RnR, dia memasuki kawasan itu untuk makan dan solat. Ketika hendak turun, dia perasan kereta yang mengikutinya tadi juga baru tiba dan tidak jauh darinya.

Pemandu kereta itu keluar dan menoleh sekeliling. Nampaknya seperti seorang lelaki memandangkan Akamar tidak dapat melihat wajah jelasnya kerana dia memakai cermin mata hitam.

Lelaki tadi menapak masuk ke dalam kawasan medan selera RnR. Akamar ketika ini sudah bersedia untuk pergi. Dia lebih rela tidak makan asalkan kereta misteri tadi tidak mengikutinya lagi.

Dia memecut keluar dari situ dan meneruskan perjalanan.

End flashback

Lamunanya terbang pergi apabila terdengar suara adiknya memanggil.

"Kak Amar. Mak suruh balik sekarang. Ada kawan Kak Amar datang," laung adiknya, Farah dari jauh.

"Yelah. Sekejap lagi kak cik balik," balas Akamar. Dia bangun dari duduknya. Sambil berjalan dia berfikir.

'Kawan mana pula datang ni? Jauh betul dia datang.'

Akhirnya dia tiba di rumah dan terlihat sebuah Ranger Rover putih di halaman rumahnya. Kakinya melangkah menuju ke pintu depan rumahnya.

"Assalamualaikum. Amar balik dah ni," kakinya mendekati ayahnya dan menyalami lelaki separuh abad itu. Dia masih tidak perasan seorang lelaki yang dari tadi memerhatikannya.

"Waalaikumussalam. Haaa ni pun kamu Amar. Dari mana lah kamu ni? Ni kawan kamu jauh-jauh datang dari KL nuhhh," bapanya menjawab sambil tangannya menunjukkan ke satu arah.

Akamar memandang ke belakang. Terkejut dia dengan kehadiran lelaki itu.

"Eh Min. Min buat apa kat sini?" soal Akamar. Pelik dia bila lelaki tu tiba-tiba muncul di rumahnya tanpa memberitahunya dahulu.

"Min-" percakapan Muhaimin di potong oleh ayah Akamar, Pak Sam.

"Kamu boraklah berdua dulu. Ayah nak ke kebun sekejap. Mak kamu tu ada je kat dapur tu haa," ayahnya berkata begitu sambil bingkas bangun dari duduknya.

Akamar bengun untuk menyalami ayahnya dan diikuti Muhaimin.

"Mar. Borak luar jom. Min ada benda nak cakap dengan Mar."

Akamar hanya mengganguk dan mereka menuju ke pangkin di tepi rumahnya.

"Ada hal apa yang membuatkan Min terbang ke sini?" Akamar memulakan bicara. Lelaki itu hanya menghela nafas perlahan sahaja sebelum berkata.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now