HSR 18

1.7K 144 3
                                    

"Ok semua. Hari ini misi kita kena berjaya! Kita kena bawa pulang Nureen Akamar dan bawa King Eagle ke muka pengadilan!" kata Muhaimin dengan bersemangat kepada anak buahnya. Matanya memandang semua wajah pasukannya.

Jauh di sudut hatinya, dia berasa berdebar-debar dengan misi kali ini memandangkan tawanan itu adalah wanita yang dicintainya. Nureen Akamar dalam tawanan pengganas.

Mereka mula bergerak menuju ke dalam hutan. Berpandukan berkoordinat seperti dalam peta. Mereka bergerak dalam dua formasi. Satu dipimpin oleh Muhaimin dan satu lagi dipimpin oleh Arif.

Setelah berjaya menjejaki kereta milik musuh beberapa minggu lepas, kini mereka akan menyerbu markas milik King Eagle.

Serbuan kali ini juga disertai dengan bantuan TLDM dan TUDM. Semua sedang bersedia dalam posisi masing-masing.

Muhaimin menaikkan jari kirinya sebagai isyarat bersedia untuk berhenti. Tangannya digenggam sebelum semuanya pegun dalam posisi masing-masing. Tangan Muhaimin menunjukkan jam; isyarat untuk menyelaraskan masa.

"Team Alpha akan masuk dulu. Wolf, Dragon dan Zack follow me. Kita masuk dan selamatkan tahanan. Black and Jack selesaikan pengawal yang berjaga. Max and Lion tinjau dari jauh. Ready headshot and update to us. Now move!" Muhaimin memberi arahan kepada pasukannya dan mula masuk ke dalam.

"INI ADALAH ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA! ANDA SUDAH DIKEPUNG! KELUAR DAN SERAH DIRI!"

Mendengar teriakan itu, anak buah Zen yang merupakan geng King Eangle mula kelam-kabut mengambil senjata masing-masing dan bersedia untuk melawan.

"KAMI TAK AKAN MENYERAH PADA TENTERA BODOH MACAM KAU! TANAH NI KAMI PUNYA! SERANG!"

Mendengar balasan dari pihak musuh, maka terdengarlah bunyi tembakan dari belah pihak musuh. Mereka menyasarkan tembakan secara rambang.

Muhaimin dan pasukannya mula memulakan serangan seperti yang dirancang tadi. Black dan Jack mula menapak ke arah pengawal yang berjaga di depan pintu masuk.

Kedua penjahat tadi menyedari kehadiran Black dan Jack. Mereka mengacukan riffle ke arah mereka berdua.

Bang! Bang! Bang!

Black dan Jack terpaksa berlindung dari tembakan bertalu-talu tadi. Pihak musuh sengaja menghujani tembakan rambang. Black dan Jack masih statik untuk mencari peluang membuat serangan balas.

Bang! Bang!

Dua ditembakan dilepaskan.

Headshoot!

Kedua lelaki tadi rebah. Jimat peluru.

Black mengangkat tangannya menunjukkan isyarat kepada pasukannya agar masuk.

Muhaimin dan yang lain mula menapak ke dalam banglo itu. Mereka berpecah apabila kehadiran mereka disedari musuh. Rupanya musuh telah memasang perangkap.

Buk!

Zack diserang dari belakang. Dia memusingkan diri untuk melihat siapa lawannya. Dia mengisyaratkan agar pasukannya bergerak dahulu.

Belum sempat dia bersedia, lelaki dari pihak musuh itu menendang perutnya. Dia menahan senak untuk seketika. Mereka berlawan. Lelaki itu cuba menikam Zack dengan pisau belati yang diselitakan di tepi betisnya. Zack menahan tangan lelaki itu dan mengilas tangannya menyebabkan pisaunya jatuh. Dia menghentakkan kepala lelaki tu ke dinding. Lelaki itu perlahan-lahan terkulai setelah tewas bertarung.

Zack menghubungi anak buahnya yang lain untuk menahan lelaki ini kerana dia masih belum mati dan akan disoal siasat.

Matanya tertacap di sekitar rumah apabila terdengar bunyi tembakan bertalu-talu.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now