HSR 14

1.7K 126 0
                                    

Pada pagi itu, Yani kelam kabut hendak ke pejabat. Sudah la dia kesiangan pula hari ini. Bertambah malang dia apabila dia sendiri ada meeting penting dengan wakil syarikat lain.

"Masak la aku. Harap-harap client tak sampai lagi." Yani terus memboloskan dirinya ke dalam kereta setelah mengunci pintu rumahnya.

Ketika dalam perjalanan, dia merasa ada yang tidak kena dengan keretanya. Hatinya sudah dirudung rasa tidak enak. Jangan-jangan...

"Apahal pula kereta ni? Aku ni dah la lambat nak pergi kerja. Boleh pulak dia tersengguk-sengguk macam ni. Hadoi. Bala bala. "

Sejurus dia menghabiskan bebelannya, kereta perlahan-lahan mati. Mujur dia sempat memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Ya Allah. Apa lah nasib hamba-Mu ini? Sudah lah aku ada meeting pagi ni. Kereta pula buat hal time-time ni. Mana aku nak cari mekanik pagi-pagi buta macam ni?" Yani menyelongkar beg tangannya dan telefon dikeluarkan. Dia cuba menghubungi bengkel yang dikenalinya.

"Hadoi Ah Leng ni pun. Entah pergi mana tahu? Takkan tak bukak bengkel lagi? Jarang apek ni off. " Dia sudah cuba mendail nombor telefon bengkel rakannya, tetapi hanya operator yang menjawab. Dia memandang sayu Honda Jazz kesayangannya itu.

'Ni rasa nak nangis ni. Huwarghhhh!'

Sedang dia hiba meratap 'kesakitan' Jazznya, tiba-tiba ada ada sebuah kereta menghampirinya dan berhenti di hadapan kereta gadis itu.

Terkebil-kebil dia apabila pemilik Honda Civic itu keluar dari keretanya. Wuuuu naik Honda matt. Pakwe kau ada Honda? Tak ada? Huh lemah!

Yani sontak tersedar apabila cermin keretanya diketuk perlahan. Yani menurunkan cermin dan wajah seseorang yang tidak asing menyapa pandangan.

"Lah kau Yani. Asal kau ni? " Lelaki itu menegur gadis itu. Pelik dia apabila kereta depannya semakin perlahan sebelum berhenti di bahu jalan.

"Weyh Faris. Kau tengok Jazz aku ni. Boleh pulak dia buat hal time-time urgent ni. Dahlah aku ada meeting pagi ni. Hadoi!" ujar Yani. Sambil mengadu, Faris sempat menangkap raut wajah seperti hendak menangis gadis itu.

"Laaahhhh. Tu je ke?" Soal Faris sambil berlalu ke arah but depan kereta Yani.

"Tu je ke kau cakap?" Soalnya sedikit bengang. Dia terus keluar dari kereta dan membuntuti langkah Faris. Entah apa yang diteleknya pun Yani tak tahu.

"Kau boleh la cakap macam tu, kareta kau elok. Aku ni dah la ada client nak datang pagi ni. Nanti kalau client lari macam mana? Pastu aku kena potong gaji," neneknya sambil  matanya memandang tajam lelaki di depannya itu. Faris hanya tersengih sambil menayangkan dua jarinya. Peace no war.

"Ok lek lek. Jom," ujar Faris sambil berlalu ke arah keretanya. Yani pula tercengang di tempatnya.

"Jom? Nak pergi mana?" Soalnya.

"Haih. Mana lagi, aku hantar kau pergi kerja lah," jawab lelaki itu selamba. Terkejut Yani mendengar kata-kata lelaki itu.

"Serius ke? Tak susahkan kau? Tapi-"

"Tapi apa lagi Qaseh Aryani? Dah jom aku hantar. Pasal kereta kau ni, nanti on the way kau call lah bengkel," jawab Faris. Auch baiknya Abang Faris ni. Terharu kitew.

"Oh okey. Kejap aku nak ambil laptop dengan handbag jap." Setelah siap mengambil apa yang patut dan mengunci keretanya, laju Honda Civic milik Faris meninggalkan kawasan itu.

Ketika dalam perjalanan kedua-duanya hanya mendiamkan diri sahaja. Yani juga sudah menghubungi kenalan Faris untuk menguruskan hal keretanya itu.

"Ni kau dah makan ke belum? Kalau tak kita pergi sarapan dulu." Faris memecah kesunyian antara mereka.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now