HSR 40

1.7K 99 8
                                    

Di sebalik ketenangan hutan yang menghijau itu, derapan langkah seseorang memecahkan suasana hening. Kakinya dihayunkan mengikut peta yang terlakar di minda.

Sesekali dia membelek jam di tangan kanannya dan kompas digital di tangan kirinya.

Dia kini sedang menuju ke arah sebuah gudang lama yang tidak jauh dari situ. Dirinya semakin menghampiri lokasi tersebut.

Badan direndahkan sedikit apabila menghampiri kawasan gudang itu. Matanya menangkap beberapa lelaki sedang berkawal di pintu masuk. Lelaki-lelaki tersebut juga lengkap bersenjata.

Otaknya mencongak pelurunya dan bilangan pengawal. Dia memilih untuk menyelinap berbanding menembak kerana itu bukan dalam rancangannya.

Muhaimin melalui jalan kecil di tepi gudang itu dan menyusup masuk ke dalam bangunan. Untung saja tiada siapa yang menyedari akan kehadirannya saat itu.

Kakinya dipanjangkan ke tingkat atas.
Matanya diliarkan untuk melihat sekeliling. Clear! Masih tiada tanda-tanda anak buah Zen akan muncul di sekitarnya.

Kawasan di tingkat atas itu dipenuhi dengan bilik-bilik kosong. Dia mencuba membuka kesemua pintu yang ada. Namun hampa. Tiada satu pun pintu yang boleh dibuka.

Klak!

Tangannya laju memulas tombol pintu yang terakhir itu. Hanya ini saja yang boleh dibuka. Dia masuk ke dalam bilik itu dengan perlahan-lahan.

Pak pak pak!

"Interesting Leftenan! Interesting! Kau datang sendiri. Wow! Kau memang sangat berani," ujar seseorang bergema dalam kegelapan. Telinga Muhaimin cuba mencari sumber suara.

"Keluar Zen. Jangan jadi pengecut!" Muhaimin sudah berada dalam keadaan bersedia. Kekuda dipasang manakala dua tangannya sudah siap menggenggam penumbuk.

Buk!

Pipi kirinya menerima tumbukan dari arah yang tidak disangka-sangka. 'Tak guna! Tumbuk curi. '

"Kau pengecut Zen! Kalau kau berani keluar dan lawan aku macam anak jantan!" Cabar Muhaimin. Dia mengusap perlahan pipi kirinya. Zen ni memang nak kena sebat lah! Aku pantang betul orang sentuh muka iras Bright aku ni!

Plak!

Lampu pun menyala. Kawasan itu terang benderang. Muhaimin sempat memerhatikan keadaan sekeliling.

Matanya membulat besar apabila gadis yang dicari selama ini sedang terikat lemah di atas kerusi. Tudung masih tersarung elok namun sudah berantakan.

Tiada suara yang keluar kerana mulutnya ditampal salotape. Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya laju dalam tangisan. Seolah-olah memberi isyarat.

Muhaimin menoleh ke belakang.

Buk!

Satu sepakan padu di wajahnya.

Kemarahannya kini meledak.

"Dah dua kali kau sentuh muka aku! Aku pantang betul kalau ada orang sentuh aset aku ni! Jatuh saham aku selaku lelaki paling kacak merangkap bakal suami Akamar. Kau memang cari salah orang Zen!" Langkahnya dilajukan ke arah Zen.

Dia mencengkam kolar baju Zen dan menghentakkan kepalanya ke kepala Zen.

Zen menepis keras dan menumbuk perut Muhaimin.

Muhaimin sempat mencapai genggaman Zen dan mengilas tangan lelaki itu ke belakang.

Kakinya di angkat 90 darjah dan menendang Zen.

Zen terlepas dan terbatuk-batuk.

"Fuyyoo Leftenan. Banyak marah huh? Tadi aku baru panaskan badan. Ndak sangka kau serius. By the way, kau bukan bakal suami dia. Tapi aku!" Zen mengesat perlahan tepi bibinya yang berdarah. Bibirnya mengukir senyuman sinis memandang ke arah Muhaimin.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now