HSR 2

2.8K 189 6
                                    

Sekolah Menengah Agama Kayu Cendana

Pagi yang tenang bertukar kelam kabut apabila waktu menginjak ke 7:15 pagi. Bagi semua pelajar Sekolah Menengah Agama Kayu Cendana atau SMAKC, sudah kebiasaan bagi mereka untuk berhimpun pada setiap hari di Dewan Mahkota.

Mereka akan memulakan pagi mereka dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dipasang di speaker. Selalunya Surah Fatir memandangkan surah tersebut adalah antara surah syafawi ketika peperiksaan SMA nanti.

Kelihatan beberapa pelajar berlari-lari kerana tidak mahu ditahan oleh pengawas dan didenda dengan Umi Aida. Siapa Umi Aida? Kejap lagi kita cerita.

Selesai bacaan al-Quran, pengawas bertugas mempersilakan GPK HEM memberi ucapan kerana ada perkara yang hendak disampaikan. Melihat pada raut wajahnya, jelas menunjukkan bahawa dia sedang menahan amarahnya.
Adalah tu nak bebel lagi.

"Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi. Dah lama rasanya saya tak bercakap kat depan ni kan? Dan kamu semua pun sedap buat perangai ya? Kamu tau pukul berapa last masuk dewan? Dah berapa tahun kamu hidup kat sini. Tak kan tak ingat-ingat lagi. Apa la nak jadi dengan kamu ni blablablabla...... "celoteh Umi Aida serupa mecine gun.

Hish tak baik kutuk cikgu, tak berkat ilmu kau. Gagal periksa baru padan muka kau.

Seisi dewan yang dipenuhi pelajar SMACK itu hanya terdiam sahaja mendengar setiap kata-kata yang dilontarkan oleh GPK HEM tersebut.

"Apa la ustazah ni membebel. Yang pelajar pun satu, dah tahu peraturan tu, ikut jela. Bukan susah pun. Haih la," ujar Akamar perlahan. Dia memandang seisi dewan. Ada yang rajin catit apa yang Umi Aida cakap. Pengawas ada yang tulis nama pelajar yang bising. Pelajar biasa ada yang mata mulai memberat. Contohnya seperti rakannya di sebelah ini, Wani dan Yani. Bukan main lena lagi.

'Tak boleh jadi ni, aku kene tidur. Peluang depan mata jangan sis-siakan.' Mata yang ditahan-tahan sejak tadi mulai memberat apabila dia sendiri boleh menjangkakan bahawa bebelan Ustazah Aida lama lagi.

Belum beberapa waktu dia tiba di alam mimpi, tiba-tiba matanya segar apabila mendegar sebaris nama.

Muhaimin.

Ya nama dia. Apabila Akamar mengangkatkan wajahnya memandang ke hadapan dan ...

Deg!

Mata coklat gelap miliknya bertemu dengan wajah lelaki itu yang sedang memandang tepat ke arahnya.

Saat itu, dia merasakan ada perasaan halus yang mulai meresap ke dalam tangkai hatinya. Namun laju ditepis perlahan seraya mulut mengucapkan istighfar.

'Astaghfirullah,' disamping tubuh tinggi Muhaimin itu, ada juga Faris dan Aqif. Well apa namanya jika tak bersama. Ni mesti lambat masuk dewan lagi.

"Weyh, tu bukan Muhaimin crush kau ke? Apa la, perangai tak semenggah macam tu pun kau nak kan. Macam langit dengan bumi kot." Komen Izzah laju apabila melihat Muhaimin didenda di hadapan.

"Ehh kau. Kau nak komen lebih-lebih dah kenapa? Bukannya diorang couple ke apa. Muhaimin tu je yang minat kat Mar ni. Kau kenapa? Jealous? " Sembur Yani apabila melihat Izzah yang dari tadi asyik bercakap tentang Muhaimin. Akamar memandang ke arah Yani yang tiba-tiba menyampuk. Bila dia bangun?

Melihatkan Izzah yang hendak membalas laju Akamar terus memotong dahulu.

"Dah la korang ni. Macam budak-budak. Biar lah dia. Dia dah besar kan. Nak kena denda ke, kene rotan ke, aku tak kesah. Baik korang diam sebab aku tengok Ecah dah pandang-pandang sini. Nanti ada yang kene ambik nama. Silap-silap korang berdua join sekali mamat bertiga tu kena denda," ucapan Akamar menghentikan pertelingkahan antara mereka berdua.

HERO SEORANG REPORTER Where stories live. Discover now