W🐺:01

756 82 8
                                    

Aku berjalan pulang dari sekolah baruku.

Aku merenung lama rumah baruku yang baru seminggu kami duduki.

Rumah baru kami itu tidaklah secantik rumah banglo aku dahulu.

Kami berpindah di perkampungan kecil setelah 1 bulan Ommaku meninggal dunia akibat sakit jantung.

Tujuan kami berpindah di sini bukanlah sebab keluargaku sudah jatuh miskin.

Kami berpindah kerana atas kehendak Appaku.

Katanya udara di kampung lebih nyanman daripada duduk di bandar sana.

Sejak kami berpindah ke sini, appaku sibuk menghabiskan masanya dengan berkebun di tepi rumah dan meneroka hutan tebal di belakang rumah kami.


Srrtttt~~

Langkahku terhenti apabila semak samun yang berada di tepi kebun Appaku bergoyang.

Jantungku berdegup dengan laju.

Aku cuba menenangkan diri aku lalu masuk ke dalam rumahku.

•••

Langit dah nak gelap, Appaku masih tidak pulang dari hutan tebal di belakang rumahku itu.

Aku sering risau akan keadaan appaku setiap kali dia menerokai hutan tebal di belakang rumahku.

Terdapat banyak benda yang berbahaya di dalam hutan itu.

"Hana!"

Aku terus pergi ke arah tingkap bilikku sebaik sahaja mendengar panggilan dari appaku.

Kelihatan Appaku melambai tangan mintaku untuk turun ke bilik stor.

Tanpa berlengah masa aku terus turun dan menunju ke bilik stor.

"Ap--" kata-kataku tergantung sebaik sahaja melihat seekor serigala putih yang di baringkan di atas meja.

Aku terpegun melihat serigala putih itu. Ianya menganggumkan kerana aku tidak pernah melihat serigala putih seperti ini...Tapi keadaan serigala itu sangat tidak baik.

"Dekat mana Appa jumpa serigala ni?" Soalku.

"Appa terjumpa serigala ni dekat hutan belakang rumah kita ni. Serigala ni cedera teruk. Jadi appa bawalah balik. Kesian Appa tengok keadaan dia macam ni"

"Appa, tak berbahaya ke?"

"Jangan risaulah. Appa pernah mengurus Zoo, jadi Appa tahu serba sedikit untuk mengawal haiwan liar ni. Kalau cedera dia dah pulih, Appa akan lepaskannya semula."

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.

Mata aku tertarik pada rantai yang digantung di leher serigala itu.

Di rantai itu terdapat belian biru laut. Jikalau dijaul rantai ini pasti harganya mahal. Corak di berlian itu sangat menganggumkan.

Sekejap. Tak rasa pelik ke tengok Serigala pakai rantai? Selalunya anjing dengan kucing.

"Appa. Ada orang bela ke serigala ni? Kenapa dia ada pakai rantai?" Soalku sambil menunjuk rantai yang dipakai oleh serigala itu.

Dahi appaku berkerut melihat rantai itu.

"Peliknya. Tak pernah appa tengok Serigala pakai rantai." Ujar appaku sambil mencabut rantai itu dari peher serigala itu.

"Kamu simpan rantai ni dulu. Appa nak rawat dia" arah appaku.

"Baiklah appa"

Aku mengambil rantai itu lalu bawa ke bilikku.

Aku tidak habis-habis membelik berlian yang tergantung di rantai itu sehingga aku dibuai mimpi.








TBC





WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now