W🐺:19

430 51 2
                                    

☀️☀️☀️

Aku mengeluarkan kepala aku melihat keadaan di luar bilikku.

Mataku mencari sasaran aku iaitu Hyunjae.

Entah kenapa selepas kejadian malam tadi, aku jadi segan untuk berjumpa dengan Hyunjae. Bukan sebab benci tapi....

"Hana, kamu buat apa dekat situ?" Tegur appaku.

"Oh! Appa. Hyunjae mana?" Soalku dengan nada yang perlahan agar Hyunjae tidak dapat mendengarnya.

"Hyunjae ada dekat belakang rumah. Dia tolong appa potong rumput" beritahu appaku.

"Ouh yeke. Emm..kalau macam tu, Hana pergi sekolah dulu lah"

"Eh? Awalnya?"

"Awal lah bagus" kataku lalu berlalu keluar dari rumahku.

•••

Aku tidak menangkan diri aku sepanjang aku berada di dalam kelas.

Ini disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Hyunjae malam tadi.

"Kalau awak nak tahu, Saya anggap awak lebih daripada kawan"

Ah! Boleh gila aku memikirkannya!

"Hana! Boleh tak kau berhenti ketuk meja dengan jari kau tu. Tak tenang aku nak siapkan kerja sekolah aku ni!" Marah Euna rakan semeja aku.

"Mian" ucapku lalu berhenti mengetuk meja.

Kaki aku pulak mula bergerak dan membuatkan meja bergoyang.

Euna mula naik angin.

"Yah! Cuba kau cakap dengan aku. Kau ada masalah ke?" Soal Euna sambil menyilangkan tangan.

Aku memandang Euna.

"Euna, apa maksud 'anggap lebih dari kawan?'" soalku.

Euna mengeluh kecil.

"Kan aku dah cakap. Mesti kau ada masalah punya"

"Yah. Cepatlah! Apa maksud 'anggap lebih dari kawan tu?'"

"Okey-okey. Buat bertenang. Hmmm...Anggap lebih daripada kawan? Biasanya kalau orang cakap macam tu, orang tu suka seseorang tu."

"Yeke? Bukan anggap macam adik beradik?" Kataku cuba membantah kenyataan itu.

"Adik beradik? Jarang orang cakap macam tu kalau untuk adik beradik" kata Euna sambil meletakkan tangannya di dagunya.

"Jinjja?"

"Nae. Kenapa? Ada seseorang cakap macam tu pada kau ke?" Soal Euna dengan senyuman nakal.

Muka aku mula membahang.

"Mana ada..." Bantahku sambil membetulkan kedudukan.

"Aku tahu! Ini mesti lelaki yang kau keluar malam tu kannnnn" teka Euna sambil mencucuk-cucuk lengan aku dengan jarinya.

"Ma-Mana ada.."

"Elehhhh nak tipu aku pulak. Okey tak pe. Nanti lama kelamaan bocor juga rahsia kau" ujar Euna lalu sambung menyiapkan kerja sekolahnya.

Aku mengeluh berat.

•••

Aku pulang ke rumah sebaik sahaja waktu persekolahan tamat.

Apabila aku melangkah masuk ke dalam rumahku, benda pertama yang aku buat ialah mencari targat aku iaitu Hyunjae.

Aku menjenguk ke arah ruang tamu rumahku.

Nampaknya Hyunjae tiada di ruang tamu.

Aku berjalan perlahan-lahan menunjuk ke dapur yang menarik perhatian aku pada hari panas ini.

Aku terpaksa menahan dahaga sepanjang perjalanan pulang dari sekolah.

Musim panas dah nak tiba. Jadi cuaca jadi semakin panas.




Terbeliak mataku apabila melihat bahan makanan beku penuh di atas meja makan.

Aku memandang Appaku yang sedang mengeluarkan semua makanan beku dari peti sejuk.

"Appa nak buat apa dengan semua makanan beku ni?" Soalku bingung.

"Appa tiba-tiba rasa nak buat BBQ malam ni. Jadi appa kumpul semua makanan beku ni untuk di bakar malam ni" beritahu appaku yang teruja.

"BBQ? Woahh dah lama kita tak buat BBQ! Kali terakhir kita buat 2 tahun yang lalu" kataku yang turut teruja.

"Oh! Hyunjae sini-sini" panggil Appaku.

Dengar sahaja nama Hyunjae dipanggil, aku terus memandangnya yang berjalan ke arah kami.

Aku menoleh ke arah lain apabila dia memandang aku.

"Malam ni kita buat BBQ. Kamu tolong saya sediakan api ye"

"Nae. "

"Hana, kamu pergi tukar baju . Lepas tu bawa semua barang ni keluar" arah appaku.

"Baiklah appa"











TBC

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now