W🐺:21

473 53 0
                                    

[2 pagi]

Aku langsung tidak dapat melelapkan mata aku.

Aku asyik memikirkan keadaan aku jikalau Hyunjae tidak lagi tinggal berasa kami.

Pasti rumah ini sangat sunyi. Atau...

Aku sahaja yang rasa sunyi?

Sejujurnya, aku mahu dia sentiasa berada di sisi aku.

Aku tidak mahu dia berjauhan dengan aku.

Tapi, apa aku boleh buat. Aku tidak layak untuk memintanya tinggal di sini lebih lama kerana dia ada kehidupannya sendiri.

Lagipun, dunia kami berbeza.

Aku turun dari katil aku dan berjalan keluar dari bilikku.

Lampu ruangan dapur aku buka.

Aku menuangkan susu ke dalam gelas kosong.

Aku melabuhkan punggungku di kerusi.

Aku termenung jauh sambil minum air susuku.

Hanya bunyi jam menemaniku.

Sunyi...

Mungkin beginilah keadaannya selepas Hyunjae pergi nanti...

Aku masih ada 1 hari lagi untuk bersama dengan Hyunjae.

Patutkah aku...

Luahkan perasaan sebenar aku pada dia?

...

Pak!

Aku memalingkan ke arah belakangku apabila terdengar bunyi pintu ditutup.

Mataku terkebil-kebil melihat Hyunjae berjalan menunju ke dapur dimana aku berada.

Aku cuba menenangkan diri aku.

Hyunjae mengambil gelas lalu duduk di hadapan aku.

"Boleh saya minum susu tu?" soal Hyunjae sambil menunjuk ke arah air botol susu di sebelah aku.

"Boleh" aku menolak botol susu itu kepada Hyunjae.

Dia menuangkan susu ke dalam gelasnya.

Hyunjae meminum sedikit susunya lalu memandang aku.

"Tak boleh tidur?" Soalnya.

"Nae. Awak pun?"

"Nae" jawab Hyunjae.

Kami berdiam seketika.

"Apa yang buatkan awak tak boleh tidur?" Soal Hyunjae.

Aku mengeluh kecil lalu memandangnya.

"Saya terlalu banyak berfikir sehingga saya tidak dapat tidur" beritahuku.

"Apa yang awak fikirkan?" Soal Hyunjae ingin tahu.

Aku merenung anak matanya untuk beberapa saat.

"Awak"

Hyunjae kelihatan terkejut dengan jawapan aku.

"N-Nae?"

"Saya terlalu banyak fikir tentang awak, Hyunjae" beritahuku jujur.

Hyunjae memandang aku terkejut. Dia tidak sangka yang aku akan berkata begitu.

"Sebelum saya luahkan sesuatu pada awak, saya nak tanya awak sesuatu"

"Awak nak tanya apa?" Soal Hyunjae tertanya-tanya.

"Awak...betul-betul sukakan saya?" Soalku serious.

Hyunjae merenung wajahku seketika.

"Nae" jawab Hyunjae serious.

"Tapi dunia kita berbeza"

"Itu bukan halangan buat saya" kata Hyunjae dengan seriousnya.

Aku mengangguk kecil kepala aku.

"Kalau macam tu...awak nak keluar Date dengan saya?" Ajakku secara tiba-tiba.

Hyunjae memandang aku terkejut.

Dia tercengang.

"Apa? Kenapa awak terkejut sangat? Awak tak nak keluar Date dengan saya?" Soalku sambil cuba mengawal wajah aku dari kemerahan.

"Bukan tak nak...tapi...bukan ke perkataan 'keluar date' tu untuk pasangan yang bercinta?" Soal Hyunjae teragak-agak.

"Habis tu kita bukan antara pasangan tu ke?"

"Oh?" Perlahan-lahan Hyunjae tersenyum apabila dia faham apa yang aku cuba sampaikan.

Apabila aku melihat Hyunjae tersenyum begitu, membuatkan aku turut tersenyum.

"Jadi...hari ni....hari pertama kita?" Soal Hyunjae sambil tanganya perlahan-lahan mendekati tanganku yang di letakkan di atas meja.

Aku tidak dapat sembunyikan kegembiraan aku.

Jadi macam Ni lah rasanya bercinta? Hehehe😚

"Ermmm...tiba-tiba saya rasa mengantuk pulak" kataku sambil memandang ke arah lain.

Aku tak sanggup memandang Hyunjae dalam keadaan begini.

Jantung aku berdegup dengan lebih laju berbanding sebelum ini.

"Saya pun tiba-tiba rasa mengantuk" kata Hyunjae pulak yang masih memegang tangan aku.

Kami berdua tidak henti-henti tersenyum.

"Emm..saya...masuk tidur dulu ye.." kataku sambil melepaskan tanganku dari pegangan Hyunjae.

Aku berjalan ke arah bilikku.

Sebelum aku menutup pintu bilikku, aku memandang Hyunjae yang masih di ruangan dapur.

Dia melambai tangan ke arah aku dengan senyuman yang manis.

"Selamat malam" ucapku malu-malu.

"Selamat malam" balas Hyunjae.

Aku menutup pintu bilikku lalu berlari melompat di atas katil ku.

Aku menekup wajah aku pada bantal.

Aku menjerit kegembiraan.

Malam ini adalah malam paling terindah buat akuuu❤️








TBC



























WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now