W🐺:06

548 81 8
                                    

PAK!

Aku terbangun dari tidurku secara mengejut apabila terdengar bunyi bising di luar bilik ku.

Jantungku berdegup dengan laju. Perasaan takut menguasai seluruh tubuhku.

Aku turun dari katil ku lalu berjalan menunju ke arah pintu bilik ku.

Aku tidak lupa untuk membawa telefonku jikalau terdapat perkara yang tidak diingini berlaku.

Aku memusing tombol pintu bilik ku perlahan-lahan.

Mataku teracap ke arah dapur apabila bunyi bising tadi datang ke arah dapur.

Aku menjadi gugup apabila ternampak bayangan seseorang di ruang dapurku.

Tanganku meraba-raba dinding mencari suis lampu untuk ruang dapur itu.

💡

"Hyunjae?"

Membutang mataku melihat Hyunjae yang berada di ruang dapur itu.

Aku berjalan mendekatinya.

"A-Awak buat apa dekat sini malam-malam ni?" Soalku pelik.

"Maafkan saya sebab dah kacau awak tidur. Sebenarnya...saya lapar" beritahunya sambil mengambil mangkuk yang jatuh di lantai.

"Lapar?"

Otakku mula fikir bukan-bukan.

'Dia akan makan aku ke?😟'

"Emm... Awak biasanya makan apa?" Soalku takut-takut.

"Daging" beritahunya selamba sambil menyusun mangkuk itu di tempat asalnya.

'Da-Daging😧'

Perlahan-lahan aku mengundurkan diri sebelum dia memakan aku.

Dia memandang aku dengan senyuman.

"Kenapa ni? Jangan takutlah. Saya tak akan makan orang. Saya boleh kawal nafsu saya." Ujarnya cuba menenangkan aku.

Ingat aku boleh tenang!😡
Dia cakap dia boleh kawal nafsu dia. Kalau dia tak boleh kawal nafsu dia macam mana?😱

"Emm...awak ada daging?" Soalnya sambil meletakkan tangannya di perutnya.

"Da-Daging? Saya rasa tak ada." Beritahu ku gelabah.

Wajahnya bertukar sedih.

Aduhaiiiii jangan dia makan aku sudah.

"Emm..awak boleh makan benda lain tak?"

"Benda lain?"

"Saya ingatkan nak masakkan Ramen untuk awak. Itu je yang ada sekarang ni. Appa tak sempat nak beli barang dapur tadi"

"Ramen? Sedap ke?" Soal Hyunjae teragak-agak.

"Pada pendapat saya dengan manusia yang lain, Ramen ni sedap. Dekat rumah kalau tak ada Ramen memang tak sah" beritahu ku cuba memujuknya makan Ramen sebelum dia makan aku.

"Emm..tak pe. Saya cuba"

Aku tersenyum kecil.

"Awak tunggu dekat meja makan dulu. Biar saya masakkan"

Dia mengikuti arahanku. Dia duduk di meja makan sambil memerhatikan aku mengambil bahan-bahan yang diperlukan.

Aku menyarungkan apron di leher ku. Tanganku sibuk mengikat tali apron di pinggang aku.

Terasa seperti elektrik apabila Hyunjae tiba-tiba menyentuh tanganku.

"Saya ada tengok dekat tv petang tadi. Ada lelaki tu tolong perempuan tu ikatan tali apron ni. Jadi biar saya tolong awak" pelawanya.

Dahiku berkerut.

Tengok dalam tv?

Dia maksudkan drama ke?

"Tak perlu. Saya boleh buat sendiri" tolakkua sambil cuba merampas tali apron itu dari tangannya.

Tanpa membuka suara, Hyunjae tetap mengikat tali itu.

Aku mengalah.

•••

Aku menjadi tak tenteram semasa masak Ramen itu apabila Hyunjae hanya merenung wajahku dari tepi.

Aduhhhh dia nak makan aku keeee😦

Tersentak tubuhku apabila Hyunjae tiba-tiba menyelitkan rambut depan aku yang terjuntai di telinga aku.

Aku tergamam.

"Saya ada tengok dekat tv tadi yang rambut perempuan tu menganggu perempuan tu menulis. Jadi ada lelaki tu tolong betulkan kedudukan rambut tu" terang Hyunjae.

Wahhh

Terpengaruh drama kuat betulah abang serigala ni.

"Kenapa awak ikut apa orang dalam tv tu buat? Awak tak perlu ikutlah" ujarku sambil bercekak pinggang.

"Saya ikut diorang sebab saya nak sesuaikan diri saya dengan manusia memandangkan saya sekarang dikelilingi manusia" beritahunya.

Aku mengeluh kecil.

"Awak tak perlu ikut semua tu. Awak boleh jadi diri sendiri awak. Awak tak perlu susahkan diri awak tu."

Dia menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Tapi...tak susah pun ikut orang dalam tv tu. Cuma selitkan rambut dekat telinga je" ujarnya sambil menyelitkan lagi rambut aku yang terjuntai di belakang telinga aku.

Jantung aku terus berdegup dengan laju.

Aduhaiiiii kenapa dia buat lagiiiiii😣

Dahlah jantung aku buat gila sekarang niii






TBC

sorry lambat update..

Banyak hal nak kena uruskan and thanks for 300 reads😊

Nak capaikan vote 100 bila lagi...😚☺️

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now